Image Sumbangan Google
Siapa yang tak kenal rancangan masakan yang paling hot di Malaysia kan? Semestinya Masterchef Malaysia. Kali ini Masterchef menampilkan sebarisan nama selebriti terkenal Malaysia bagi menjayakan program 28 episod yang akan bermula pada 26, Mei 2012 di saluran 104 yang akan berkeudara setiap hari Sabtu hingga Selasa Jam 9.00 malam dan beberapa artis-artis Malaysia yang boleh tahan hebatnya bertanding bagi menunjukkan skil masing-masing dalam bidang masakan.
HEBAT!!!
Antara artis yang akan berentap antaranya Raja Azmi, Dato' Fazley Yaacob, Tomok, Azwan Ali, Juliza Adlizan, Louisa Chong, Serina Redzuan, Siti Sarah Raisuddin, Mejar Dr. Faiz, Jehan Miskin dan ramai lagilah.
Program Masterchef kali ini lebih menampilkan program berunsur kebajikan bagi menampung dana-dana kebajikan yang mereka akan wakili di mana wang kemenangan yang mereka perolehi akan di salurkan pada badan kebajikan yang telah mereka pilih.
Masterchef kali ini akan diadili oleh tiga orang juri iaitu Chef Zubir, Chef Papa Joe dan Chef Adu Amran.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan artis-artis ini berentap di dapur masakan dan menunjukkan skil serta kepantasan mereka memasak.
5 comments:
WAHH.... meriah ngan artis... macam best jerr...heheeeeeeeee
Dato Fazley ?? hihi bagusnyaa pandai masak:)
wahhhh besttttttt tu. blh tengok retis masak memasak =)
rasa macam terlalu awal utk master chef versi selebriti, nak tengok lagi ramai selain selebriti ahaha baru best!
latest: http://ajamoppical.blogspot.com/2012/03/art-day-002.html
mesti meriah kan... Err...seriuss? Tomok memasak..?
Post a Comment