Friday, October 14, 2011

Janji Allah Itu Benar....

Assalammualaikum semua...

Kita bertemu kembali di hari yang penuh barakah dan mulia iaitu Jumaat, penghulu segala hari. Semoga hari anda akan bertambah baik dan sempurna berbanding hari-hari yang lepas.

Allah SWT menyebut pada ayat yang lepas bahawa orang yang mempunyai harta benda dan anak-anak telah kafir, bersikap derhaka dan menyelewengkan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya.

Allah SWT menambahkan penjelasan apa yang diberikan kepadanya itu hanya cubaan dan ujian semata-mata agar DIA melihat samaada orang itu taat dan bersyukur ke atas Allah SWT sehingga ditambahkan kenikmatan kepadanya. Atau orang itu akan menggunakannya untuk menimpakan kepadanya dengan pelbagai bencana dan seksaan.


Salam Jumaat, Penghulu segala hari....Selamat Berhujung Minggu dan Ceria disamping yang tersayang.

1 comments:

Kayu Manis said...

salam jumaat,Allah maha mengetahui segalanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...