Sunday, March 04, 2012

Tak Salah Membantu

Assalammualaikum....


Bersiaran di hari minggu. Apa khabar semua.? Hari ini kami sekeluarga bz menghabiskan masa membantu dan mengikuti En Habi yang sibuk memasang alat clocking untuk guard-guard beliau dia area Keramat, Hulu Langat.


Lepas penat memasang clocking kami makan makan di Ampang Park. Nasib baik dah lepas makan maka pergilah membuang segala toxic dalam badan.


Sebaik aje lepas keluar toilet tetiba ada seorang akak ke makcik nak kata makcik tak tua sangat nak kata akak tak muda sangat lebih kuranglah jalan slow motion sambil bertongkatkan payung untuk memudahkan dia berjalan.....pakaian dia tip top macam orang berada tapi yang tak masuk akal tu dia minta tolong pakaikan seluar dalam sebab katanya dia tak boleh nak angkat kaki.


Naik heran bin ajaib saya apabila disuruh untuk melakukan begitu. Dalam hati terfikir..akak ni nak kidnap saya ke, nak rompak saya ke.....tapi tawakal ajelah dengan niat nak membantu dia..lagipun En Habi tunggu diluar pintu toilet apa apa boleh jerit.


Lepas tu akak tu suruh saya masuk ikut dia dekat dalam toilet dan pegangkan bag dia. Nak tak nak saya pun tolonglah..walaupun tahap kegelian saya melampau lampau dah tu dia bukak kain masa tu tak tahu apa lagi nak kena buat exactly dan terus dia turunkan seluar dalam which is sebenarnya pampers dewasa...rupa rupanya dia buang air besar nak tukar pampers tapi dia malu nak cakap memula tu..nak tak nak dalam keadaan loya saya pun tutup mata sambil keluarkan pampers yang dah 'berisi' tu dan letakkan ke tepi sambil masukkan ke dalam kaki beliau pampers yang baru.


Tapi sempat jugalah melihatkan kaki dan jari jari beliau yang luka luka mabbe dia penghidap kencing manis...


Erm....memang tak pernah pulak seumur hidup kena buat camtu ini barulah first time dalam hidup saya kena buat tugas camtu kalau ahli keluarga x pe juga ini dengan orang yang saya tak kenal langsung. Mungkin ini ialah rezeki saya. Kasihan dekat akak aka makcik tu.


Yang hairannya kenapalah takde siapa ahli keluarga beliau yang membantu sedangkan dah ketahuan yang kodition beliau tidak berapa baik. Nasib baiklah akak aka makcik tu jumpa saya...kalau orang lain, mahu ke mereka buat sedangkan kita tidak mengenali beliau.


Semoga dia sentiasa sihat dan dirahmati selalu....


Published with Blogger-droid v2.0.4

4 comments:

aReLaN said...

kalau saya memang tak sanggup kot.tapi memang pelik la takde family dia yang tolong ke apa kan.takkan la dia jalan sorang diri lak kan.hmmm

Lieza Nordin said...

ermm.. setiap perbuatan kita.. jika ikhlas.. Allah akan redhai ^^

dya nasir said...

ermm..kalau dya kat tempat akk mesti dya tak tahu nak tolong ke tak..

Aziela said...

Subhanallah.....besar sungguh pahala awak.... Kesian makcik tu... Kalau saya, saya tak mampu kot...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...