Thursday, September 08, 2011

Salam Takziah Buat Rakan Sekolah Saya....

Assalammualaikum semua,

Pagi ini saya telah dikejutkan dengan panggilan daripada ibu mertua saya yang mengatakan bapa kepada sahabat baik (ketika zaman sekolah) dahulu telah pergi meninggalkan mereka sekeluarga menghadap Ilahi pada jam lebih kurang 4.00++ pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat daripada beberapa komplikasi antaranya arwah disahkan mengalami peparu kiri yang rosak teruk, buah pinggan tak berfungsi dan keadaan jantung lemah.

Semoga roh Allahyarham Pakcik Aberk sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Kami di sini sentiasa mendoakan agar keluarga Raja Nazilawati binti Raja Zainal sentiasa tabah dan sabar menghadapi dugaan dari yang Maha Esa.

Untuk pengetahuan semua ibu mertua saya mengenali keluarga rakan baik saya itu kerana mereka pernah tinggal di kawasan perumahan yang sama dahulu di Kampung Baru.

Al Fatihah.....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...