Friday, May 25, 2012

Terima Kasih Blogger 1001 Resipi dan The Rainbow Journey


Assalammualaikum semua....

Selamat bersiaran kembali di hari Jumaat yang mulia ini.  Oh ya! belum terlmabat kiranya saya ucapkan Selamat Hari Belia kepada semua para belia di luar sana.  Dan sekarang Himpunan Sejuta Belia sedang berlangsung di Putrajaya daripada 23-27 Mei 2012.  Pada anda yang berkesempatan jangan lepaskan peluang ini kerana banyak acara-acara menarik berlangsung  dan produks barangan tempatan turut di pamerkan di booth-booth yang telah disediakan.

Sebenarnya saya nak bercerita akan kisah saya pagi ni yang mana rakan sepagar saya iaitu Pn. Aziela mengatakan bahawa blog anak saya telah dipromot oleh blogger terkenal Kak Kida dari 1001resepi.  Terharu dan teruja pulak rasanya akan kesudian mereka-mereka (blogger terkenal) mempromosi dan menilai kemampuan anak saya yang baru berumur 11 tahun ini hingga mereka (kkida & aziela) sudi mempromot sambil memperkenalkan blog beliau kepada umum.  




Untuk membaca lebih lanjut entri mengenai blog Muhammad Amirul Haikal bolehlah klik di SINI dan SINI.




Terima kasih pada Aziela dan Kak Kida kerana sudi menjengah dan memberikan komen yang begitu bernas dan terharu (emak dia plak lebih) serta sanggup membuat dan menempekkan satu entri khusus untuk blog beliau yang mana pada mulanya saya sendiri tak berapa nak menggalakkan beliau berblogging atas alasan beliau masih kecil dan rasanya tak perlu lagi nak berblogging kot dengan ayat beliau yang tunggang langgang dan BM pun tak berapa nak baik. Tetapi atas dasar beliau yang suka nak bercerita dan mengekpresikan rasa dan emosi beliau melalui blogging yang dianggapnya lebih sebagai diary saya turutkan sahaja walaupun entri yang beliau paparkan kebanyakkannya pendek dan ada kalanya kelakar nak gelak guling-guling pun ada.

Alhamdulillah berkat komen dan kesudian anda dan blogger lain yang sudi mengikuti blog beliau semangat beliau semakin membuak-buak dan surprisingly dia amat-amat terharu apabila saya memaklumkan pada beliau bahawa blog beliau kini telah dikenali oleh orang lain dan bukan hanya saya dan adik beliau sahaja yang mengikuti blog beliau tetapi orang lain juga.

Disebabkan kami baru berpindah rumah dan kemudahan wifi di rumah baru agak terhad dan tidak berapa mengizinkan jadi usaha beliau untuk membalas komen atau special entri yang anda semua paparkan agak sukar bagi beliau balas dan beliau hanya mampu mengucapkan "TERIMA KASIH PADA ANTY-ANTY SEMUA" jika ada kesempatan beliau akan membalas kesemua komen-komen anda dan juga special entri yang anda buat untuk beliau. 

Atas kesempatan ini juga dan bagi pihak anak saya Muhammad Amirul Haikal, saya ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda semua memperkenalkan blog anak saya yang tak seberapa itu dan semoga anda semua sudi memberikan komen serta tunjuk ajar kepada beliau utnuk terus berblogging dan menegur untuk kebaikan beliau sendiri. 

3 comments:

Eintan Nurfuzie said...

BAGUSNYE..KECIK2 LAGI DH PANDAI BBLOG

Aziela said...

He really deserves that. Layak untuk di promotkan. Blog beliau pun sesuai dengan usianya, berbanding dengan blogger muda yang lain di mana isi kandungannya agak kurang sesuai.

Izwa Kamaruddin said...

dah follow :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...