Thursday, October 20, 2011

HASRULHASSAN.COM - Inilah Blog Saya

Assalammualaikum..


Dengan sepantas kilat dan tanpa berlengah lagi saya menceburkan diri dalam segmen anjuran Hasrul Hassan kali ini iaitu Segmen: Inilah Blog Saya

Syarat nak menyertai SEGMEN ni ialah:-

Cuba ceritakan bagaimana anda boleh bermula membuat blog, dan siapakah yang mendorong anda untuk terus berblog. Nyatakan beberapa orang blogger yang memberikan semangat untuk anda terus berblog.

Memula saya menjinakkan diri dalam dunia blogging ni dah lama, tahun 2006 lagi tapi masa tu takde intention pun nak memasarkan serta mempromosi blog saya ni ke mata umum..malahan time tu saya disable kan blog saya ni pada mata umum..dengan niat hanya untuk tatapan saya dan luahan perasaan saya terhadap seseorang, meluahkan rasa suka dan duka di dalamnya tanpa mengetahui apa khasiat serta impak atau berfikir melalui blogging kita juga boleh menjana pendapatan melalui iklan-iklan yang disediakan oleh Nuffnang (memang siyes tak tahu).

Mula menulis dengan lebih serius pada awal (awal tak awal la) tahun ini apabila mula di perkenalkan oleh rakan baik, sekaligus merangkap rakan sepagar saya Pn. Aziela yang mengatakan bahawa dengan mempunyai rakan followers dan mejoinkan diri bersegmen blog kita akan mula/lebih dikenali as compared before di mana blog saya ni suram dan suam aje tanpa ada sesiapa pun follow. Kemudian dari situ saya mula sedikit demi sedikit giat memulakan langkah memasuki/melayakkan diri dalam setiap segmen yang dianjurkan oleh blogger-blogger otai dan amatur bukan dengan niat nak menambahkan koleksi follower (seperti yang selalu orang cakap), tapi dengan niat untuk berkenalan dan mengetahui lebih lanjut akan dunia blogging..serta saling bertukar-tukar pandangan dengan blogger lain, dengan harapan segala tunjuk ajar serta nasihat akan saya terapkan dan titipkan didalam setiap penulisan saya untuk kepuasan diri sendiri dan juga pembaca.

Alhamdulillah sekarang, saya cukup amat berpuas hati dan terlalu sayangkan blog saya ini, cuma ada kalanya saya berasakan akan kemalasan untuk mengapdet entri-entri yang bernas serta menarik perhatian pembaca memandangkan idea dan semangat itu kadang-kadang ada dan kadang-kadang takde langsung. Pheww!! bukan senang nak jadi blogger...penulisan kena bagus dan baik untuk dijadikan contoh pada blogger-blogger muda di luar sana.

Semangat tidak putus-putus yang diberikan dari En. Habi dan sekaligus anak-anak juga menjadi pendorong bagi diri saya malahan salah seorang anak saya juga menjadi salah seorang blogger juga(baru berjinak-jinak) akibat melihat akan 'kegigihan' mamanya mengapdet blog. Dan of course dari rakan sepagar saya dan rakan-rakan blogger lain iaitu FOLLOWER saya yang sentiasa menyuntik semangat untuk saya terus menulis dan bercerita mengenai pengalaman hidup, isu-isu semasa, maklumat dan berkenalan dengan teman-teman baru. SAYA SAYANG ANDA SEMUA!!

Seperti yang saya maklumkan serta pandangan dan serasa saya semua bloggers saya merupakan PENYUNTIK SEMANGAT saya untuk terus berblogging dan mewarnai dunia blog ini. Insyaallah di harapkan kalian tidak terus berhenti dari memberikan semangat serta tunjuk ajar kepada saya.

SIAPP!!

For those yang nak participate..HURRY UP tutup petang ni jam 6 petang ye. Info selanjutnya sila klik tajuk di atas.

11 comments:

Unknown said...

Saya singgah dari segmen Hasrul Hassan jugak :)

http://salwaismail.blogspot.com/2011/10/hasrulhassancom-inilah-blog-saya.html

Reena Sidek said...

Salam Kenal....
Singgah dr segmen yg sama...

http://masrinasidek.blogspot.com/2011/10/segmen-inilah-blog-saya.html

Mish Eyryn said...

ryn singgah cnie dari segmen same..
teruskan b'blogging !
meh laa jengokk blog ryn :)

Kancil 8349 said...

lamanya...namun ndak mengapa yang penting blog kita nie akan dibaca oleh orang lain

Kancil 8349 said...

kalau sudi singgahlah ke blog Kancil

http://kancil8349.blogspot.com/2011/10/segmen-bk-inilah-blog-saya.html

Muhammad Naim Abdullah said...

salam alaik

semoga penulisan anda diredhai oleh Allah..

Jom singgah:-
http://pemudattbc.blogspot.com/2011/10/ustaz-azhar-idrus-lagu-like-jesus-boleh.html

cik RQS said...

qaseh singgah sini balek..=)

miss jambu said...

Datang dari segmen yang sama
Datang nak ziarah rakan blogger ^^
dah follow awak ^^

dah join segmen genk??Kalau belum marilah join

JEMPUT JOIN SEGMEN GENK[tinggal dua hari lagi!!hehe]

New Entri:
GENK DI BELGIUM

Unknown said...

dari segman yg BA. Dah follow sini :)

Amalina Lee said...

Salam, Lina datang dari segmen yang sama. Selamat berkenalan! http://koreanpoplovers-amalina.blogspot.com/2011/10/hasrulhassancom-inilah-blog-saya.html

akuadalahaku.. ^_^ said...

singgah n follow sini dari segmen yg sama.. ^_^ salam perkenalan..

http://akuadalahaku20.blogspot.com/2011/11/segmen-hasrulhassan-jelajah-dan-gegar.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...