Saturday, September 17, 2011

Harus Miliki: Samsung Galaxy Tab 10.1

Assalammualaikum semua,

Hari ni saya nak post up entri mengenai review saya mengenai kecanggihan gadjet terbaru keluaran Samsung Galaxy Tab yang sungguh mesra alam. KALAULAH saya boleh diundurkan masa dan bertukar kepada Samsung Galaxy Tab 10.1 yang baru ini ALANGKAH bahagianya.

Tapi tak mengapalah, sekurang-kurangnya En. Habi sudi menghadiahkan saya Samsung Galaxy Tab 16GB 7" Android (3G + WiFi) bagi kemudahan saya dan tidak perlu lagi saya berebut dengan Icha dan abang-abangnya untuk menggunakan Ipad lagi. Sekarang saya dengan TENANGnya boleh melayari internet serta berblogging dengan selesa dan tenang dimana sahaja saya berada.



Celcom juga, kini ada menyediakan kemudahan pembelian tablet tersebut bagi yang meminatinya. Ianya bukan sahaja nipis dan ringan malah kepantasannya sungguh terbukti.



Kepantasan yang sungguh terbukti malah ianya paling PANTAS di dunia. Hanya dihujung jari anda sahaja.



Pelan yang ditawarkan dari Celcom mengenai pakej jalur lebar bersama-sama Samsung Galaxy Tab 10.1.

Jadi?? Apa tunggu lagi.....

p/s: Entri ini tidak berbayar ye, ianya cuma review dari saya sekadar untuk berkongsi dengan kawan-kawan semua.

2 comments:

Elih Japahar said...

Menarik tapi dah ada samsung galaxy s..hehe :)

Rahmah Ram Ram said...

Ok jugak tu EJ. Molek bila surf internet dimana shj.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...