Friday, April 27, 2012

SPONTAN BERSAMA BEN ASHAARI





BEST atau TAK BEST??


Berminat sila ke SINI sambil klik SINI juga

Kasihan Beliau....



Seakan terkejut apabila membaca artikel ini yang saya baca dari salah satu blogger hiburan tempatan yang amat dikenali ramai.
Berdoa berkali-kali agar semua khabar angin yang saya perkatakan di dalam entri sebelum-sebelum ini adalah tidak benar sama sekali.
Tetapi kalau dah ditakdirkan nasib beliau begitu, maka kita sebagai insan tidak mampu untuk mengelak dan melarikan diri walau dalam apa cara sekalipun.
Apa yang pasti saya amat berharap agar beliau tabah dalam menghadapi apa juga rintangan dan dugaan serta terus kuat bersama anak beliau.
"Kisah rumahtangga pasangan ini sudah berkali kali menjadi bahan bualan para peminat hiburan Malaysia sehingga status sebenar perkahwinan mereka menjadi tanda tanya.
Satu per satu kisah yang kurang enak keluar dari mereka yang rapat dengan aktress popular ini — apatah lagi spekulasi daripada para peminat yang hanya memerhati dari jauh.
Terbaru, aktress popular ini di’katakan sudah mengaku kepada beberapa teman rapat beliau yang mana sang suami kini sudah pun berkahwin lain dan berita yang mengejutkan selebriti itu di’terima ketika majlis hari jadi anak beliau.
Seorang aktivis gossip di forum hiburan popular, Cari menulis yang aktress popular ini pernah mengungkapkan kata kata seakan redha dengan apa yang terjadi kerana perkara yang lebih penting ketika ini adalah anak. 
Memang kena prinsip yang aktress popular ini pegang kalau benar apa yang di’sampaikan kerana khabarnya sang suami pun sudah tidak tinggal bersama — maka tinggal’lah si isteri menjaga & mencari rezeki buat si anak yang masih kecil. Hmm."
Sumber: Rotikaya.com

SEGMEN BLOGLIST NASZ BULAN MEI 2012



Sekejapan aje dah sampai ke penghujung bulan April 2012.  Rasanya baru aje lagi saya menempekkan bloglist bulan April 2012 anjuran Ben Ashaari.

Kini Nasz pula menganjurkan segmen bloglist bulan Mei 2012.  Amacam anda berminat untuk menyertainya?

Saya suka join segmen begini yang secara tak langsung dapat juga mempromosi blog saya dan berkenalan dengan rakan-rakan blogger lain di luar sana di samping bertukar-tukar pendapat dan cerita menarik mereka.

Pada kawan-kawan yang baru, salam perkenalan dari saya dan sudi-sudikanlah berziarah ye.

Oh ya! pada anda yang berminat boleh terjah SINI sesambil klik di SINI juga untuk melayakkan En. Nasz menyertai DIGI WWWOW Awards.

Segmen ini akan berlanjutan sehingga jam 11.00 malam ini, so apa tunggu lagi??? 

JOMM!!



Review Segmen Bersama Zamani 84 -BW


Assalammualaikum...



Alhamdulillah...akhirnya saya dengan jayanya telah tamat, selesai, khatam berBLOGWALKING segmen anjuran Zamani 84 yang telah berlangsung dari 17-24 April 2012.

Segmen ini dengan jayanya telah ditutup pada 24hb April 2012 dan telah disenaraikan para peserta yang melayakkan diri mereka bersama-sama bersegmen.  Ramai jugak yang mengambil bahagian. 


Cuma ada beberapa buah blog sahaja yang saya tak dapat buka tak tahulah mungkin link yang diberikan salah atau postingnya dah hilang, atau PC saya ni yang ngok ngek tak boleh bukak...Allahualam......antara blog-blog tersebut:-


1) cikrame-rame
2) anakabah86
3) ceriteramissnurdeelaa
2) milikfairus

Melalui tinjuan dari siri jelajah blogwalking saya, kebanyakkan blog-blog yang mengambil bahagian tidak kurang hebat dan berbakat serta presentasi blog-blog mereka memang memuaskan.  Ada yang letak lagu bagi menghiburkan pengujung (awas jangan berat sangat ye...akak susah nak buka) ada yang letak cursor yang cumel-cumel, kiut-miut dan ada yang letak layout lain dari yang lain..tapi....overall mereka semua memang....

HEBAT BELAKA!!

Tahniah dan selamat bersegmen pada anda semua. Pada yang belum berkesempatan silalah berkunjung ke blog mereka-mereka ini. 

Link boleh dapati dengan hanya menekan INI

SELAMAT BERBLOGWALKING!!

BEN ASHAARI DAN BLOG AKU


Assalammualaikum ....


Ada segmen baru anjuran Ben Ashaari.

Berminat nak join sila klik SINI

Persamaan dengan blog Ben yang saya rasa-rasa, SIMPLE yang mana intipatinya tidak terlalu berat dan easy reading tak meleret-leret orang nak membacanya (chewah perasan je)

DAN

Sambil-sambil tu votelah En Ben kita ni di SINI jugak.

