Assalammualaikum dan selamat pagi semua...
Alahai hari Isnin yang lemau dan menduga kewarasan saya telah pun tiba. Mood raya masih lagi terasa dan umpama BEGITU malas untuk saya memulakan tugasan saya yang sebelum ini telah sembilan (9) hari saya tinggalkan untuk menyambut kehadiran syawal (amboiii.... raya sakan).
Tapi kalau nak difikir-fikirkan balik KITA ni kalau tang beraya bukan main lagi, kalau boleh genap sebulan posa, sebulan jugalah kita nak beraya (saya lah tu). Cuba tengok orang-orang Arab sana, dorang semua beraya 2 hari aje, selain itu bulan Syawal mereka lengkapkan seperti biasa aje.
Tetapi kalau kita, mengikut tradisi sebulan beraya memang penuh diisi dengan menerima undangan rumah terbuka dan membuat rumah terbuka dengan memanggil sanak saudara, sahabat handai datang kerumah sambil makan, makan dan makan lagi... lepas tu mesti heboh GEMUKla.. (saya la tu)
Tetapi, Alhamdulillah kita semua bersyukur kehadrat ilahi kerana kita semua hidup di dalam suasana, negara yang aman damai dan tenteram tanpa ada pergolakan mahupun peperangan seperti negara-negara lain.
Yang penting kita semua, perlu saling hormat-menghormati serta bermuafakat untuk terus mengekalkan keharmonian serta tali silaturrahim diantara kita tidak kira berlainan kaum mahupun bangsa, kerana kita semua 1 Malaysia.
Selamat Kembali Bertugas dan Kekalkan Ibadat Kunjung Mengunjungi di antara kita.
Trak Transformer Boleh Bergerak Popular Di China
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment