Thursday, October 27, 2011

Mudahnya Bernikah Di Negara Jiran

Assalammualaikum


Saya mencutikan diri lagi hari ini kerana keadaan ibu saya yang agak kurang memuaskan mungkin akibat dia tersalah makan semalam, jadinya dia terkena dirrhea dan muntah-muntah, so anak-anak kebetulan masih bercuti sekolah selama seminggu dan si lil pwincess pun takde siapa nak menjaga jadi TERPAKSALAH saya mencutikan diri hari ini huhuhuhu....transforming to a 'SUPERMOM'.


Erm...tengah-tengah santai sambil selak surat khabar ternampak pulak artikel pasal isu poligamilah, isu kahwin larilah, isu nikah negara jiran lah... macam-macam lagi. Akhbar sekarang bukan saja mengutarakan mengenai isu-isu semasa mengenai gejala sosial, politik semata malahan isu rumahtangga pun ada jugak diselitkan.  Bagus, bukan apa untuk pemahaman kita dan sekaligus menjadikan iktibar bagi kita semua.


Isu nikah di negara jiran bukan baru lagi bagi kita rakyat Malaysia, malahan pakej yang diberikan oleh ejen-ejen ini memudahkan pasangan untuk berkahwin di sana. Bukan itu sahaja malahan pasangan yang memilih untuk bernikah di sana semakin meningkat setiap tahun.  MENGAPA??


Ejen-ejen ini juga merupakan permaustatin rakyat Malaysia yang menetap dinegeri-negeri yang bersempadanan termasuklah Kelantan, Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang dan ada juga yang mempunyai kabel sehingga ke Kuala Lumpur.


Percaya atau tidak, dengan hanya membayar RM1,500.00 seseorang itu dah selamat  bernikah hanya dengan menggunakan ejen nikah Siam yang membabitkan majoriti ingin berpoligami, berkahwin lari akibat tentangan keluarga atau permasalahan tentang isu Wali.


Dengan harga pakej tersebut those yang nak menguruskan proses perceraian juga tidak perlu bersusah payah, hanya dengan menggunakan ejen Siam semua prosedur perceraian selamat diselesaikan dengan hanya beberapa jam sahaja dan surprising mereka (pasangan yang telah bercerai itu) boleh berkahwin baru dengan sesiapa pilihan hati mereka sejurus selepas itu. 


MUDAHnya....


Antara prosedur nikah di Siam:-



  • Dokumen penting perlu dibawa antaranya:-
  1. Kad Pengenalan
  2. Pasport Antarabangsa atau pas sempadan bagi penduduk Perlis, Perak, Kedah dan Kelantan
  3. Surat cerai atau surat kematian suami bagi Perempuan (jika berkenaan)
  4. Kad/Surat pengesahan mualaf (jika berkenaan)
  • Pakej yang ditawarkan ejen RM1,250-RM1,500)
  • Bertolak dari Bukit Kayu Hitam ke Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) di Jalan Klonghae, Hatyai (pengangkutan disediakan ejen)
  • Akad nikah dilangsungkan oleh Jurunikah MAIS (sebagai wali hakim) dan saksi daripada kalangan naib kadi MAIS
  • Surat nikah dikeluarkan terus MAIS, Diikuti surat pengesahan nikah ditujukan kepada Konsulat Malaysia di Songkhla, serta dokumen sokongan lain seperti salinan surat nikah.
  • Pasangan terus dibawa ke Konsulat Malaysia di Songkhla yang mana surat pengesahan nikah serta dokumen sokongan lain termasuksalinan kad pengenalan dan salinan paspot/pas sempadan diserahkan kepada konsulat Malaysia untuk diproses.
  • Selesai urusan di Konsulat Malaysia, pasangan dan pengiring (jika ada) dibawa makan tengahari sebelum mendaftar masuk ke hotel.
  • Keesokan hari, pasangan dijemput ejen sebelum dibawa ke Konsulat Malaysia di Songkhla bagi mengambil surat pengesahan bikah yang akan diserahkan kepada Pejabat Agama Islam di Malaysia
  • pasangan bertolak balik ke Bukit Kayu Hitam
  • Sekembalinya ke Malaysia, pasangan perlu mendaftar perkahwinan di Jabatan Agama Islam berhampiran dan perlu menghadiri perbicaraan di mahkamah syariah dan mungkin didenda sebelum pendaftaran dibenarkan.

Tetapi tidak di negara kita sendiri Malaysia, terlalu banyak prosedur dan kaunseling yang perlu dihadiri bagi mereka yang inginkan perceraian malahan nak bernikah pun tidak semudah itu juga. 

1 comments:

Anonymous said...

Malu nya menikah kt siam.sbb ngandung dlu sllu cmni la jd nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...