Selamat Bersegmen!!


Semakin Canggih Dunia Tetapi......





Masalah kurangnya sifat malu menjadi antara faktor utama golongan remaja terjebak dalam aktiviti tidak bermoral termasuk sesuka hati memaparkan maruah diri di laman web atau laman sembang.

Apabila sifat malu tidak ada, mereka mengikut tuntutan nafsu serakah yang membahayakan struktur masyarakat negara.

Kemajuan bidang teknologi komunikasi sepatutnya digunakan untuk kebaikan, tetapi banyak disalahgunakan.  Timbul masalah apabila pengguna, lebih-lebih lagi kepada golongan wanita yang kurang menggunakan akal fikiran hingga terjadinya salah guna alat hubungan maya.

Bagai api dalam sekam, hubungan maya tanpa kawalan dan berlandaskan nafsu sebenarnya membahayakan generasi muda.

Tidak ramai mengetahui apa berlaku walaupun keluarga terdekat sebab hubungan maya selalunya terjadi menggunakan alatan komunikasi seperti telefon canggih dan komputer ketika mereka bersendiri.

Bagaimanakah cara untuk kita mengawal dan menangani permasalahan ini?


Thursday, April 26, 2012

Erm....Alahai!!

Assalammualaikum....

Kawan-kawan semua tahukah anda bahawa terkadang kita ni sebagai manusia sahaya selalu lalai dan lupa diri sendiri. 

Kenapa saya berkata begitu kerana adakalanya kita berkata-kata dan ayat yang kita luahkan adakalanya menyentuh dan menyakitkan hati orang lain.

Contohnya ayat lazim yang selalu orang beri dan tanyakan pada kita dan selalu kita dengar masyarakat sekeliling meluahkan pertanyaan dan persoalan sebegini.

"Bila nak tunang", " Bila nak kahwin", "Bila nak ada anak sendiri", "Bila nak terima menantu", " Bila nak bercucu", "Laaa....  beranak lagi".

Semua itu terlalu sinonim dengan masyarakat Malaysia dan memang soalan wajib yang perlu ditanya oleh orang kepada orang yang lain.

Kenapa pulak tidak sebaliknya misal kata bila kita jumpa orang kita cakap " Alhamdulillah, kita berjumpa lagi ye, semoga kita semua diperpanjangkan umur". Kenapa tak nak cakap macam tu pulak?

Kenapalah soalan-soalan sensitip yang selalu diajukan hingga adakalanya menginggung perasaan seseorang itu.

Maka jikalau kita berada di dalam situasi berkenaan, dan berurusan dengan mereka-mereka yang sebegitu maka haruslah kita menjawabnya dengan hanya memberikan senyuman.  Jangan dilawan sebaliknya tampilkan senyuman yang paling manis kepada mereka hingga mereka sendiri akan rasa terssinggung dan berfikir balik atas apa soalan yang mereka tanyakan itu.

p/s:  Bakpe nak lawan tegang urat...buat ngabih boreh jo!! (betul ke tu dialect bahasa nogori tu)


7 Gaya Berjalan Yang Perlu Diketahui


Artikel yang sangat menarik utnuk di kongsikan bersama kawan-kawan.
Antaranya berbunyi:-
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
p/s: Camne pulaklah gaya saya ni berjalan ye...erm...kadang-kadang tu kita sendiri pun tak tahu gaya dan cara kita berjalan hingga mengundang tanda tanya dan perbualan orang lain.

SEGMEN NASZ : FOLLOW DAN COMMENT

Assalammualaikum....

BERSEGMEN LAGIKK!!


Mekasihlah dekat En Nasz sebab sudi sesangat menganjurkan segmen yang mana dikala saya tengah ketandusan idea nak menulis entri-entri menarik dalam blog ni.

Caranya mudah aje pada mereka yang dah biasa bersegmen perkara asas yang perlu di lakukan adalah dengan menempekkan banner penganjur berkenaan macam En. Nasz ni.

So reramailah kita memeriahkan mejelis ni ye.

Selamat BERSEGMEN dan pada mereka yang sudi silalah klik SINI untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan segmen ini.

Tapi sebelum tu sudi-sudikanlah juga untuk memVOTE En Nasz kita di SINI juga.


Saya SUKA!!


Wednesday, April 25, 2012

Mood Cuti.....



Erm...cantiknya pemandangan...sejuk mata memandang.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wordless Wednesday # 34

Assalammualaikum semua....

WORDLESS WEDNESDAY

tapi saya nak menulis jugak!!

Kembali semula bersiaran...sekejap timbul, sekejap tenggelam saya ni...Maaflah di atas keterlewatan saya untuk membalas jengahan dan singgahan anda di sini atas sebab-sebab yang tidak dapat saya elakkan.

Kesibukan menguruskan tugasan harian dan kerja sampingan dan kesihatan diri yang tak sudah-sudah yang tak berapa nak mengizinkan membuatkan saya kurang mengapdet blog dan membalas singgahan anda yang singgah ke rumah saya ni.

