Thursday, March 15, 2012

Bersainglah Secara Berhemah




Kehidupan kita seharian adalah suatu persaingan.  Tidak kira samaada di dalam dunia perniagaan, dunia pekerjaan, dunia kekeluargaan dan di dalam pelajaran persaingan adalah rempah ratus yang hampir tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seharian manusia.

Bagi mereka yang sentiasa bersifat negatif persaingan adalah batu penghalang bagi mereka, namun bagi mereka yang sentiasa bersifat positif dan berdaya saing, persaingan akan memberikan kesan yang amat baik samaada kepada diri sendiri ataupun orang lain.

Persaingan yang sihat akan sentiasa menciptakan perkembangan graf yang baik terhadap sesuatu yang kita ceburi.  Dalam bidang pekerjaan, persaingan boleh wujud apabila pekerja-pekerja bersaing dengan sesama sendiri untuk meraih kepercayaan majikan bukan dalam erti kata lain mengampu ye.

Maka apabila kepercayaan dapat diperolehi, maka kebiasaanya seseorang itu akan mendapat habuan yang memuaskan contohnya kenaikan pangkat, bonus, disukai oleh semua orang dan peningkatan gaji.  Bagi mereka yang sentiasa berfikiran sempit dan negatif, persaingan menjadi ancaman dan mimpi ngeri bagi mereka dan melahirkan suasana yang sukar untuk meraih kejayaan yang mereka sasarkan.  Pendirian dan sikap begini biasanya akan menyebabkan seseorang itu akan menganggap ianya sebagai ancaman dan menganggap pesaing itu sebagai musuh mereka.

Maka secara tak langsung mereka akan berfikir pelbagai perkara untuk menjatuhkan pesaing tersebut dan sudah semestinya melahirkan persekitaran yang negatif. Bagi mereka tiada istilah tewas dalam kehidupan.  Keperibadian sebegini secara tak langsung mewujudkan sifat ego, sombong, mementingkan diri dan dengki dengan kejayaan dan kemampuan orang lain.

Bahkan ianya akan mengundang gejala-gejalan yang tidak sihat antaranya fitnah memfitnah, tuduh menuduh, gosip liar dan sebagainya. Semua itu bagi memastikan pesaing mereka itu jatuh tersembam  ke bumi.

Sebagai orang Islam kita seharusnya bijak menangani permasalahan ini dan telah dikurniakan dengan iman yang bersih dan sempurna oleh Allah s.w.t untuk kita sentiasa berfikiran secara waras, sentiasalah melihat dari sudut positif demi mewujudkan sikap yang dinamik, progresif, proaktif dan berdaya saing secara sihat.

Apabila wujudnya persaingan maka kita sepatutnya menjadi lebih gigih dan bersemangat dalam berdaya saing malahan untuk lebih komited dalam kehidupan seharian kita.

Jangan dengki-dengki ye!!





2 comments:

fizafantagiro said...

dengki secara sihat ..bila tgk org berjaya , kita berusaha utk berjaya mcm dia .. bkn bila tgk org bejaya kita berusaha utk menjatuhkan dia ..

kurus said...

Setuju dik, nak dengki kenapa, kalau dengki hak perbaiki diri tu akak terima, x kemana punsifatdengki nie, merugikan adalahhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...