Alahai..........terharu lagi saya kali ni di atas kesudian jiran sepagar saya Pn. Aziela membuat suatu entri mengenai saya. Tak terhingga dan tidak cukup rasanya ungkapan terima kasih yang saya berikan pada beliau atas kesudian beliau menempekkan entri mengenai saya di dalam blog beliau (bukan senang tau).
Terima kasih pada sahabat baik, teman sekerja, teman seblogging dan jiran sepagar yang saya sayangi Pn. Aziela. Sesungguhnya ketahuilah awak banyak membantu saya di kala saya masih bertatih-tatih untuk memulakan dunia blogging ini (al-maklumlah tak celik IT).
Hakikatnya, kata-kata awak yang terlalu menggunung memuji itu sepatutnya kita kongsikan bersama kerana kita sama-sama memulakan dunia blogging ini kerana awak banyak membantu saya juga memperkenalkan saya dengan rangkaian-rangkaian yang menyalurkan informasi terkini serta taktik-taktik penulisan blog yang sempurna. Insyaallah berkat kesabaran kita semua akan terubat dengan hasil kerja tangan kita ini suatu hari nanti.
(statement macam menang award blogger termashyur pulak....padahal baru diperkenalkan sebagai blogger baru dekat belog Hasrul Hassan...isk isk isk...gile glamer tul saya ni)
Sememangnya blog ini tidak akan dikenali serta tidaklah semegah mana jika tanpa dorongan dan sokongan dari awak dan rakan-rakan blogger lain. Segala nasihat dan tunjuk ajar juga saya perlukan untuk kita semua sama-sama maju dan maju lagi.
"Jangan mudah berputus asa, banyakkan bersabar dan mempelbagaikan mutu penulisan kita. Bukan senang nak jadi blogger"....kan itu yang awak pernah sampaikan pada saya. Jadi sama-sama kita mara dalam dunia blogging ini dan saya akan menyokong awak serta membantu sedaya saya untuk yang terbaik buat kita semua.
Saya Sayang Awak Juga!! Terima Kasih....
Tuesday, September 27, 2011
The Rainbow Journey Jiran Sepagarku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam perkenalan..:)
waa....terharunyaaa.... sedey plak..sob..sob...
Post a Comment