Friday, March 02, 2012

Koleksi Baru


DOKTOR CINTA



Belum boleh nak review cerita ni sebabnya saya masih lagi dalam fasa pembacaan.  Antara koleksi terbaru saya yang saya rasakan memang bebaloi untuk anda semua miliki.

Pasti ada di antara anda yang pernah membaca dan memiliki novel ini sebagai koleksi peribadi anda bukan?  Seronok dan teruja membacanya kerana apabila memula baca aje anda akan rasa macam tak sabar-sabar nak mengetahui apa akan terjadi scene selanjutnya pada si Heroin dan Hero cerita ini.

Kadang-kadang bila baca novel "Doktor Cinta" umpama macam anda pernah menonton filem atau siri seperti yang dipaparkan di dalam novel ini.  Tapi biasalah saya ni mana nak ingat.  Seronok dan yang pastinya saya terjah ke mukasurat belakang novel ini yang pastinya setiap konflik dan kejadian yang berlaku dalam setiap novel mesti 'happy ending' kan...lagi satu saya kalau salah sorang hero dan heroinnya mati rasa macam tak puas hati nak baca..tak complete dan geram...hehehe alih-alih beli ajelah novel yang sepanjang masa hepi ending..kalau ada konflik pun ditengah-tengah cerita oklah tu...dapat gak menitiskan air mata atau emotional sekejap sebelum ketawa gembira senang hati.....

Tahnniah kepada penulis DYADILA kerana berjaya menghasilkan karya yang bermutu.  PAda anda juga yang ingin berkenalan dengan lebih dekat dekat penulis berbakat ini silalah ke laman blog beliau di SINI

Sinopsis novel ini....

Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana. 

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya. 

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.


14 comments:

kak gojes said...

best ke citer dia ni?nt wat review awak tag kite ya

Izwa Kamaruddin said...

mcm best je ne... :)

Izwa Kamaruddin said...

mcm best je ne... :)

Unknown said...

Baca sinopsis mcm best. hehe :D

Lieza Nordin said...

mmg best un ^^ whhahha.. :D

Reena Sidek said...

novel ni memang best... best seller... sy dlm masa 2 hari dah habis baca novel ni... hehehehe...

Cikgu Ma said...

macam best jerr kak...lama dah tak layan novel...

fizafantagiro said...

rajin akak baca novel =) . hari tu masa demam gemersik kalbu .. kemain sy cari novel dia .. semua sold out . smp skrg tsk beli .. hihihi

Kaki Wayang said...

Assalammualaikum..kak..amacam ngan trafik blog akak setakat ini? ada guna dan faedah tak kita exchange link?

RamRamCute said...

@Eryati: cerita ni memang menarik ...nnt saya buat review sekali lagi eh apa yang saya baca...

@Mrs. Eady: BEst Izwa....sedih :(

@EyfAalias: kalau baca keseluruhan cerita ni memang best

@AiSyA LiEzA: dah baca ye? best kan?

@Mazs Sidek: tak sabar-sabar nak habiskan cerita sbb sedih time emak dan ayah dia meninggal tu...

@Cikgu Ma:sekali sekala layan novel memang susah nak tinggal...akak layan time nak tidur dan bila boss keluar meeting aje..hehehhe (nampak sangat curik tulang ye)

@fizafantagirO: carik dekat online mesti ada fiza dekat alaf21 punya website.

@Kaki Wayang: alhamdulillah ada juga yang sudi menjengah ke blog akak terus dari blog awak...terima kasih ye Azri semoga awak sentiasa dmurahkan rezeki :)

Anonymous said...

salam..
berminat utk beli domain utk blog ni tak?

cth

www.nama domain yg dipilih.com


if berminat blh email ,sms or call saya ye

email : sales@nahrinet.com

hp : 019 979 7070

thanks

dya nasir said...

cerita ni best..dya dah baca..:D

aReLaN said...

hahaha..tak baca novel la plak.aiyooo

::CIK LYNN:: said...

akak, citer ni bes...sy dh bli n dh bca...insyaAllah, xkan mnyesal...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...