Thursday, March 08, 2012

Konfius Saya

Assalammualaikum..

Selamat pagi dan bersiaran kembali...

Macam mana anda pagi ni..sudah sampai ke pejabat atau destinasi? Kesesakan jalanraya tahap melampau pagi-pagi buta ni yagn betul-betul menyesakkan dada.

Banjir kilat melanda kawasan Kuala Lumpur, Ampang, Kampung Baru dan yagn sewaktu dengannya...

Bukan nak cerita pasal keadaan cuaca pagi ni...tetapi hati saya ni telah menimbulkan beberapa kemusykilan dan tanda tanya yang melanda diri kerana baru-baru ini dapat informasi dari beberapa orang rakan bloggers yang mengatakan blog saya ni pernah masuk majalah......

BILA YE?? 

MAJALAH APA YE??

BULAN BERAPA?

TAHUN BILA?

KENAPA SAYA TAK PERNAH TAHU MENAHU?


Waaaahhhh!!! tak sangka pulaklah bla-bla-blub-blub.blogspot.com ni hebat camtu sampai boleh dipaparkan di dalam majalah tempatan...kagum jugak saya..tapi kenapa saya tak pernah mengetahui dan apabila nak mencari historynya pun memang takde dan tak pernah jumpa...serius saya memang ke laut dan buta pasal benda-benda macam ni.  



Siapa yang boleh bantu saya??

Apa sahaja yang orang sampaikan dan ceritakan kepada saya akan promosi yang dilakukan pada blog saya ni pun saya tak tahu.



Jikalau ada kiranya orang yang baik hati dan rakan bloggers yang sudi membantu saya untuk mendapatkan maklumat mengenai berita ini...silalah sampaikan kepada saya ye.  Majalah apa yang masuk pun saya tak tahu bulan berapa dan tahun berapa.



Selayak dan setahu saya blog saya ni belum mampu untuk di pamerkan kepada umum dan mata masyarakat sebab semestinya konten yang ada di dalamnya amatlah tidak menarik cuma sekadar cerita-cerita biasa mengenai kehidupan saya dan pengalaman saya aje.....memang tak dimimpikan pun....selebihnya tiadalah kalau nak dibandingkan blog saya macam blogger sifu dan otai dan ternama lain.  Jauh sangatttttt tuuuu.........

Tetapi kalau ada dan terbukti berita ini maka tak terkatalah ucapan kesyukuran dan terima kasih saya pada anda semua yang banyak memberikan saya tunjuk ajar dan peluang untuk terus berada dalam dunia penulisan blog ini.  Tanpa anda semua siapalah yang akan mengenali blog ini.  

Pada kawan-kawan bloggers yang sudi dan ada dan pernah terbaca akan artikel yang berkatian dengan blog ini, silalah sampaikan pada saya ye. 

Terima kasih!!

1 comments:

Aziela said...

Iyerlahh...dah puas cari dahh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...