Thursday, May 10, 2012

Terkenang Semasa Dulu....


Assalammualaikum semua...

Hari berganti hari, masa berganti masa, tahun berganti tahun, pejam celik pejam celik dah hampir 18 tahun saya meninggalkan alam persekolahan yang penuh dengan memori dan 1001 kenangan yang paling terindah di dalam kehidupan saya.

Teringat zaman remaja bersama kawan-kawan tercinta berlari kesana kemari berpersatuan sana dan sini, beradik angkat dan kakak angkat sana dan sini, mengorat orang sana sini, baling tisu tandas dengan abang-abang yang kerja dekat Bangunan Mas sebelah sekolah tu sambil tengah tunggu masuk kelas sesi petang sambil korek lubang dekat padang sekolah.

Kenangan oh kenangan.......

Gambar hadapan sekolah

Ada sesiapa yang pernah dengar SM St. Mary Girls School, Kuala Lumpur yang berlokasi bersebelahan dengan shopping complex The Weld, Jalan Raja Chulan.

Badge sekolah kami...besi tau!!
Saya merupakan salah seorang dari bekas pelajar sekolah berkenaan.  Kini lokasi tersebut hanya tinggal kenangan.  Bangunan lama telah dirobohkan untuk membina pembangunan baru.  Sekolah yang baru kini berlokasi di Selayang.

Mereka kini...
Kini rakan-rakan seangkatan semua dah mempunyai komitment dan tugasan yang penting.  Ada yang menjadi orang penting dalam syarikat, ada yang menjadi pelakon terkenal, ada yang menjadi surirumahtangga hebat, ada yang masih single mingle mencari-cari pasangan , ada tu yang dah berhijrah mengikut suami duduk nun jauh di perantauan, ada tu wajah masih sama maintain macam sekolah dulu-dulu dan ada tu dah totally berubah dek kerana kematangan usia dan kecanggihan teknologi kecantikan terkini.  Malahan bilangan anak-anak juga sudah semakin bertambah tambah.

Zaman remaja kami...

Bahagia rasanya melihat kejayaan masing-masing yang kita sendiri tak pernah nak duga ketika zaman sekolah dahulu yang mana pakai baju pinafore senget benget, pakai baju kurung singkat kain dengan lipat lengan sampai tinggi, pakai tudung senget, duduk kangkang sana sini macam jantan ngalah nak jadi lelaki (almaklumlah sekolah perempuan aje) kalau nampak budak lelaki datang sekolah ada quiz atau hari terbuka sekolah ataupun cikgu lelaki jambu surely kena pedajal dengan kami anak murid.......hihihihi... Kenangan......

Gambar kelas yang sungguh skema... Form 4

Terlalu sukar untuk dilupakan keriangan kami bersama guru-guru tercinta yang banyak memberikan tunjuk ajar serta nasihat yang mana anak muridnya tak makan saman.

Alhamdulillah kami cukup berbangga dengan pencapaian kami kini...terima kasih cikgu dan teman-teman kerana menceriakan hari-hari kita dahulu...


Bangunan yang menepatkan book shop, bilik buku teks, bilik persatuan PRS dan port latihan kami kalau ada show

Ini adalah lagu sekolah kami....

School Song

UNITED AND STRONG

United and strong, sing we a glad song
Of the School and the rules that guide us
Of our colours and crest, our work and the rest
Of the things that our School provides us

Chorus:
For God and for School
Afar be it known
We stand, by the badge of our School
The yellow and blue
Shall ever be seen
To the fore, in sports and pure knowledge
We'll aye seek her fame
Yea make good her claim
To a name and a fame the dearest
So work for the whole
And sing from your soul
For the sake of St. Mary's the dearest
(Chorus)


Kenangan oh kenangan.....
Untuk mengetahui sejarah penubuhan sekolah berkenaan sila klik SINI

1990-1994

16 comments:

Nasz said...

hampir menitis air mata saya baca entry ni. terus teringat kat sekolah saya. Penang Free School. huhu.

RamRamCute said...

En Nasz zaman persekolahan adalah zaman yg paling sukar dilupakan. Memang akan teringat ingat.

Izwa Kamaruddin said...

kami akan bereunion sabtu ni..batch 1982..dah 13 thn tak jumpe nie..berdebar!

fizafantagiro said...

bestnya entry sis ni .. rasa cam saya pun duk zaman skolah sis :) errr sape kawan yang jadi pelakon tu .. hihihi sibuk nak th jugak :p

Aziela said...

Kenapalah rasa sangat sentimental... Terbaiklah entry nie wak...

Unknown said...

Zaman remaja paling seronok x pikir pasal nak cari duit, asyik minta duit kat mak ayah sekarang sebaliknya kita lak rasa ank2 minta duit kat kita. Hu hu hu zaman pasti berganti

Shiema Sufian said...

Shiema pun rindu sekolah :(

ogyep yummy mellow said...

Ex St Mary Girl rupanya... I Ex SMP Jalan Ipoh...

Unknown said...

HUU TERINGAT SEKOLAH..
tapi takleh nyanyi la lagu tak reti.akak nyanyi :)

Unknown said...

teringat kt teman2 lama...

[sutera kasih] said...

lepas baca entri ni, tetibe rindu sekolah sy jgk huhu

Si Matatajam said...

Teringat plak kat zaman sekolah M

maszull said...

assalamualaikum...selamat menyambut hari guru n teringat plak sekolah lama dulu...:)

aReLaN said...

hmmmm...tempat jatuh lagikan dikenang.rindu zaman skolah dulu.

Eyqa Hasnan said...

penang free school ? memang best sekolah dekat sana kan ?

Anonymous said...

Hi....saya nih minat kumpul lencana besi...saya takdek lagi lencana sekolah st. Mary versi lama...yang baru jer ada...kalau boleh...nak beli satu lencana tuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...