Terima kasih tak terhingga pada kawan-kawan yang singgah beberapa hari ini walaupun tiada entri yang menarik pun untuk tatapan.  Kunjungan dan singgahan serta komen-komen anda sungguh amat bermakna bagi diri saya untuk terus berblogging.

Semoga tali silaturrahim kita akan terus terjalin dan saling bertukar-tukar pendapat dan cerita menarik untuk dikongsi bersama....

Salam "Wordless Wednesday" pada anda semua!!


Saturday, April 21, 2012

Team Bolasepak / Futsal NMR

Assalammualaikum...


Selamat berhujung minggu semua.


Saya dengan berbesar hati memperkenalkan team bolasepak/futsal bernaung dibawah syarikat kami yang kecil tak sebesar mana pun Nadi Mah Resources.


Team yang mempunyai kekuatan seramai 18 orang anak muda yang menggelarkan diri mereka Kuat Perkasa NMR memulakan perlawanan futsal mereka di Sports Planet Sunway Pyramid pagi ini dengan memakai jersey pertama mereka yang berada dibawah naungan NMR.


Alhamdulillah..semoga niat murni kami untuk membantu hala tuju anak anak muda melayu kita tidak dipandang remeh dan sia-sia. Semoga mereka terus bersemangat dan berdiri teguh bersama NMR dan dapat melahirkan generasi sukan yang bermutu dan terbaik.....(chewahhh over pulak).


Pada sesiapa yang ingin mempelawa team kami untuk sebarang perlawanan dan pertandingan boleh hubungi En Hairul Azmi Mat Shah selaku penaung di 019-2036767.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 20, 2012

Sukarnya Menjadi Ibu & Bapa


Assalammualaikum semua...

Gambar Hiasan 
Ehsan dari Google


Menjadi ibu bapa dizaman yang sangat pesat berkembang dan berubah dengan penuh kecanggihan teknologi bukanlah suatu tugas yang mudah.  Para ibu bapa sekarang menghadapi terlalu banyak cabaran dan dugaan dalam usaha untuk membesar dan mendidik serta membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak mereka.

Peringkat yang paling sukar sekali bagi ibu bapa ialah peringkat peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada remaja apabila anak-anak sudah mula menunjukkan perubahan dalam tingkah laku, pergaulan, minat, pilihan kawan, peningkatan nasfu syahwat, cara dan gaya mereka berpakaian dan lain-lain.  Inilah peringkat yang penuh dengan berbagai pengaruh serta tekanan dari luar dan kebanyakannya membawa pengaruh yang tidak baik iaitu yang melekakan, menghayalkan, menyelewengkan aqidah, yang akhirnya merosakkan akhlak serta menyebabkan berbagai jenis salahlaku dan jenayah dikalangan remaja kita sekarang.

Sukarnya menjadi ibu bapa kerana perlu memastikan aktiviti anak-anak seimbang dengan pembentukan peribadi mereka dan menjadi seorang anak yang baik budi pekerti, menghormati orang tua dan bertanggungjawab.

Thursday, April 19, 2012

Jangan Mudah Tertipu....



Pelbagai taktik digunakan sindiket penipuan bagi memerangkap mangsa termasuklah yang  terbaru dengan menjadikan penyedia laman web popular untuk urusan jual beli barangan termasuk kenderaan yang menawarkan kereta mewah dengan harga murah.

Sindiket terbabit dipercayai didalangi pihak tertentu cuba memerangkap mangsa dengan menawarkan kereta mewah dengan harga murah dan tidak masuk akal. Difahamkan, sindiket berkenaan dikesan melakukan kegiatan itu sejak beberapa bulan lalu dengan memperdayakan mangsa sebelum mereka terjebak dan akhirnya akan memasukkan sejumlah wang deposit sebagai tanda persetujuan.

Taktik kotor itu digunakan sindiket terbabit dengan mempamerkan gambar kereta mewah termasuk harga dalam laman web berkenaan atas nama individu atau syarikat kereta terpakai bagi mengelirukan pembeli.


Pembeli yang tertarik dengan model kereta dan harga yang ditawarkan itu akan membuat urusan dengan pengiklan berkenaan melalui laman web itu. Malah, kegiatan mereka sangat licik apabila tidak meletakkan nombor telefon yang lengkap sama ada terlebih digit atau sebaliknya.

Pembeli yang ingin menghubungi pengiklan berkenaan tidak boleh berbuat demikian, sebaliknya berurusan dengan menggunakan e-mel yang disediakan laman web berkenaan. 

Zaman sekarang pelbagai jenis manusia melakukan sesuatu perkara atas tujuan untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan hak serta kepuasan pengguna.  Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan meminta pendapat dari orang yang lebih mengetahui sebelum membuat sebarang pembelian melalui internet.

