Sunday, February 12, 2012

Penyanyi Lagenda Whitney Houston Meninggal Dunia

LOS ANGELES 12 Feb. – Penyanyi pop legenda dan pelakon, Whitney Houston, 48, yang pernah menguasai dunia muzik Amerika Syarikat dalam tahun-tahun 1980-an dan 1990-an, ditemui mati di hotel di Berverly Hills, kata polis.“Pada pukul 3:55 petang (semalam),


Whitney Houston diisytihar meninggal dunia di sebuah hotel di Beverly Hills,” kata jurucakap polis, Mark Rosen.


Beliau berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada seseorang di dalam rombongan beliau dan menemui Houston di atas lantai di bilik hotelnya di tingkat empat ketika usaha telah dibuat untuk memulihkan beliau.“Tiada tanda jelas berlaku sebarang kejadian jenayah pada masa ini dan kes ini sedang disiasat oleh polis Beverly Hills,” kata jurucakap tersebut.


Punca kematian belum dapat diketahui pada masa ini. – AFP


Published with Blogger-droid v2.0.4

3 comments:

aReLaN said...

hmmmm...lagu yg satu tu tetap pujaan hati

kak gojes said...

lagu tema bodyguard...

Aziela said...

Suka dengan bakat2 yg dia ada.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...