Friday, May 11, 2012

Owh..JAHATnya Kamu!!


Sakitnya hati kalau ada kawan-kawan jenis "backstabber" atau lebih senang dipanggil pengkhianat. Segala apa yang kita ceritakan kepadanya seperti bom jangka yang menunggu masa untuk meletup dan menghancurkan diri kita.

Memang perkara biasa kalau ada kawan-kawan yang talam dua muka. Tapi walau apa pun yang dilakukan, kita sebagai sahabat janganlah cepat melatah. Faham situasi dan ambil tindakan sewajarnya. 

Apakah langkah yang perlu kita ambil bagi mengatasi serta berurusan dengan mereka yang jenis sebegini:-

1. Lembutkan Mereka

Membalas dendam tak akan memberi apa-apa pulangan kepada anda. Silap-silap, keadaan jadi lebih buruk. Lebih baik mengambil tindakan lebih bijak seperti contoh layan kawan anda tu seperti dialah sahabat yang terbaik pernah anda jumpa. 

Jangan risau kerana lama-kelamaan akan timbul rasa bersalah dalam dirinya dan pasti dia tak akan berani menikam belakang kita lagi (Insyaallah...)


2. Menilai Diri

Apa kata anda mengambil masa beberapa minit untuk muhasabahkan diri. Mungkinkah apa yang terjadi ke atas diri kita adalah berpunca daripada diri/kesilapan kita sendiri? 

Mungkin secara tak disedari kita pernah bersikap kasar atau sombong dengan kawan-kawan lain sebelum ni. Atau mungkin juga kita sendiri pernah menikam belakang kawan-kawan yang lain dan ianya adalah hukum karma yang mengejar kehidupan kita kembali. 

Mungkin sudah sampai masanya untuk kita menilai diri sendiri dahulu sebelum kita mula menyalahkan orang lain.


3. Berinteraksi Dengan Mereka Yang Terlibat

Untuk mengesahkan sama ada anda benar-benar ditikam dari belakang atau hanya sekadar khabar angin, cubalah rapatkan diri dengan orang-orang yang rapat dengan si backstabber itu. Kalau sikap mereka berubah dan seperti mengelak bila berbual dengan anda maka benarlah 'virus' sudah mula merebak. 

Jika anda berada dalam situasi begini, anda perlu perbaiki semula keadaan. Buktikan anda tidak bersalah dan yang paling penting, jauhkan diri dari si backstabber itu.


4. Jadi Misteri

Jadi mesra dan mudah bergaul tetapi tutup mulut bila perbualan mula mencungkil butir-butir peribadi anda. 


PERINGATAN!!

Satu lagi, jangan banyak mengkritik orang, tak kiralah di sekolah, di pejabat atau di luar. Ianya boleh diputar-belitkan untuk menentang anda pula nanti. 

9 comments:

iEdA said...

btol 2...ida rs ida mcm br mglmi jer...dh rs tkot nk crta kt owg 2 sdgkn dialah kwn plg baek ida...

Pka Rahim said...

memang ada kawan camtu. sedih sgt.

jom singgah blog pka.

http://pkaemerald.blogspot.com/2012/05/jom-register.html

tq :)

Aziela said...

Rasa sangat kecewa bila kena mcm nie. Tapi saya nie mmg jenis all-out, maybe sebab tu ramai yg terasa hati. Susahnya nak jadi pendiam sebab saya suka berterus terang tapi bukannya berniat jahat. Lepas tu, selalu 'melatah' kalau ada orang 'serang'. Tapi memang sering makan diri semula... Huhuhuhu... Banyak sungguh kelemahan diri...

RamRamCute said...

@Aziela

betul tu awak ..kadang-kadang tu bila kita fikir kita kenal orang tu since kecik dah faham dan tahu segalanya rupanya di belakang kita ambil kesempatan...sungguh sedih kan :(

RamRamCute said...

@iEdA

hihihi...sabar ye dik

RamRamCute said...

@Pka Rahim

terima kasih pka singgah sini..

wahida said...

pernah kena mcm tu kak...sedih sgt...
serik kwn ngan org mcm org tu!!

Unknown said...

mmg sakit hati bila kawan khianti persahabatan tp mmg betul la bila kita balas semula kita yg lebih sakit...

9n0L4 said...

no satu tu mmg mujarab insha Allah. sunnah tu kalau tak silap. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...