Monday, May 28, 2012

Akhirnya Berjaya....Tahniah!!


Assalammualaikum semua....

Bagaimana wiken anda baru-baru ini? Anak-anak sudah memulakan cuti persekolahan penggal mereka selama dua (2) minggu, pasti ramai ibu bapa dan rakan bloggers sendiri yang mengambil cuti bagi merehatkan diri serta meluangkan masa bersama dengan anak-anak bercuti dan beriadah bersama.

Dikesempatan ini saya mengucapkan "Selamat Bercuti" kepada semua murid-murid dan guru-guru.  Pada adik-adik tu lakukanlah aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanafaat ye.  Buku jangan lupa dibuka bagi melakukan revision.

Pada mereka yang tak bercuti seperti saya (huuuuaaaa......) lakukanlah tugas dengan sebaik mungkin walaupun ianya merupakan hari lemau melemau bagi saya dan anda semua. Kerja kan "Ibadah"....

Oh ya! bercerita mengenai aktiviti wiken Sabtu Ahad saya baru-baru ini seperti biasa saya dan suami lately ni memang sentiasa sibuk menguruskan pasukan bola sepak dan futsal termasuk bawah 12 tahun yang bernaung di bawah syarikat kami NMR, jadi banyaklah tournament yang mereka masuki antaranya bermula dari hari Rabu, 23 Mei dan berakhir pada hari Sabtu 27 Mei 2012 berlangsungnya Kejuaraan Rentap Kosmo di Putrajaya bersempena dengan Himpunan Jutaan Belia dimana pasukan Futsal Perkasa NMR telah berjaya melayakkan diri sebanyak 3 pusingan di Gelanggang Futsal 1 Malaysia, Presint 18, Putrajaya. Walaupun mereka tak memenangi tetapi semangat dan komitmen yang mereka tunjukkan amat memberangsangkan.

Dan pada hari Ahad berikutnya 27 Mei 2012, Pasukan Bola Sepak Kuat Perkasa NMR telah berjaya menjuarai Kejohanan Piala Dato' Mokhtar yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru dengan kemenangan sebanyak 3-1 menentang J.E.S FC dari Semarak.

Alhamdulillah berkat kesabaran, skil dan kerjasama mereka ini telah membuahkan hasil yang cukup-cukup membanggakan. Seronok tak henggat bebudak ni apabila menang.

Tahniah kepada mereka dan Alhamdulillah juga kerana 5 daripada 18 orang pemain dari pasukan Kuat Perkasa NMR telah disunting oleh kelab bolasepak lain yang berminat dengan skill mereka (erm...agak sukar juga bagi kami untuk melepaskan mereka selepas ini......apa pun bergantung kepada mereka. 


Pasukan Futsal Kuat Perkasa NMR di Kejohanan Rentap Kosmo, Putrajaya (sorry gambar senget ntah pape ntah degil gambar ni)
En. Habi bergambar bersama player di Kejohanan Piala Dato' Mokhtar di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru
Futsal Bawah 12 Tahun Di Kejohanan Rentap Kosmo, Putrajaya


TAHNIAH KUAT PERKASA NMR!!



4 comments:

Aziela said...

Nak tumpang happy gak...Hinsshh..Bangga nieh!

Kaki Wayang said...

Tahniah kak..

NURUL AMEERA said...

TAHNIAH SIS :)

Unknown said...

Tahniah !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...