Assalammualaikum semua...
Bersiaran kembali. Pasti ramai yang melakukan ibadah puasa sunat hari ini di mana telah masuknya bulan Rejab dan ianya merupakan bulan mulia bulan untuk kita semua beribadat, bukan hanya di bulan Ramadhan aje.
Walaupun saya mempunyai kurang stamina akibat dari 'pembawakan' tetapi Insyaallah akan saya kuatkan semangat untuk belajar berpuasa di waktu begini dan melakukan yang terbaik untuk kebaikan saya juga, Kalau tak dibuat bila lagi betul tak? Lagipun umur semakin lama semakin meningkat dan anak juga kalau nak di hitung dah semakin ramai, jadi adalah lebih baik saya menunaikan apa yang di tuntut dengan mengikut kemampuan saya. Insyaallah akan bertahan hingga berbuka.....
Sebenarnya nak cerita pasal cerita ni semalam tapi sebabkan ada banyak kerja di saat-saat akhir semalam so saya tak sempat nak menempekkan entri ini. Sebenarnya semalam merupakan Hari jadi anak bujang saya yang sulung yang ke 11 tahun. Besar panjang dah anak saya tu, memang sekejap aje masa berlalu pantas meninggalkan kita tup tup anak saya dan melangkah ke angka belasan tahun.
Tiada sambutan yang grand pun yang kami buat hanya sekadar buat kejutan kecil pada beliau ayng pada mulanya sedih seumpama tiada siapa pun yang mengingati akan hari jadi beliau. Kami balik seperti biasa dan dia tidur dengan disulami dengan tangisan..bila saya dan En. habi tanya kenapa..dia cakap "takde pape" tetapi kami tahu hakikatnya dia mengharapkan yang kami membuat sesuatu untuk dia.
Makan-makan kecil-kecilan... |
Jam berginjak ke pukul 9:45malam dan beliau mengambil keputusan unutk tidur aje dan kami pun tidak pula melarang sebaliknya membiarkan aje sehinggalah 15 min selepas itu emak mertua, adik-adik ipar dan anak-anak buah saya tiba di rumah dengna membawa kek harijadi beliau.
New Flavor from Secret Receipe |
Riak kegembiraan jelas terpancar di wajah beliau sebaik aje kami mengejutkan beliau dan membawa beliau keluar bilik apabila melihat kek yang dibawa oleh nenek dan pakcik dan makcik beliau. Malam semalam kami habiskan masa dengan makan-makan kecil-kecilan bersama keluarga dan anak-anak dengan menikmati juadah Pizza Hut Delivery, Bubur Pulut Hitam (sempena kedatangan bulan Rejab...Ibu Mertuaku buat), Tembikai sebagai pemanis mulut. OKlah better than nothing!! Coz plan awal kami nak buat in advance tapi disebabkan ramai yang tidak berkelapangan pada hari minggu baru ni jadi hasrat itu berkubur aje dengan harapn wiken ini akan kami laksanakan juga..tapi memandangkan kami dah selebret semalam jadi wiken ni kami sekadar buat makan-makan (besar) bersama keluarga ajelah.
Hadiah kami untuk Amirul |
Pengajaran yang saya dapat, anak-anak ni memang terlalu sensitif terutama sekali apabila bab-bab yang berkaitan dengan diri mereka tak kiralah apa benda pun yang pasti mereka amat mengharapkan 'sesuatu' dari kita sebagai ibu bapa, kerana mereka semestinya tidak pandai berbohong dan menidakkan akan perasaan dan keinginan mereka. Selagi boleh diikut dan diturutkan maka seharusnya kita mengembirakan mereka seadanya mengikut kemampuan masing-masing ye tak?
"HAPPY 11TH BIRTHDAY MUHAMMAD AMIRUL HAIKAL"
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sempurna dan terancang.
17 comments:
selamat harijadi buat mu,syg!
selamat hari ulangtahun Muhammad Amirul Haikal. :) semoga kamu menjadi anak yang soleh. amin
selamat hari lahir...semoga menjadi anak yg soleh!!...:)
Wahh...bestnyer hadiah tu.... Er...cantiklahh rumah awak... Best jer nampak.. Nak wish kat Amirul kat blog dia lah..hehehehhe
@Aziela
hehehe..on behalf Amirul :terima kasih Anty Ziela... :))
On behalf of anak saya Muhammad Amirul Haikal mengucapkan terima kasih pada anty-anty semua di atas ucapan. :))
epy bestday for ur son..have a blessed!!
happy birthday juga..
happy birthday buat amirul...semoga jadi anak yg cemerlang dan soleh
@Rizki Pradana
Terima kasih sudi singgah ke blog saya..salam kenal dan akan follow kamu balik.
@cinnamon.com
terima kasih ....
@mrs puex
terima kasih mrs puex on behalf anak saya.
@Tentang Kita
terima kasih anty sha...
Hepi besday buat Muhammad Amirul Haikal,semoga jadi anak yg soleh.
Salam kenal dr kak Nurul dan follow sini.
hepy birthday untuk anak akakkk. hehe.jom join segmen pka nakk..
http://pkaemerald.blogspot.com/2012/05/segmen-pka-rahim-blog-cute.html
tq :)
assalamualaikum Rahmah....selamat hari lahir buat Amirul moga jadi anak yg soleh yer...:)
as-salam :)
tag di sini , jom joint
http://syiedalikes.blogspot.com/2012/05/1st-dorayaki-giveaway-by-ain.html
Post a Comment