Gugel
Dalam kemodenan negara yang semakin pesat kini, maka pemikiran penduduk juga semakin pesat dan semakin advance. Isu lelaki/wanita berkahwin bercinta dan mempunyai affairs dengan pasangan lain umpama menjadi lumrah dan trend pada zaman sekarang yang berteknologi canggih.
Mereka tanpa segan silu mampu untuk keluar berdating bersama pasangan ketika pasangan masing-masing sibuk dengan tugasan atau berada diluar kawasan.
Apa sudah jadi dengan dunia sekarang?
Di manakah kewarasan mereka untuk berfikir mana yang baik dan mana yang tidak. Adakah disebabkan budaya yang menjadikan mereka sebegitu rupa sehinga mereka sanggup menduakan pasangan mereka?
Alasan bahawa suami/isteri kurang memberikan perhatian serta layanan menjadikan mereka berpaling mencari pasangan diluar sana hingga ada yang terlanjur.
Bak kata pepatah "Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi" malahan kedua-duanya seumpama tiada calon pilihan yang lain sedangkan ada pasangan itu masih muda, belia dan single masih mempunyai keinginan untuk bersama dengan orang yang telah berumahtangga. Sanggup menghadapi risiko apa pun jua rintangan pasti diharungi bersama sedangkan mereka tahu dugaan yang maha hebat pasti mereka terima apabila berkapel dengan seseorang yang telah menjadi milik orang lain.
Antara kesan buruk yang akan dihadapi ialah keatas anak-anak yang akan menganggu jiwa mereka. Justeru akan timbul perbalahan dan permusuhan, hasad dengki di antara pasangan.
1 comments:
Yang sebenarnya, perlu ikhlas dalam kasih sayang terhadap pasangan..Insyaallah tak akan beralih arah cinta suami isteri...
Post a Comment