Happy Birthday Nestle!!
Wahh!! kalaulah saya ni dilahirkan pada tahun 1912 pastinya umur saya seiring dengan nama produk yang gah lagi hebat dan tak perlu nak diperkenalkan lagi semestinya Nestle.
Kini Nestle menyambut ulangtahunnya yang ke 100 tahun ketika awal penubuhannya di sini. Dalam tempoh 100 tahun itu Nestle telah begitu jauh mengorak langkah setapak dan setapak untuk terus memperbaiki mutu produk yang dikeluarkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna khususnya kanak-kanak dan para ibu.
Bukan sahaja terkenal sebagai salah sebuah pengeluar produk susu kini Nestle dikenali dengan beberapa produk yang menarik antaranya :-
Nescafe
Milo
Koko Crunch
Air Yogurt Bliss (pelbagai perisa)
Yogurt Bliss (pelbagai perisa)
Aiskrim
Coklat
Nestum
Di dalam kehidupan kita sehari-hari pastinya kita akan menggunakan produk-produk tersebut menjadi salah satu pelengkap hidangan samaada untuk dihidang kepada anak-anak ataupun kita sendiri.
Teringat zaman flashback sekolah dahulu kala, di ketika itu mesti ada lori sampel Nestle datang berkunjung ke sekolah dengan memberikan secawan kecil milo (sejuk) percuma untuk di rasai oleh setiap murid. Kena beratur tau baru dapat ambil....ada tu kawan-kawan saya beratur sampai 2-3 kali sebab nak dapatkan sampel air milo tu lebih (macamlah kat rumah tak boleh buat). Bila umur berganjak ke remaja dan dewasa minuman asas yang saya selalu mintak di kedai ialah milo ais, sedapnya tak terhingga.
Sesungguhnya produk Nestle dan kehidupan kita tidak dapat disangkal lagi kerana produk yang dikeluarkan merupakan suatu keperluan bagi kehidupan sehari-hari. Macam ibu saya tak dapat aje Nescafe katanya tak feel badan, maksudnya badan dia rasa lesu dan tak bertenaga meaning dia kena ambil nescafe setiap hari without fail.
Pada anda yang mempunyai cerita dan pengalaman menarik sepanjang bersama-sama membesar bersama Nestle silalah layari websitenya di SINI dan ceritakan penglaman anda yang mana peraduan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan pemenang bulanan akan diumumkan pada setiap bulan sehingga bulan November 2012.
So, jangan lepaskan peluang ini..marilah kita sama-sama mengekspresikan pengalaman kita membesar bagai johan bersama-sama Nestle.
6 comments:
Cantiknya nampak yogurt tu bersusun. Err, rasanya tu Prince punyer...hihihihihi
yogurt die terbaik!!!
jemput join segmen rakan blogger kite deqla.. taq akak http://nanieybarnieylurviey.blogspot.com/2012/05/segmen-blogwalking-sampai-lebam.html
wahhhhh. ni entri pengalaman menarik akak eh? good luck. ;)
Hihihi...janji Nestle sy belasah aje. Hua hua hua...pinjam utk ambik gambar je
Mmg betul selain magginya pun tak boleh tanding dgn lelain brand.
Hihihi..9n0L4 jom kita join ramai ramai...
Post a Comment