Lebih Garam Mudarat Kesihatan


TAHUKAH ANDA??


gugel



Penduduk Malaysia didapati mengambil 8.5 gram garam sehari iaitu lebih tinggi daripada kadar yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) antara lima hingga enam gram sehari. 

Bilangan peratusan pesakit darah tinggi meningkat kepada 32.7 peratus berbanding 32.2 peratus pada 2006 yang mana kalau nak dikira memang tinggi purata pengambilannya.

Sebenarnya satu sudu garam dalam pemakanan sudah mencukupi namun kita lebih suka mengambil garam melebihi kadar sepatutnya sekali gus terdedah kepada risiko penyakit darah tinggi.

Walaubagaimanapun, usaha bagi mengurangkan pengambilan garam dalam makanan mampu menghindarkan orang ramai daripada pelbagai penyakit kronik seperti strok dan lemah jantung

Jagalah kesihatan kita.

Wednesday, April 18, 2012

GA Lelaki Kacak RM100

Assalammualaikum....



Macam konfius aje nama GA ni. Was-was nak join pun ada sebab kalau saya join, dah sah-sah saya ni perempuan.  Tapi disebabkan adik hensem lagi kacak ni dengan penuh kesudiannya menjemput saya menyertai GA beliau, saya tanpa berlengah lagi teruslah menempekkan entri ni.

Hadiah agak lumayan dan gambar model lelaki kacak di atas tu sudah semestinya semua orang dan wanita-wanita, gadis-gadis mengenali beliau (model GA tu tak dapat sekali ek?) hehehehe...gurau aje.  

Berminat?? 

Bukan aje dapat berkenalan dengan blogger-blogger baru dan lama tetapi anda juga berpeluang memenangi hadiah berupa wang ringgit tak sikit tau...boleh tahan juga... Apa pun kalah menang tak menjadi masalah cuma yang penting kita semua bloggers bersatu dan bersama-sama membantu satu dengan lain untuk terus memajukan industri penulisan blog di Malaysia ini.

Jangan lengahkan masa untuk menyertainya dengan terus menerus menekan SINI dan membaca arahan serta tips-tips yang perlu anda semua ikuti.

Tak susah pun..... Selamat mencuba semua!!


Note:  Terima kasih @azrijohan di atas kesudian anda mengundang akak untuk berGA.


Wordless Wednesday # 33



Nota kaki: 

Menurut doktor baby saya begitu aktif dan melompat-lompat di dalam perut saya....GULP!!.  Bila doktor nak kira panjang dia kasi tunjuk punggung dia aje.  Alhamdulillah kini panjang beliau (dari kepala ke punggung) @ 32mm bermakna saya kini 11 minggu.

SEGMEN: BLOG PILIHAN ZAMANI 84


Assalammualaikum semua.....



Rajin sungguh saya hari ni nak menjoinkan diri bersegmen.  Kali ni saya nak mencuba segmen anjuran Zamani, penulis blog yang muda dan berbakat.

Tak susah, mudah aje segmen yang beliau anjurkan kali ini.  Pada kawan-kawan yang berminat sila tekan ayat INI untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Manalah tau dengan bersegmen kita bukan saja dapat mengeratkan silaturrahim sesama bloggers selain menambahkan bilangan pembaca setia kita tetapi kita juga dapat menimba ilmu pengetahuan dari entri-entri menarik dan berinformasi yang mereka post up kan.  Tak susah kan?  Selain dari itu kita juga secara tak langsung memberikan sokongan kepada mereka yang menganjurkan segmen ini untuk terus berkarya dan bercerita akan kisah-kisah menarik peribadi dan semasa mereka.

Tak gitu??

Oleh itu kawan-kawan, sudi-sudikanlah kita menyokong sesama kita ye.

Good Luck saya ucapkan kepada semua yang menyertainya.

Tuesday, April 17, 2012

SEGMEN PKA RAHIM : SURPRISE..!!!

Assalammualaikum....



First things, terima kasih Pka Rahim sebab sudi menjemput akak untuk bersama-sama bersegmen dalam segmen anjuran Pka kali ni.

Erm...nak ceritakan pasal Surprise ni yang payah ni....erm..so far sis tak pernah attend surprise birthday party ke hapa sebab everytime En. Habi dan anak-anak atau ahli keluarga lain nak buat surprise, akak mesti dapat tahu dulu....hehehhe jadi tak bolehlah nak dijadikan bahan surprise kan.

Kalau nak bercerita pasal hantu ni takdelah in detail sangat cuma pernah lah kena attack demam seminggu kami suami isteri sebab ternampak bayang-bayang "makhluk" dekat rumpunan batang pisang di belakang rumah di kawasan Ampang Hilir (rumah kerajaan) ketika menghantar pembantu rumah pulang bercuti ke rumah majikan kakaknya yang berkerja di Ampang Hilir (sebelah Bangunan Perkeso, Jalan Ampang) sekarang dah roboh dah rumah tu buat kondo mewah dalam beberapa tahun yang lalu (kalau tak silap 8 tahun yang lepas).  Memang unexpected ternampak sebab kebetulan kereta kami memang betul-betul melalui kawasan yang bersebelahan dengan rimbunan pokok pisang tersebut kerana hanya itu sahajalah jalan yang ada untuk keluar dan masuk menuju ke jalan utama.

