Friday, May 25, 2012

Bukan Semua Majikan Jahat..


Assalammualaikum semua...


Google
Rentetan daripada isu yang tengah hangat diperkatakan kini mengenai isu pembantu rumah Indonesia yang didakwa oleh Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez bahawa pembantu rumah Indonesia dijadikan objek penderaan fizikal dan keganasan di negara Malaysia adalah TIDAK BENAR sama sekali.

Serasa dan pendapat saya walaupun saya pernah menggajikan pembantu rumah Indonesia sebelum-sebelum ini, sebagai majikan kita masih ada rasa perikemanusiaan dan tidak pernah sama sekali dan rasanya rata-rata semua kawan-kawan blogger di luar sana bersetuju dengan pendapat saya bahawa majikan di Malaysia ini lebih banyak bertolak ansur dan memberikan layanan yang baik dan sempurna kepada mereka tanpa mengira darjat dan bangsa.  Jika adapun mereka-mereka (majikan) yang melakukan perkara sedemikian hanyalah segelintir sahaja.

Sebaliknya mereka dilayan seperti manusia dan mendapat hak yang setimpal kerana mereka juga merantau di sini dan mencari rezeki.  Kebanyakkan majikan kini menjaga kebajikan dan menjaga segala keperluan pembantu rumah mereka sebaiknya bukan seperti apa yang diperkatakan oleh mereka-mereka yagn tidak bertanggungjawab di luar sana.

Kalau setakat menegur dan memberikan penerangan sebaiknya kepada pembantu jika mereka membuat kesilapan itu adalah perkara biasa tetapi tidaklah sampai memukul dan mendera mereka. Yang penting kesefahaman dan tolak ansur di antara majikan dan pekerja.

Pendapat dan nasihat saya sebagai rakyat Malaysia sepatut-patutnya beliau (Irene Fernandez) tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang statement yang berbaur provokasi dan politik sebaliknya beliau haruslah sentiasa menjaga dan memelihara hubungan baik di antara Malaysia dan Indonesia dan bukannya memburukan lagi keadaan.

4 comments:

Eintan Nurfuzie said...

sebab nila setitik rosak susu sebelanga

NASZ said...

ya, betul tu. statement yang dikeluarkan itu macam menjatuhkan maruah negara dia sendiri. bercakap tanpa menggunakan akal, inilah yg berlaku.

From,

Nasz

MOHD NASER.COM

wahida said...

sebenarnya majikan yg jahat tu boleh dikira dgn jari...terlalu ramai majikan di Malaysia yg sgt menjaga kebajikan pembantu rumah mereka...

sgt bengang dgn statement bodoh Irene ni...

Unknown said...

Kadang2 dua2 jahat!Haha.Pekerja ngan majikan!tapi tak semua la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...