Monday, May 21, 2012

Kini Tak Susah Lagi..


Bila kepadatan penduduk semakin bertambah maka semua penduduk mampu memiliki kereta.  Rata-rata kita tengok setiap rumah mesti ada paling kurang 2 biji kereta dan kalau dah terlebih duit tu ada yang sampai 4 dan 5 biji kereta pada setiap isi rumah.


Disebabkan kepadatan penduduk dan penggunaan kenderaan yang semakin hari semakin meningkat maka sistem parkir kenderaan juga haruslah sentiasa selaras, selari dan canggih serta terkini dari yang lain kan?

Kalau takat keluasan lot parkir berkenaan sahaja tidak mencukupi untuk menampung kenderaan-kenderaan yang banyak melimpah ruah di luar sana especially bila tang waktu bekerja dan ada function, mulalah terkial-kial mencari parking.  

Sekarang dengan teknologi canggih sistem parking kenderaan telah diupgradekan menjadi lebih canggih dan teratur.

Pernah lihat sistem parking kereta pintar?  Ada sesetengah tempat dah mula menggunakannya sekarang akibat daripada kepadatan penduduk sampai dah tak muat-muat parking.

Antara keunikan sistem parkir pintar ialah:-

  • Caj dikenakan sebanyak RM5 dan RM1 untuk jam seterusnya 
  • Berfungsi secara automatik, mudah dan tiada risiko kecurian atau kerosakan kereta
  • Reka bentuk fleksibel, kawasan sekecil 42 Meter persegi
  • Pasang siap dan boleh dipindahkan 
  • Jimat masa mencari dan meletakkan kenderaan


4 comments:

Izwa Kamaruddin said...

canggih!

Mommy_ima said...

wow2..hebatnya..tp dpt parking depan umah sendiri jugak puas hati kot..huhu

RamRamCute said...

Betul tu Izwa sekarang semuanya canggih...

RamRamCute said...

Depan mata mmg sangat puas...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...