Nak dikatakan time tu waktu tengah malam tak jugak sebabnya jam baru aje menunjukkan dalam pukul 8.00pm lebih. Tapi dah nak kena time tu...alhamdulillah takde mudarat pada anak-anak, cuma kami suami isteri sahaja yang terkena "kejutan" tersebut akibatnya seminggu demam dengan sendi-sendi sakit semua.

Selepas dari kejadian itu adalah juga terkena sikit-sikit tempias di pejabat akak ni yang mana kalau tiba waktu pagi sangat pun tak boleh...petang sangat nak ke malam juga tak boleh TETAPI nak tak nak kenalah hadap juga yang mana baru tak baru jugalah kejadian tu iaitu sewaktu saya berseorangan menunggu 'ketibaan' En. Habi (yang selalu menjemput saya setiap hari) tapi pada hari tu lambat tahap gaban la pulak dia..jam pun takdelah lewat sangat cuma dalam 6.45pm gitew..yang mana kawan-kawan pejabat saya pun time tu dah hilang ghaib pulang ntah kemana, selalunya mereka ada juga sebilangan yang pulang lewat kerumah, tapi ntahlah kenapa balik cepatlah pulak hari tu.

Ketika itu sewaktu saya BZ berblogwalking ke rumah kawan-kawan saya terdengar bunyi dengusan seseorang di meja belakang saya, tetapi sememangnya ketika itu tiada siapa pun yang tinggal di pejabat melainkan saya seorang.  Haru ke tidak hanya tuhan yang tahu dimana bunyi dengusan dari suara orang lelaki itu antara dengar tak dengar di pendengaran saya yagn ketika itu tidak menyumbat telinga atau mendengar muzik pun cuma yang ada SENYAP dan SUNYI aje.

TINDAKAN drastik saya lepas dari bunyian itu .......apa lagi terus angkat beg dan maju terus kedepan tanpa menoleh ke belakang lagi dengan mencicit laju langkah seribu yang kubuka akibat dari KETAKUTAN dan menunggu En Habi di lobi depan pejabat saya.  Selepas dari insiden itu saya tidak HARUS dan takkan melibatkan diri untuk berseorangan atau pulang lambat berseorangan tinggal di pejabat lagi (adalah lebih selamat jikalau saya terus menunggu di lobi sahaja dari duduk berseorangan di dalam pejabat).  NAHIII!!

Pagi ini salah seorang dari rakan sepejabat saya ada menceritakan yang beliau juga ada mendengar bunyi dengusan itu beberapa minggu yang lepas  dan semalam beliau terdengar bunyi loceng kaki (orang berjalan) di dalam kawasan pejabat kami. Erm....siapakah gerangannya mereka-mereka itu..........yang penting mereka juga makhluk Allah seperti kita.

SIAPP!!

Pada kawan-kawan yang berminat nak berkongsi cerita anda bolehlah singgah dan berziarah sambil berkenalan dengan Pka yang comel dengan hanya menekan SINI.

"SEGMEN NASZ : B-L-O-G-W-A-L-K-I-N-G"


Assalammualaikum .....



En. Nasz anjurkan segmen lagi....SYABASS!!

Kali ini bersegmen dengan berblogwalking dari satu rumah ke satu rumah yang lain...ANDA SUKA??

Pada yang mempunyai kelapangan sudilah berziarah dan singgah ke blog-blog yang menyertai segmen En Nasz kali ni.  Tak rugi pun selain anda boleh melihat akan suasana keindahan blog-blog yang kita semua lawati.  Memang cukup-cukup berbakat dan berpotensi blogger-blogger sekarang tak kira baru mahupun lama anda semua memang berkaliber sebagai seorang penulis blog.

Teruskan usaha dan tingkatkan prestasi dengan menitipkan entri-entri menarik anda agar dapat dikongsikan bersama dengan teman dan rakan blogger lain.

Jemputlah singgah ke blog saya yang tak seberapa dan sudi-sudikanlah meninggalkan jejak anda di sini.  Insyaallah setiap komen yang anda tinggalkan akan saya jejaki dan terima kasih saya ucapkan atas kesudian kalian semua berziarah ke blog saya yang tak seberapa ini.

Pada anda yang berminat sila lawati dengan hanya menekan SINI

Selamat berblogwalking!!

6 Sifat Wanita Yang Tidak Harus Dijadikan Calon Isteri



Assalammualaikum....

Berminat dengan entri yang saya baca dari sesi blogwalking baru-baru ini....antara hasilnya yang ingin saya kongsikan bersama ialah mengenai entri di atas itu yang berbunyi....

