Thursday, May 24, 2012

Berduit Tapi Tak Bahagia...


Assalammualaikum semua....

Seperti yang kita semua tahu baru-baru ini kejadian nahas pesawat Sukhoi Superjet 100 yang telah mengorbankan ramai nyawa iaitu seramai 45 orang telah menggemparkan kita semua dimana pesawat tersebut baru sahaja dilancarkan dan terhempas ketika sesi demonstrasi dijalankan. 


Ehsan dari Google

Kesemua ahli keluarga mangsa seramai 45 orang kini bakal menerima wang insurans daripada syarikat penerbangan berkenaan yang berjumlah 1.25 billion rupiah (RM424,580) iaitu lebih dari separuh daripada jumlah yang telah dijanjikan sebelum ini iaitu kira kira 463 juta rupiah (RM157,382).

Kesemua ahli keluarga mangsa akan menerima duit insurans berkenaan tidak kira samaada mereka rakyat Indonesia atau rakyat asing.

Salah seorang magsa nahas bersama dengan ahli keluarga - Ehsan Google
Persoalannya, mampukah ahli keluarga mereka menerima wang insurans berkenaan apabila nyawa seseorang yang mereka kasihi dan cintai telah tiada di muka bumi ini. Masih bernilaikah dengan harga nyawa ahli keluarga mereka yagn terkorban semasa sesi demonstrasi berkenaan.

Pokok pangkalnya hati dan rasa perikemanusiaan itu sendiri....Allahuallam.

Semoga roh-roh mereka di tempatkan dikalangan orang-orang beriman dan bertawakal di sisi Allah s.w.t.

7 comments:

εïз mummyHaza εïз said...

semoga di tempatkan di sisiNYA.. amin..

Masz Sidek said...

semoga semua keluarga mangsa tabah...

fizafantagirO said...

ermm .. mmg sis , duit , harta berjuta pun xkn mampu mengubat hati ahli keluarga mereka yang kehilangan org tersayang .. 45 mangsa .. ramai sgt :(

Eyqa Hasnan said...

dapat duit tapi hilang ahli keluarga :'(

wahida said...

sedih sgt...duit tu pun tak mampu nak merawat luka di hati...huhu...

Aziela said...

Sometimes, bila dah tiada baru rasa besarnya nilai nyawa tu....

keli menari said...

Gulp! Mane nak beli nyawa.
Yang penting redha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...