Monday, March 05, 2012

Tarbush

Assalammualaikum semua...




Entri saya pagi ni nak bercerita pasal sesi jalan-jalan sambil cari makan bersama saya dan kawan-kawan sepejabat. Kalau dah namanya hari Jumaat dah tu pulak boss besar takde tak masuk pejabat maka dengan secara otomatik dan sepantas kilat anak-anak buahnya akan berpestalah kan sebabnya waktu makan hari Jumaat memang agak panjang. Di kesempatan itu kami semua pun merangkalah strategi untuk tujuan mencuci mata sambil membuat survey menemani kawan-kawan yang nak membeli barangan peribadi mereka...KONONNYA.




Dah penat berjalan berhabisan dan membeli apa yang patut sempat lagi mengisi perut yang dah berkeroncong dengan menjamu selera di Restoran Tarbush yang bertempat di Ampang Point. 


Kawan-kawan, nak jemput makan semua tak boleh tapi layan ajelah gambar eh...kalau anda semua free singgahlah ke sana food dia OK not bad makanan masyarakat Lebanon gitew CUBALAH....




Setelah kenyang semuanya balik dengan hati yang girang dengan memecut laju kenderaan sebab takutkan terlambat balik ke pejabat..begitulah kami apabila setiap kali kami keluar ketika waktu rehat tak kira Isnin mahupun Jumaat..hati tu cuak memanjang takut kalau-kalau boss department akaun sibuk mencari kami-kami yang keluar ni...hihihi..

Jalan, jalan jugak, makan, makan jugak...line kena kaver jugak kan....

8 comments:

Izwa Kamaruddin said...

sedap ehh..

::CIK LYNN:: said...

hehehe...nmpk mcm sdap...tp tkak cik lynn ni semedang nk yg pdas2 je...=)

lieynanilaz said...

dulu masa saya keje kat HQ..hari jumaat yg dinanti-nanti..leh berjimba-jimba lama sikit..

di sini suasana berbeza..huhu.

MAY said...

nak kat food court ke?klu g ampang point tak penah mkn pun kat dlm tu..hehe

dya nasir said...

lama tak pergi ampang point.. nk cuba lah mkn mknn kt situ

fizafantagiro said...

dulu sy keje kt apex pharmacy kat sebelah tarbush tu .. skrg dh jadi watson .. ramai geng retis suka makan kt situ =)

maszull said...

assalamualaikum...wah sedapnya makan kat Tarbush...:)

Aziela said...

Huwaaa......!!!! Huwaaa...!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...