Monday, March 19, 2012

Seksi Ke??



Gambar hiasan ehsan Cik Google


Rata-rata kita tengok sekarang artis Malaysia semakin daring dalam penampilan diri mereka.  Pakaian tak payah nak ceritalah kalau ambil gambar cover depan majalah mahupun akhbar mesti nak pakai mini skirt ketat metat, bikini, swimming suit, dedah dada dan peha sana sini. Sesak dada orang yang melihatnya.

Ish...bukan niat hati nak mengata cuma lebih kepada mengingati akan perihal perilaku artis sekarang.


Perlukah mereka begitu??

Adakah artis-artis di Malaysia sekarang sudah semakin ketandusan idea dan bakat yang mana membolehkan mereka beraksi daring, ghairah dan seksi samaada di dalam filem, drama mahupun untuk sesi fotografi majalah mahupun suratkhabar. Adakah dengan ini populariti mereka akan lebih meningkat melonjak-lonjak naik hanya kerana berjaya mendedahkan diri mereka di mata khalayak umum.  Ada tu bakat seni tak seberapa, filem dan drama pun tak banyak mana tapi kontroversi (perasan cantik dan seksi) menyebabkan nama meningkat tinggi naiknya macam goreng pisang panas.

Bukankah artis itu 'role model' bagi para remaja dan kanak-kanak di luar sana.  Jika perangai dan aksi mereka begitu daring dan seksa adakah itu suatu petunjuk yang bagus bagi para remaja kita di luar sana.

Pihak Kementerian Penerangan juga perlu menitip dan menyeragamkan undang-undang berpakaian bagi para artis Malaysia agar mereka lebih menerapkan unsur-unsur kemelayuan dan keislaman bukan ke arah kebaratan.  Contoh dekat tak banyak kita lihat jika berlangsungnya sebarang event dan sesi anugerah 'red carpet' dan sebagainya bagi mengiktiraf artis-artis tempatan kita, artis wanita berlumba-lumba mempamerkan keindahan pakaian (yang entah bagaimana dikatakan cantik itu) berposing di hadapan kamera dan lensa.  Bagi saya lebih molek dan sopan jika gaya pemakaian baju kita itu lebih menerapkan unsur-unsur keislaman dan kemelayuan. Tidak perlu beraksi dan berpakaian hingga menjolokkan mata untuk nama anda dijulang dan dikenali oleh umum hakikatnya bakat dan otak anda KELAUT!

Adakalanya mereka nak tunjuk diri lebih sporting dan advance daripada orang lain hanya disebabkan oleh latar belakang mereka yang kononnya lahir diluar negara, berdarah kacukan la, dibesarkan di luar negara la, keluarga sportingla, memang pakaian sejak memula menceburi bidang lakonan begitu la, macam-macam lagi alasan yang diberikan hanya untuk mengaburi mata masyarakat.

Apabila dicerca, dikata dan dikeji, melenting naik hantu dengan mengatakan itu tidak benar, ini tidak benar.  Walhasilnya apa lagi yang perlu mereka tegakkan kerana semuanya sahih dan benar.  Masyarakat bukannya bodoh dan boneka yang boleh diam dan tidak berkata-kata.

Alangkah baiknya jika semua artis wanita di Malaysia ni berpakaian sopan dan sentiasa menutup aurat dan menjaga tatasusila mereka.  Tak salah berhijab dan menutup aurat untuk mencari rezeki bukankan itu lebih AFDAL dan HALAL.

Saya salute pada artis-artis Malaysia yang sudah berhijrah. Tampak lebih ayu dan cantik. Rezeki mereka pun semakin mencurah-curah.

6 comments:

Izwa Kamaruddin said...

nak glamour cepat la tu..

fizafantagiro said...

sy pun sakit mata tgk artis2 yg seksi2 ni . tambah sakit mata kalau tgk yg dah berumur pun still nk seksi lg .suka tgk diana amir skrg ni . sangat ayu .

mrspuex said...

cpt btol mrs eady ni komen..hikhik..

nak cpt naik la tunjuk segala macam yang ade..paling best photograper la sbb dpt tgk pree..:D

**hrp2 hubbyku x de la senotty photog lain klo ade shoot..huhuu...:P

Unknown said...

salam...

btoll tue.. salute kt artis2 yg dah berhijrah,.smoga yg laen jga turut diberikan hidayah...

insyaALLAH..AAmiin..

dya nasir said...

bukan seksi tapi seksa bila tengok.. semoga semakin ramai lagi artis-artis malaysia yang akan berhijrah ke arah kebaikan..

Anonymous said...

mereka yang mendapat dosa.biaq lantaq p la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...