"6 Sifat Wanita Yang Tidak Harus Dijadikan Calon Isteri"

Membaca entri ni aje dah rasa terkujat dan terkejut apatah nak membacanya hingga akhir, kerana kita manusia dan wanita yang hidup dalam dunia yang penuh pembangunan dan kemudahan teknologi yang sungguh canggih kadangkala terleka dan lalai hingga mampu mengundang perkara-perkara yang tidak diingini.

Maka kita seharusnya mengamalkan serta sentiasa beringat akan perkara-perkara yang sentiasa dilarang dan dibenarkan di dalam Islam.

Saya bukanlah isteri yang terbaik untuk suami tetapi Insyaallah saya akan mencuba memperbaiki segala kelemahan serta kekurangan di dalam diri saya serta mencari serta menimba ilmu dan bersahabat dengan mereka-mereka yang sentiasa memberikan tunjuk ajar serta saling mengingatkan saya.


1. Al-Anaanah:


Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi kenderaan tak cukup. Tak redha dengan pergorbanan dan peraturan yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia sahaja, tanpa mengira perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah:

Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak memperlekehkan suami, tak kenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Padahal suami sudah memberi bermacam-macam keperluan kepadanya.

3. Al-Hunaanah:

Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami / lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah:

Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan pelbagai ancaman, ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti budak suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al-Hulaaqah:

Sibuk bersolek atau tidur atau santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anakl.

6. As-Salaaqah:

Banyak bercakap. Siang malam, pagi petang asik menggosip. Apa saja yang suami lakukan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan sahaja bercakap di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, BBM dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

Monday, April 16, 2012

Bantu Selagi Mampu


Tentu ramai di antara rakan blogger yang mengenali beliau...

Gambar Ehsan dari blog Mazidul Akmal Sidek

Nasib serta kesusahan yang menimpa seseorang tu kita tidak mampu untuk mejangka dan meramalkannya.  Begitulah yang terjadi pada Husni Mohd Rawi atau lebih dikenali sebagai Bob Kuman.

Beliau kini terlantar sakit dirumahnya di Kota Damansara dengan keadaan yang lemah dan tidak mampu untuk bergerak apatah lagi keluar untuk mencari rezeki.

Kepada rakan blogger dan pembaca yang sudi untuk menghulurkan bantuan bolehlah menyalurkan bantuan anda secara terus dengan memberikan bantuan berupa kewangan di akaun Maybank beliau (BOB) Husni Mohd Rawi  @ 1123-7100-7047.

Setakat ini berita yang diterima mengatakan bahawa akaun beliau telah dilaporkan disekat oelh pihak bank atas tujuan keselamatan akan tetapi beliau akan cuba berurusan dengan pihak bank untuk terus mengaktifkan akaun berkenaan.

Pada yang ingin mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi En Razali (rakan beliau) di talian 016 231 5812. Dan pada yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sakit dan perkembangan beliau sila klik SINI.

Semoga Allah s.w.t sahaja yang membalas budi baik kalian semua.

Hariku Kini...

Assalammualaikum .....

Kembali bersiaran..sekejap tenggelam sekejap timbul..sekejap ada entri sekejap takde entri.  PARAH betul penangan mood tak tentu masa ni.

Hari ni saya gagahkan jua menitipkan entri bosan saya yang tak hapa-hapa kat sini agar kawan-kawan sudi jengah dan tak sunyi rumah saya ni dari kunjungan.

Seperti biasa hari Isnin yang penuh kemalasan ini saya memulakan hari yang agak berat sedikit untuk menghabiskan segala tugasan yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Lately ni mood kelaut susah untuk di jangka dan selera makan kejap naik sekejap turun tak menentu. Makan sekadar menghilangkan rasa kepahitan tekak yang agak melampau-lampau rasanya dan apabila terasa lapar, bila makan makanan manis terlalu perit pulak rasanya, bila minum air tawar terasa kelat dan pahit pulak, bila minum air teh o ais terasa pahit pulak..hish macam-macam jenis rasa dan tak selesa.

Tetapi agak menghairankan saya apabila rasa ini terus mengundang selera makan tak juga surut, makin hendak makan dan makan dan makan lagi....walaupun rasa bercampur baur dengan pahit dan kelat namun saya telankan jua dengan niat nak hilangkan rasa pahit di tekak nia .

Hish!! sungguh kurang selesa!! Bilalah agaknya semua rasa dan kekalutan saya ini akan berakhir...janganlah hendaknya berlarutan hingga ke penggal akhir tempoh "pembawakan" ini....sungguh saya kurang senang.  Kali ini situasi sungguh agak berbeza dengan anak-anak saya yang lepas-lepas.  Badan sungguh lemah dan berat, mood kejap ada, kejap takde, tekak rasa loya tak loya, muntah tak muntah, perut rasa macam nak gastrik tak gastrik, selera tak membuak-buak tapi bila makan HARUS dan PERLU kerana kalau tak makan bernyanyi-nyanyilah perut ni.

HUARGGGGHHH!!

Kawan-kawan pun begini ke?? Seronok pada kawan-kawan, kawan blogger dan saudara yang telah selamat "melahirkan" dan kini menjalani tempoh ber"pantang".  Erm...tabahlah hendaknya saya kali ini

Friday, April 13, 2012

Kenapa Mesti Beritahu Semua Orang.....


