Wednesday, May 09, 2012

Wish List



Assalammualaikum semua...

Meamandangkan bebaru ini saya dah masuk/pindah ke rumah baru, jadi macam-macam perkara yang nak dibeli sampaikan ada kalanya naik pening kepala memikirkan apa yang menjadi kePERLUan dan apa yang TIDAK menjadi kePERLUan.

Tetapi diam tak diam barangan wajib yang perlu ada dalam setiap rumah yang kita baru pindah semestinya kelengkapan elektrik dan kelengkapan bilik tidur.  Itu merupakan perkara WAJIB yang perlu ada betul tak?

Kalau dah namanya baru berpindah mesti TOTALY semuanya takde dan perlu dibeli...kalau nak di fikir-fikirkan naik seram bulu tengkok melihat kira-kira pembelian barangan rumah.  Dalam masa satu hari aje beribu-ribu ringgit $$$ keluar hanya untuk melengkapkan barangan keperluan di rumah, itu tidak termasuk barangan basah antaranya seperti makanan dan minuman asas betul tak?

Bagi pasangan yang baru berumahtangga takdelah menjadi kemestian bagi mereka untuk membeli segala macam barangan seperti yang terdapat dalam wich list saya at least boleh dikenselkan mana yang patut. Tapi kalau dah beranak pinak macam saya ni semua aspek kena timbang dan lihat mana yang perlu dan mana yang tidak.  Kalau nak di ikutkan hati saya semuanya PERLU.

Tetapi selalulah berfikir dan set minda ikut kemampuan sahaja agar ianya tidak membebankan sesiapa samaada si suami mahupun si isteri.  Tapi kalau dah kaya banyak duit terlebih tu sendri mau ingat lah...satu kedai kalau boleh nak borong ye tak?

Antara barangan elektrik yang perlu dan wajib ada ialah:-
  1. Televisyen
  2. Peti sejuk
  3. Mesin Basuh
  4. Dapur masak
  5. Aircond
  6. Water Heater
  7. Seterika
  8. Hob Masak
  9. Microwave
  10. Kettle
  11. Astro (wajib kena pasang kalau tak mati kutu anak-anak)
  12. Periuk Nasi
  13. Vacuum
  14. Blender
  15. DVD Player (jika perlu)
  16. Kipas, Lampu-lampu (kalau rumah baru)
  17. Wiring elektrik

Keperluan lain:-
  1. Set bilik tidur
  2. Set bilik tidur anak-anak
  3. Rak kasut
  4. Rak televisyen
  5. Almari pinggan mangkuk di dapur / Kitchen cabinet
  6. Meja makan
  7. Perkakasan dapur (pisau, papan pemotong, pinggan mangkuk, kuali, periuk belanga, senduk, sudu garpu, cawan, jag air dan segala macam lagilah)
  8. Tong gas memasak
  9. Sofa
  10. Jam dinding
  11. Perhiasan (frame gambar dsbg)
  12. Meja study anak-anak
  13. Almari hiasan
  14. Lampu tidur

Barangan basah dan kering antaranya:-
  1. Sayur-sayuran
  2. Ikan, Ayam, Daging
  3. Makanan sejuk beku (nugget, roti canai, fries, drumet ayam, karipap segera, dsbg)
  4. Susu
  5. Nescafe/Milo
  6. Shampoo
  7. Sabun badan
  8. Sabun basuh pakaian
  9. Pelembut pakaian
  10. Pencuci lantai
  11. Penyapu
  12. Tisu dapur
  13. Mop
  14. Kain pengelap
  15. Alas kaki
  16. Pewangi rumah
  17. Pewangi toilet
  18. Ubat gigi
  19. Bakul baju kotor dan kering
  20. Hanger baju
  21. Penyodok sampah
  22. Iron board
Hish!! pening-pening, kusut-kusut bila memikirkan segala macam perancangan yagn perlu diadakan dan dibeli untuk kelengkapan sesebuah rumah bagi mereka yang baru pindah.

Walhasilnya bukan senang nak pindah rumah ni kan? Al-maklumlah saya ni dah bertahun duduk di rumah emak dan peralatan yang ada dirumah (yang dulu) sebelum ini telah diwakafkan kepada orang-orang yang berkenaan (tak nak ceritalah history...sedih).

Semoga ini kali yang terakhir kami membeli segala kelengkapan rumah dan jikalau diberikan rezeki sekali lagi membeli rumah yang lain, harapnya takdelah nak membeli sakan macam yang ini kerana semuanya diharapkan boleh digunakan kembali. 

Penatnya jangan ceritalah "Nauzubillah" macam nak patah pinggang dan segala tulang temulang. Dah lah kami ni macam bidan terjun cari rumah dalam keadaan terdesak lepas tu terus masuk, cuci dan terus duduk...boleh gitu hihihi...apa pun semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNYA.

Bersyukur sangat!! Alhamdulillah.....

8 comments:

Izwa Kamaruddin said...

Syukur alhamdulillah...

Unknown said...

NAK MASUK RUMAH BARU KER?

Aziela said...

Itulah namanya jodoh dengan rumagh. Bertahun2 cari, asyik x berkenan dan ada jer salahnya. Bila dah jumpa jodohnya, semua di permudahkan Allah. Alhamdulillah.

Nak tambah barang dalam list : Water Filter..hehehehhehehehe

RamRamCute said...

@Aziela

Betul tu awak!!

Ye terlupa saya...water filter :))Tq wak

RamRamCute said...

@Tentang Kita

Hehehe..dh masuk dh tu yang serabut aje tu...

RamRamCute said...

@:: Mrs.Eady ::

Terima kasih Izwa sudi singgah blog akak :0

Ce'gu JAERA said...

syukur lah kan.. cuma mula2 pindah tu memang amat2 memenatkan... serabut lagi nak mengemasnya... harap segalany d permudahkan

ZieMarziah said...

hai kak:)
alhamdulillah dah slesai semuanya..memang penat nak masuk umah baru,pening kepala pikir nak kena beli mcm2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...