Sunday, October 16, 2011

Pernah Duduk Di Asrama / Rumah Sewa?

Assalammualaikum semua...

Selamat berhujung minggu, pada anda yang duduk melepak-lepak menghabiskan cuti hari Ahad anda dengan berBW tu selamat singgah ke blog saya ye. Kalau sudi tinggalkanlah jejak dan Insyaallah saya akan terjah dan balas kunjungan anda bila berkesempatan. Al-maklumlah hari-hari cuti ni masa lebih banyak dihabiskan bersama keluarga tersayang dan melayan kerenah anak-nak terutamanya si little Pwincess...


Kembali semula pada topik perbualan entri saya hari ni. Ada beberapa soalan yang saya ingin utarakan di sini based on korang punya experience tinggal di asrama. Kalau sudi updatelah.

* KORANG PERNAH TINGGAL DI ASRAMA? atau MUNGKIN ADA AHLI KELUARGA ATAU ANAK-ANAK KORANG YANG MENETAP DI ASRAMA / RUMAH SEWA?

* BAGAIMANA PERASAAN TINGGAL DI ASRAMA/RUMAH SEWA?

* BAGAIMANA PENERIMAAN RAKAN-RAKAN SEBILIK/SERUMAH KORANG?

* ADAKAH PARENTS KORANG RISAU, SUKA, SEDIH, HARU BILA DAPAT TAU KORANG KENA TINGGAL MENGINAP DI ASRAMA?

* BAGAIMANA KORANG BASUH PAKAIAN DI ASRAMA?

* BOLEH KE KORANG NAK PAKAI BAJU DENGAN RAKAN SEBILIK YANG BARU DIKENALI?

* ADAKAH KORANG SELESA BERKONGSI RAHSIA, MASALAH ATAU CERITA BOIFREN KORANG DENGAN RAKAN SEBILIK?

* ADA TAK RASA SEDIH BILA IBU DAN BAPA BALIK MENINGGALKAN KITA BERSEORANGAN BILA FIRST TIME KeNA TINGGAL DI ASRAMA?

* PERNAH TAK RASA TAKUT, SERAM ATAU CUAK TINGGAL DENGAN RAKAN SEBILIK KORANG?

* PERNAH TAK KORANG TINGGALKAN BARANG BERHARGA ATAU PERSONAL DI DALAM BILIK /ASRAMA KORANG?

* ADAKAH RAKAN SEBILIK KORANG TU CEPAT TANGAN, KAKI KELENTONG, KAKI REMBAT?

* ADAKAH RAKAN SEBILIK KORANG TU DIKENALI RAMAI/ ARTIS ATAU PERNAH KELUAR DALAM MANA-MANA MEGAZIN ATAU MASUK KONTES?

* BERAPA RAMAI ANTARA KORANG YANG BEGITU SELESA DENGAN RAKAN SEBILIK / SERUMAH KORANG?

* PERNAH TAK KENA BULI DENGAN SENIOR ATAU MEREKA YANG LEBIH TUA DARI KORANG?


* AGAK-AGAK KORANGLAH BOLEH TAK KERAJAAN ATAU OWNER RUMAH TU UPGRADE TEMPAT TINGGAL STUDENT NI JADI MEWAH MACAM HOTEL? (soalan melampau)

* SO FAR KORANG TINGGAL KAT RUMAH SEWA/ASRAMA PERNAH TAK BALIK LAMBAT DARI KELUAR BERJALAN-JALAN?

* APA REASON KORANG BAGI PADA PAK GUARD ATAU WARDEN ASRAMA BILA KORANG BALIK LAMBAT KE ASRAMA?

* PERNAH TAK KORANG MASAK SENDIRI DI RUMAH SEWA?

* KALAU BELI BARANG DAPUR SIAPA YANG LEBIH BANYAK KELUAR DUIT? (mesti korang kata korang yang keluar duit banjer)

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak rumah sendiri. Apa-apa pun tinggal bersama parents memang yang TERBAEKK la yang saya rasakan takkan ada tolok bandingnya dengan kehidupan sendiri...walaupun kita rasa terkongkong tapi ternyata ianya dapat mengelakkan kita dari terus hanyut dari gejalan yang tidak sihat. Pokok pangkalnya "tepuk dada tanya selera". Unless dah berumah tangga ni barulah nak merasa hidup berdikari sendiri bersama suami dan anak-anak kan?


Bagi saya pula, honestly saya tak pernah tinggal berjauhan dengan parents apatah lagi tinggal berasingan atau duduk di asrama kerana seumur hidup saya, saya dibesarkan dan bersekolah, masuk ke kolej dan masih menetap bersama keluarga. Cuma pabila berkahwin atau berumahtangga barulah merasa hidup berjauhan dari ibu dan bapa (tapi jauh pun tak kemana, dekat aje). Dan pengakhirannya juga sekarang masih menumpang menetap di rumah emak saya kerana anak-anak lebih selesa menetap dan tinggla bersama nenek mereka.

Saje nak survey nak tau apa pendapat dan pengalaman korang hidup berjauhan dengan keluarga tersayang terutama sekali those yang hidup di perantauan.

5 comments:

shida said...

erk...
byk nyer soalan..haha..xtau nak jawab yg mana...:P

shida dr darjah 6 smpai skrg thn 4 degree duk jauh dr parent...hu3...duk asrama n rumah sewa..

macam2 perasaan ada, ramai kawan, berdikari, byk cite hantu, mandi reramai..
macam2 lah...:)

bila dah keluar sekolah, memang rinduuuu sangat kat hidup dgn kekawan..:)

buli membuli ada skit2 jer..hehehe

cik abbit said...

bes kan duk ostel, stat dok ostel fom1 smpai la skang, so kalu orang cite rindu kat kg ker, windu kt mak ker, da tak heran da,, memang la rindu tp stil boleh kontrol.. dok ostel ni bnyk bnde belaja, cmne carik kawan, cmne wat hal.. macam2 la..tp bnde2 tuh la yang best moment eva :)

RamRamCute said...

Shida: dah biasa takpe..seronok bersama kawan-kawan, nak nak sekepala ye?

cik abbit: mesti kalau boleh putar balik ke masa yg dulu mesti cik abbit pilih moment duduk di hostel kan?

suka baca kisah kawan-kawan blogger ni...pengalaman dan kongsi cerita...

terima kasih keran asudi singgah dan berkongsi pengalaman ye..manalah tau lepas ni nak-anak sis kena masuk asrama mau nangis kami laki bini.... :s

Unknown said...

sy dok asrama di kolej saya ni..agak selesa sgbb dpt duduk dgn org2 yg pembersih...cuma housemate suka buat bising ja tp sy bersyukur mereka ada dlm rumah ni heheheh

Mama Qist said...

saya dari ting 1 hingga last pengajian ijazah duduk asrama dan rumah sewa..duduk dgn paren masa kecik2 dan balik cuti je..nak kata best..mungkin period berjauhan dari parrent ni yg mmbuatkan saya berhati batu, teguh dan berkeyakinan. Semua benda kita buat sendiri. ada pro n cons..duk rumah pun ok jg..tp klu parent jns negatif..better duk asrama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...