Sumber Google
Amboiii....melampau betullah RM700 sebulan untuk gaji bulanan pembantu rumah yang hanya mengkhusus untuk membuat satu tugasan khusus sahaja??
"Jika seorang pembantu rumah itu diambil untuk menjadi tukang masak, ia akan hanya menjalankan tugas memasak dan tugas-tugas berkaitan sebagai tukang masak dan tidak akan menjalankan tugas-tugas lain seperti mengasuh bayi dan sebagainya. "
Kalau macam ni, lebih baiklah saya berhenti kerja dan duduk dirumah menguruskan rumahtangga kalau nak dikira satu tugas yang khusus aje mereka dah boleh dapat RM700 inikan pula kalau multitasking membasuh, mengemas, menjaga anak, memasak dan sebagainya.
Kenapalah kerajaan Malaysia ni terlampau baik hati hinggakan sanggup menerima apa sahaja terma dan syarat yang dikenakan oleh mereka hanya untuk memuaskan hati mereka. Sungguh tidak berbaloi dan kiranya ianya sudah melampaui. Kalau macam tu apabila kita suruh mereka buat kerja sampingan di rumah takkan hanya takat menjaga anak-anak sahaja, membasuh, memasak semua dah tak boleh suruh pulak. Mengada-ngada betullah.
Kalau dah makan pakai dan segala kelengkapan mereka kita jugak nak tanggung, bayar pula gaji secukup-cukupnya RM700.......huish senang betul hidup merantau eh! macam ni semakin ramailah pembantu rumah Indonesia yang berlumba-lumba masuk ke Malaysia kerana bukan hanya kerja rumahtangganya mudah malahan gajinya juga cukup lumayan.
p/s: tak rasa ke macam ianya membebankan rakyat Malaysia?
7 comments:
boleh bagi 700 tapi tolak sewa bilik,tolak api air,tolak makan..okey??
mmg btol btol melampau tau..
sokong ngn idea iwa..tolak segala mak nenek yang ade..pon rase cam x puas hati..grrrrr...
Maknanya kat rumah kena bela ramai orang gaji ke?
jutawan pun bankrup.
1 masak, hidang makanan, basuh pinggan dan kerja2 dapur.
1 jaga anak, basuh berak anak.
1 basuh baju, lipat baju dan gosok baju
1 kemas rumah, sapu rumah, mop rumah.
total lebih kurang RM2800 sebulan ke???
Kalau kerajaan buat macam tu... pasni ramaila orang berhenti kerja...
kalau cm tu baik amik rakyat malaysia daripada org lua kan..
hari tu sy ada dgr hot chat kt hot.fm...mmg rata2 xstju...
memang hampeh la.kalau satu keje je dah sampai rm700.memang melampau la diorang ni.hmmm
sokong jugak mrs. eady..
tp tetap rasa tak berbaloi.. lagi sakit mata tgk dia goyang kaki lagi ada kot
Post a Comment