Assalammualaikum......

Selamat hari Jumaat penghulu segala hari....

Ehsan Google

Lately ni pelbagai jenis berita ada dipaparkan di dalam media dan suratkhabar.  Pelbagai isu selain dari isu bencana alam, isu politik, isu semasa, sukan dan tak kurang juga isu pernikahan, keruntuhan serta permasalahan dalam rumahtangga artis Malaysia dan luar negara serta orang biasa turut juga di paparkan di dalam akhbar dan majalah.

Bukankah suratkhabar dan media tempat untuk menyampaikan berita dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kenegaraan serta alat perhubungan antara rakyat dan kerajaan pimpinan negara. Kenapa isu-isu mengenai keretakan serta permasalahan di dalam rumahtangga perlu digembar gemburkan di dalam media dan suratkhabar hingga boleh mengaibkan pasangan dan keluarga masing-masing.

Tidak haruskan kita memimpin dan menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan isu rumahtangga sendiri  tanpa menggunakan khidmat akhbar dan media, kenapa mesti mewar-warkan kepada semua orang seantero negeri dan negara mengatakan kita mempunyai masalah dalaman rumahtangga hinggakan terkadang itu isu dalam kelambu serta layanan terhadap suami/isteri pun daripada orang tak tahu jadi tahu.

Memang betul konsep sesetengah orang mengatakan bahawa mereka itu orang kenamaan dan artis dikenali ramai, tetapi apabila time bersuka ria, cinta mencintai umpama dialah(pasangan) satu-satunya manusia yang disanjung dan disayangi tiada yang lain, tetapi apabila ada permasalahan timbul dalam setiap perkahwinan itu masing-masing menunding jari sesama sendiri mengatakan sipolan dan sipolan itu dan ini yang salah sedangkan diri sendiri tak pernah nak dicermin dan cuba untuk menyelesaikan permasalahan itu dengan cara terbaik dan aman.  Mengapa mesti memberitahu semua orang akan permasalahan yang kamu kamu hadapi.  

Kasihani anak-anak dan keluarga yang menangung malu dan aib yang dilemparkan serta kata-kata yang menyentuh perasaan ketika segala masalah rumahtangga diceritakan kepada media dan orang ramai.  Impak yang mereka (keluarga dan anak-anak) terima apabila menemui orang ramai dan rakan-rakan disekolah kita tidak mengetahui perasaan mereka.

Semolek-moleknya, berbincanglah dengan cara baik dan lakukan dengan cara berhemah dan professional tanpa memalukan sesiapa dan menunding jari pada sesiapa.  Kerana apabila kekurangan anda diketahui orang maka selepas itu orang akan menilai siapa diri anda yang sebenarnya.

p/s: saya sangat-sangat bersimpati dengan nasib Rita Rudaini bersama anak-anaknya, serta kisah Sri Wani yang tidak habis-habis dimalukan dan diaibkan, semoga dua individu terbabit sentiasa tabah dalam mengharungi dugaan tersebut.  Tahniah juga pada Sham Kamikaze .....

Thursday, April 12, 2012

Edisi Segmen! Saya Nak Bertukar RSS Feed Dengan Blog Kaki Wayang!


Assalammualaikum..



Berita baik bagi kawan-kawan saya yang ingin mempromosikan blog-blog mereka.  Kali ini salah seorang blogger muda, kreatif dan talented menganjurkan segmen bertukar RSS dengan link beliau.


BERMINAT???


Anda kenal blogger "Kaki Wayang"?? Pada anda yang sudah mengenali beliau serta membaca dan mengikuti blog hangat beliau bolehlah menyertai serta mengambil peluang keemasan ini untuk bertukar link dengan beliau dengan tujuan promosi blog anda dan juga berkenalan dengan lebih lanjut mengenai tuan punya blog berkenaan.

Tak susah!! mudah aje...cuma yang perlu anda lakukan copy dan pastekan header beliau di dalam entri yang anda buat dan ceritakan serba sedikit mengapa anda ingin menukar link dengan beliau dengan memberikan kata-kata 'bombastik' hingga membuatkan beliau cair.

JOM!! jangan lengahkan masa, jika berkelapangan sudi-sudikanlah ye.  Sesambil itu ambil peluang menyertai GA jiran sepagar saya Pn. Aziela bersama Miss Banu di SINI juga..

Mana tahu rezeki anda kali ini membuahkan hasil......

Good Luck kawan-kawan!!

Artis Dan Kelab Malam


Assalammualaikum...

Saya ni bukanlah baik sangat nak bercerita kisah orang yang bukan-bukan dalam blog saya ni tetapi sebagai manusia yagn hidup bermasyarakat dan telah diberikan kemudahan untuk menyuarakan pendapat dan cadangan di sini maka adalah lebih afdal dan elok jika kita dapat kongsikan bersama dengan kawan-kawan sekadar untuk dijadikan petunjuk dan pengajaran bagi kita yang bukan hidup dalam dunia yang penuh keglamoran dan kalau bukan artis pun kena ambil ianya sebagai suatu iktibar.

