Friday, May 25, 2012

Mutiara Kata


Assalammualaikum...

Dalam banyak-banyak himpunan mutiara kata yang paling saya berkenan dan terpikat hati antaranya adalah seperti di bawah ini yang saya kongsikan bersama rakan-rakan blogger yang lain:-

Antara perangkap syaitan ialah:
Derhaka dengan nikmat Allah
Angkuh dengan pemberian Allah
Sombong kepada hamba hamba Allah

Dalam pertarungan politik
Kemenangan bukan bererti benar
Kekalahan bukan bererti salah.

Jagalah lidah mu sebelum ia melukakan hati orang
Jagalah tingkah laku mu sebelum ia membinasakan diri sendiri.

Janganlah mendongak ke langit kerana angkuh
Atau tunduk ke bumi kerana putus asa.
Berhati hati lah semasa berbicara,
kerana lidah itu juga bolih tergigit pada bila bila masa.

Apabila engkau bersabar akan timbul kekuatan dalam diri mu dan memperolihi pahala
Tetapi jika engkau berkeluh kesah
Ia akan menimbulkan kelemahan.

Ilmu itu kekuasaan pertama
Benda itu kekuasaan kedua
Ada emas semua kemas
Ada wang semua sayang
Ada padi semua menjadi

Jangan lah hendaknya kecintaan mu terhadap sesuatu membuat kamu menjadi lupa
Dan kebencian mu terhadap sesuatu itu membuatkan kamu hancur.

Jika kamu berada dalam majlis jamuan hendaklah menjaga perangai
di rumah orang menjaga mata
dalam solat menjaga hati
dan dalam pergaulan menjaga lidah.

2 comments:

::CIK LYNN:: said...

tq for sharing kak...=)

Razifredz said...

menarik n best ... ble jadikan pendorong yg hebat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...