Wednesday, January 11, 2012

Je Ra Wat



Huaaaa!!!

Sungguh tidak saya sukai dan senangi kalau 'benda Allah' ni hinggap kat muka saya.

Dah tua-tua macam ni pun masih ada jerawat singgah kat muka.  Dah lama jugak tak kena penangan jerawat ni singgah kat pipi atau yang sewaktu dengannya...kalau takat bengkak sikit aje takpelah jugak, ini siap ada mata 'putih' (macam cecair nanah) tu huaa...geram geram geram....

Fakta:-

Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. 

Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.

3 comments:

aReLaN said...

sedap giler picit jerawat.hahaha

Fiza Rahman said...

Tak suka klo tumbuh jerawat. Lebih2 lagi klo tumbuh kat dalam hidung...adoiii...tak selesa di buatnya.

klo nak bagi jerawat cpt kecut, sapu nga bawang putih, tapi pedih sket lah.

RamRamCute said...

@aReLaN: sedap di picit tapi seksa rasa bila dh dipicit...PEDIH dah tu tinggalkan kesan.

@fiza: oooo gitew ye. nak try lah jugak..tapi tulah takut PEDIH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...