Friday, March 09, 2012

Cuti


Assalammualaikum...

Saya tak 'cuti' pun, sibuk aje nak menempekkan ayat cuti juga bila tengok semua orang ambil cuti untuk pergi bersuka-suka bersama keluarga .....SERONOKNYA!!

Alhamdulillah..........

Hari Jumaat penghulu segala hari pastinya hari ini merupakan hari yang dinanti-natikan oleh semua orang sebabnya esok pastinya ramai yang telah membuat perancangan samaada untuk bercuti panjang kerana cuti persekolah pertama sudah menjelma dan ada yang planning nak pulang ke kampung menjenguk ayah dan ibu serta sanak saudara atau ada yang mempunyai agenda tersendiri contohnya seperti saya dimana anak-anak tidak bercuti sekolah lagi tetapi perlu menghadiri acara sukan tahunan sekolah mereka yang akan berlangsung pada esok hari.

Kemudian selepas menghadiri acara sukan anak-anak tu nak menghadiri majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran pula kerana ada ahli keluarga yang akan berangkat ke Makkah untuk menjalani ibadah umrah pada sebelah petang dan malamnya (majlis berlainan)

Diikuti pula dengan sambutan hari jadi adik ipar yang akan En. Habi adakan tetapi tak tahu lah hari apa dan pukul berapa setakat ini kerana ianya masih lagi di dalam perancangan awal.

Semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang dan di permudahkan olehNYA.

Selamat bercuti pada rakan bloggers yang akan memulakan perjalanan untuk bercuti bersama keluarga di sepanjang cuti persekolahan ini dan selamat berhujung minggu pada anda semua.

Hati-hati memandu dan sentiasalah tampil dengan senyuman di dalam apa jua perkara yang kita lakukan.

6 comments:

MAY said...

wiken hari nutk mencari umh sewe..pfftt..~

RamRamCute said...

@Cik May nak carik rumah sewa di mana? semoga berjaya ye...

mrspuex said...

sy pon x cuti sbb bile cuti jek hubby full ngn job fotogedikx eyh fotografi die..huhu..

cuti kt umah mak abah jo la..:D

fizafantagiro said...

sy pegi jalan2 KL jer kot . Bawak Abah .. =)

Ayu Ayunie said...

sy pun berjalan-jalan gak.. cuti sehari je pun..

Fiza Rahman said...

Wah...byk aktiviti tu. Selamat bercuti, semoga selamat pergi dan selamat pulang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...