Saya terbaca artikel ini yang mana amat menarik minat saya dan sememangnya apa yang diperkatakan di sini sememangnya benar belaka.  Maka jika kita membacanya jadikanlah ia suatu iktibar dan tanam serta sematkan dalam hati bahawa ktia sebagai umat Islam seharusnya pandai menilai yang mana satu baik dan yang mana satu buruk untuk dijadikan petunjuk.

"BERHIBUR di kelab-kelab malam sampai lewat pagi adalah sinonim dengan artis kita. Tidak ada yang pelik kalau terjumpa artis di kelab malam sebab situlah tempat 'rasmi' mereka melepak dan menghabiskan masa. Itulah realiti kehidupan artis kita.

Kelab malam menjadi pilihan utama sebab kononnya sesuai dengan jiwa artistik mereka. Masuk di situ sambil mendengar muzik kuat, kalau bosan berborak, boleh turun ke lantai tari dan boleh menari sampai pagi.

Atas sebab kehebatan kelab malam itu juga, tempat itu diangkat gaya hidup artis moden masa kini. Artis yang lepak di kelab malam akan kelihatan lebih "moden" dan ikut arus peredaran zaman. Jadi tidak hairanlah kalau melepak di kelab malam jadi prasyarat untuk menjadi artis di negara ini. Artis yang belum cukup umur pun sudah pandai ke kelab malam.

Artis menjadikan kelab malam sebagai lokasi sosial mereka selain di laman sosial, paling utama dapat minum sebab di kelab malam ada banyak pilihan minuman, dari jenis paling murah hingga paling mahal. Buat pilihan saja sebab kelab malam ada lesen menjual minuman keras.

Ironi selepas artis mengangkat kelab malam sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka, maka terjadi banyak insiden yang mencacatkan nama keseluruhan artis tanah air. Padahal hanya segelintir sahaja yang "berumahtangga" di kelab malam.

Apatah lagi jika huru-hara melibatkan artis berlaku sekitar pukul 2 hingga 3 pagi, ini pasti membina persepsi negatif. Masyarakat pun bertanya, apa artis kita buat di situ hingga hampir subuh?

Banyak contoh insiden pergaduhan sama jenis antara golongan artis dengan individu bukan artis didedahkan di media dari zaman sebelum ada Internet sehingga ke hari ini yang berlaku di kelab malam.

Dilabel baculAda yang sampai dirujuk ke peringkat mahkamah sebab artis tak nak kalah dalam bab tegakkan keadilan! Artis ada harga diri, mereka tak rela dilabel bacul kalau bergaduh dengan orang biasa sebab itu buat penafian di media. Penafian itu cukup penting supaya satu Malaysia tahu yang artis tak bersalah.

Kalau boleh, penafian itu perlu diadakan seperti satu sidang akhbar khas, panggil semua wartawan untuk "memutihkan" kembali air muka yang telah jadi hitam. Sebabnya jika terus hitam, poket kembung jadi kempis.

Saya dedahkan perkara ini bukan nak burukkan artis yang terlibat kes pergaduhan di kelab malam, tapi mengkhabarkan betapa serius penyakit soaial yang melanda artis kita.

Persoalannya di sini mengapa artis masih memilih kelab malam sebagai tempat melepak? Tahukah bahawa kehadiran mereka cukup berpotensi untuk mencetuskan cerita buruk walau dengan apa pun alasannya. Apabila cerita ditangkap oleh pihak penguatkuasa disiar di muka depan akhbar, masa itu macam-macam hujah diberi untuk membela diri.

Dalam hal publisiti murahan sebegini, artis tidak boleh salahkan wartawan kalau dedahkan artis yang mabuk atau berkelakuan menjolok mata. Sebabnya ada ramai mata-mata yang jadi 'wartawan tak bertauliah' iaitu blogger.

Itu belum lagi dengan penggunaan teknologi canggih daripada 'wartawan tak bertauliah' yang memuat naik gambar artis tertentu ke laman sosial.

Justeru, sudah tiba masa artis kita berubah sikap dalam bab kelab malam ini. Kalau dahulu, artis bolehlah ke kelab malam untuk ambil tahu jenis muzik terkini sebab ketika itu tiada saluran lain, tapi sekarang tidak lagi.

Memang benarlah kelab malam bukan untuk mabuk semata-mata. Tetapi artis kita kena ingat bahawa kelab malam sudah sinonim dengan tempat untuk berhibur hingga tidak ingat dunia. Kalau mereka yang hendak merehatkan fikiran, mereka tidak memilih kelab malam. Cuma yang memilih kelab malam hanyalah mereka yang sejiwa dengannya. Jauhlah kelab malam kerana ia bukan tempat yang baik pun untuk sesiapa sahaja yang mencari kebaikan."

Selamat menjalankan tugas!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...