Kalau tengok tajuk dan kulit buku memang tak berapa minat nak membeli dan membacanya...sebab peel saya ni suka baca buku dimana cover pun memainkan peranan utama juga tetapi apabila membaca beberapa review daripada pembaca-pembaca novel berkenaan serta sedikit latar belakang dan promosi dari penulis novel tersebut maka saya tak lepaskan peluang untuk memiliki dan membacanya....
Boleh tahan BEST...bukunya tebal ya amat..memang ambil masa nak membaca specially orang seperti saya yang banyak sangat komitmen di rumah khususnya..jadi nampak gayanya saya menghabiskan bacaan time si kecil tidur atau di pejabat ketika ketiadaan boss atau curi masa makan tengahari.....adalah dekat 3 minggu membaca (laa ni baru khatam hehehe....)
Review saya....
Review saya mengenai novel ni..sememangnya kalau nak carik lelaki yang setia pada zaman sekarang macam dalam novel Melur Jelita ni memang susah dah kalau ada pun itu dah dikira bonus dah tu..dapat dan tiada peluang lagi orang lain nak dekati...mana taknya 8 tahun menanti si gadis apabila si jejaka dalam diam meminati dan menunggu panggilan dari si gadis...selepas 8 tahun baru bertemu semula di sebuah kedai apabila si gadis singgah untuk membeli cincin perkahwina, maka bermulalah episod kasih mereka yang sekejap pasang sekejap surut......(nak tahu siapa yang kahwin...eloklah membacanya)
Novel ni terlalu banyak penantian terutamanya pada tang si lelaki ni ....penantian beliau merupakan suatu penyiksaan bagi diri saya yang membaca novel ni...tiba-tiba jadi geram dekat si gadis yang terlalu ego dan 'jual mahal' dan tidak berterus-terang secara menyeluruh apabila si lelaki menganggapkan yang si gadis sudah berpunya dan ingin menamatkan zaman bujangnya..... (kalau si gadis declare dan buang jauh-jauh ego awal-awal surely dah lama dorang menikah)....
Lepas tu bila dah terungkai kasih dan sayang mereka dan sedang enak untuk meniti alam perkahwinan tetiba mereka berdua diuji pula apabila mereka berselisih pendapat lalu si lelaki mengalami kemalangan dan hilang ingatan la pulak ....... banyak konflik yan terjadi, jadi rasa-rasanya anda bolehlah dapatkannya di kedai-kedai buku berdekatan nanti cerita panjang lebar tak thrill pulak...tetapi yang pastinya happy ending.....itu yang saya suka!!
Overal saya kasi 9.5/10 star pada novel yang berunsurkan islamik ini....saya suka baca novel ni sebab apabila saya baca saya mengambarkan yang lelaki itu seperti imaginasi penulis juga iaitu muka seakan-akan dengan Dennis Oh (pelakon korea yang hensem macam dalam gambar bawah ni....tang pompuan tu jangan imagine sangat tak sama kot...sebab dalam gambar tu ialah hana tajima, bagi saya tak sesuai dengan watak Putri Intan Zulaikha kot)...
Seronoknnya menjadi Putri Intan Zulaikha, kerana segalanya yang diimpikan menjadi kenyataan...seronok ye kalau ada orang yang sanggup nak belikan dan hadiahkan kita kereta "Porshe Panamera" atas bukti cinta dan kasih sayang......ermmmm(berangan jap)
Review belakang kulit buku...
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.
Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…
" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong
" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong
" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha
So pada kawan-kawan yang minat baca novel tu...jangan tunggu lagi ..kalau nampak sambar terus aje ye kat kedai.
10 comments:
YESS..BANTARA BUKU YG TERBAIKKK! :D
Alahai...baru baca review, saya dh feeling dah nie...
ade jugak kawan yang suggest buku ni tapi belom sempat beli lagi huhu
kawan-kawan..harus membelinya..tak rugi..seronok membacanya :-)
baca..tak terkejar masa nnti..setakat ini..tgok novel anak aje le..
tgok aje..baca tak..
erm...dah lama tertanya2 novel ni best ker tdk..tp masih belum terbuka ati nak beli..eheheheh...KiTA ada persamaaan...cover buku kengkadang mempengaruhi sy utk beli novel
saya pun baru terima ASST semlm..mmg kemaruk ngan hilman.. hehehe.. x saba nk abiskan pembacaan.. btw, saya suka la blog ni.. comel jer..
Gaya bahasa kurang kreatif...
Dlm masa 2 hri settled baca novel ni...slgi xhbis baca asyik dok teringat jer..memg best..mula2 nk start baca mcm xconfident jer sb anak kata..mama,novel ni mcm agama2 sikit...tpi ok laa..so sy cuba bca..perghh memg sempoi..best sgt..recommend for all novel fans to read....insya allah
Post a Comment