Manusia tak boleh lari dari pelbagai masalah dan konflik yang melibatkan diri secara langsung atau tidak.
Dalam menjalani rutin harian dipejabat adakalanya kita tidak terlepas daripada terlibat dengan konflik. Ia mungkin diakibatkan oleh urusan kerja atau mungkin juga perihal peribadi.
Minda kita akan dibebani dengan persoalan dan masalah yang belum selesai. Itu belum diambil kira dengan tekanan dari pelbagai pihak yang menjadikan konflik bertambah kusut.
Sebahagian dari kita lebih suka bersikap lepas tangan dan bersikap perkara itu akan selesai dengan sendirinya. Mengikut logik, mana mungkin ia boleh terhapus macam tu aje tanpa mencapai kata sepakat. Kerana jikalau ianya belum selesai pasti ia akan diungkit kembali. Jadi untuk melakukan kerja dengan tenang setiap hari, segala konflik dan permasalahan kita perlu bijak diatasi.
Seteruk manapun konflik yang dihadapi, ia pasti dapat diatasi jika adanya sikap saling kompromi.
0 comments:
Post a Comment