Monday, March 19, 2012

Dulu Dan Sekarang Tak Sama Lagi...


Adakalanya saya jadi tak faham dengan karenah manusia sekarang, dah diberi segala kesenangan dan kemudahan tetapi masih lagi mengambil jalan yang jauh untuk menghadapi sesuatu hanya dengan cara itu dapat menagih simpati daripada orang lain.

Hidup sesetengah manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang mereka perolehi dan hadapi.  Kesyukuran hanya dilahirkan dibibir dan dihadapan orang lain tetapi tidak di hati.  Kerana di dalam hati tersemat rasa ketidakpuashatian dan dendam serta rasa iri hati sesama sendiri tidak kira adanya pertalian persaudaraan atau tidak.  Semua itu diketepikan hanya dengan pendapat "kenapa dia boleh dan aku tidak?".

Kadang-kadang kita lihat seseorang tu yang bekerja bertungkus lumus mencari rezeki bukan hanya untuk beliau malahan untuk membahagiakan orang yang lain tetapi segala jasa dan pengorbanan yang dilakukan tidak pernah dihargai malahan BURUK yang dia dapati. 

Segala kebaikan dan ketulusan dicurahkan tanpa ada batasan tetapi dengan rasa tidak bersalah beliau masih dianggap  si polan itu suka melawan dan tidak mendengar kata, sedangkan kehidupan si polan itu mencari rezeki adalah untuk keseluruhan keluarganya serta membahagiakannya.

Suka hati untuk dimarahi, suka hati disuruh untuk kesana kemari, suka hati untuk diketepikan, suka hati untuk dikata, disumpah dan diperlekehkan oleh orang lain tanpa rasa hormat-menghormati.  APA SEBENARNYA YANG TERJADI?

Mana perginya nilai murni tersebut, sudah hilangkan rasa bersyukur, kekeluargaan dan kesopanan dalam diri hingga begitu sukar untuk meluahkan ucapan terima kasih kepada mereka yagn banyak berjasa pada kita.  Mengapa mesti ada jurang diantara mereka? 

Semua manusia adalah sama di sisi Allah tiada perbezaan dan perbandingan hanya yang membezakan kita amal dan ibadah sahaja, jadi tak perlulah kita memandang seseorang yang lain itu dengan pandangan kasar yang hina dan jijik serta meluat kerana selalulah mengambil sikap "SIAPALAH KITA UNTUK MENILAI SESEORANG ITU"

Segala perlakuan dan niat baik selalu dipandang buruk dan tak baik ada sahaja yang perlu dikritik dan dipertikai tetapi kenapa orang lain yang disukai tidak pernah dipertikaikan pula kenapa mereka selalu di agung dan disenangi oleh semua orang.  

Sikap tunjuk menunjuk, lumba melumba sesama sendiri kini menjadi trend dan ianya dipandang remeh dan dengan rasa tidak bersalah mereka merelakan seumpama perkara tersebut terjadi.

Dunia akhir zaman, semakin ramai manusia kini hampir lalai dan leka. Semoga kita sentiasa dijauhkan dari segala sifat dan sikap takbur, meninggi diri, menunjuk dan berfikiran kita bagus, materialistik dan elakkan dari rasa ego dan buruk sangka pada orang lain. Selalulah berfikiran POSITIF dan hidup berlandaskan tunjuk ajar serta bimbingan dari Allah s.w.t. kerana sesungguhnya kita hidup di dunia pinjaman Allah s.w.t. ini tak lama. Bersamalah kita menghargai antara satu dengan yang lain.

2 comments:

Izwa Kamaruddin said...

jgn menilai org jika kita tidak mahu dinilai juga..

suriani azwan said...

lama xsinggah sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...