Sunday, September 11, 2011

Jamuan Hari Raya Kecil-kecilan

Assalammualaikum,

Selamat pagi anda semua, apa khabar? Hari Jumaat lepas kami di pejabat mengadakan Majlus Jamuan Hari Raya merangkap 'Farewell' kepada salah seorang dari rakan pejabat kami dan seorang petugas sementara yang akan menamatkan perkhidmatan mereka pada hari itu dan Rabu ini.

Seronok kami semua berpakat-pakat membawa makanan dan membuat order makanan pada rakan pejabat kami. Terima Kasih pada Kak Ana dan Suaminya (En Megat) kerana sudi memasakkan makanan yang sedap untuk kami semua.

Menu makanan utama kami pada hari itu ialah Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Jelatah, Dalca serta kuih muih raya. Terima kasih pada rakan-rakan semua kerana korang semua sungguh Sporting.

Insyaallah pada hari Isnin ini 12/9/2011 pula kami akan menganjurkan sesi Rumah Terbuka di Bangunan BERNAMA untuk semua petugas BESSAR Teknikal disana serta sedikit jemputan untuk ketua-ketua jabatan juga.

Phew!! Penuh dengan makan-makan. Bilalah nak start puasa enam ni?
















- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

cleverspider55 said...

ala makan tak yah byr pun.Mkn je selagi bleh mkn..hehe

RamRamCute said...

Betul tu cleverspider55 tp tulah berat badan naik. . . Huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...