Assalammualaikum semua.....
Pagi-pagi lagi saya dah naik hangin dengan sikap pemandu-pemandu Malaysia yang selfish dan tidak bertimbang rasa.
Manakan tidak, dah tahu jalan dihadapan mereka tersumbat dan sesak tidak bergerak-gerak boleh lagi ada hati nak masuk mencelah-celah, berhimpit-himpit kehadapan "janji lepas" hingga memenuhi ruang kotak kuning dan menyusahkan pemandu lain yang ingin bergerak menghala ke arah lain.
Dah nampak lampu traffic lights tu hijau tapi depan tak berjalan, common senselah tak payahlah nak masuk menyumbatkan kenderaan kedalam kotak kuning tu...berperibahasa dan bertoleransilah juga, jangan ikutkan kata hati nak sampai tempat kerja on time. Semua pemandu yang memandu nak pergi bekerja jugak, agak-agaklah kalau dah memandu tu.
Takkanlah masa ambil ujian lisan di sekolah memandu dahulu tak belajar, takkan dah lupa kot? Kebanyakkan antara mereka memang sangat-sangat mementingkan diri dan tidak bertolak ansur.
Akibatnya tadi saya menjadi "polis trafik" sekejap berhadapan dengan simpang di antara Wangsa Maju, Carrefour nak menghala ke Jelatek dengan harapan mereka boleh berfikiran secara logik dan tidak memasuki ruangan kotak kuning bagi membolehkan pemandu lain dari arah bertentangan masuk dan melalui jalan dengan lancar. If not, nearly 6 kali traffic lights merah, kuning, hijau kami tak lepas-lepas menunggukan pemandu-pemandu bodoh yang tak boleh nak fikir tu duduk menyimpang tengah-tengah jalan berhenti di kotak kuning.
Peduli apa saya tengah memboyot atau tidak, bagi saya sebagai rakyat yang prihatin adakalanya kita perlu membantu dan menyedarkan mereka-mereka ini akan tatasusila ketika memandu di jalanraya jangan sekadar tangkap muat dapat lesen dan terus berdesup sana sini bawak kereta tanpa berfikir menggunakan kepala otak dan melanggar undang-undang jalanraya hingga menyusahkan orang lain.
11 comments:
memang tak suka... dah tahu lampu dah kuning tp tetap jugak nak menyumbatkan diri tgh2 kotak kuning tu...
pemandu2 macam nilah menyebabkan jalan makin jem...
Saya kagum giler..gilerrrr...GILERRR dengan awak sebab sanggup jadi polis trafik di tengah2 trafik yang dah bersimpul tu... TABIK SPRING TOING2 lahh wakk.. Uishh..masih kagum lagi tu. Berapa kerat rakyat Malaysia yang sudi nak menyelesaikan dengan cara genteleman macam nie? Kalau lelaki buat mcm tu, mesti saya jatuh cinta. Inikan pula dengan awak yang tengah pregnant.. Perghh.. No wonder lah Amirul pun ada sifat2 hero.. Syabas...!!
mmg pun...pemikiran pemandu ni xtau nk ckp cmne..bertimbang rasa la skit kan?
Pencarian cik en dan blog-bloglist geng cik en
Perlu ke kahwin?
assalamualaikum Rahmah...caya la bangga n kagum sbb ada orang2 yg seperti Rahmah...:)
Susahlah bila sikap mementingksn diri sendiri nie ada pd pemandu...
@Masz Sidek
yelah masz..kekadang tu kita yang tengok pun sakit hati..macam tak faham-faham kereta arah lain nak lalu..pentingkan diri dia aje!!
@Aziela
awak kalau ikutkan hati memang saya tak mahu keluar tapi sebabkan geram dengan sesetengah pemandu especially chinese lady driver yang tak makan saman..kita tunjuk yellow box dia angkat tangan marah tunjuk kita plak yg salah...ish sungguh kurang sivik..hilang sifat keibuan saya sekejap hahahah..jadi polis trafik huhuhuhu...
@eintan nurfuzie
rasanya kalau pepagi buta jam..semuanya nak sampai kerja cepat kan dik..tapi kenalah ada kesedaran dan rasa tolak ansur bawak kereta..betul tak?
@maszull
Assalammualaikum mama.....kalau ikutkan mmg tak mahu keluar dari kereta tapi memang dh serabut sangat nampak simpang yg dah tersumbat nak disumbat tak sudah-sudah tanpa menggunakan akal dan fikiran sesetengah pemandu kita ni...kalau tak dibantu dan diajar alamat saya datagn kerja pukul 11 pagilah jawabnya.....
@Nazayiena
memang betul tu....
Itu dia kakak kita ala2 Polis Trafik bersijil.Haha
Post a Comment