Assalammualaikum...
Ego dan Sombong??
Itu adalah sifat mazmumah yang amat dimurkai oleh Allah s.w.t. Ianya terlindung namun kesannya amat besar sehingga boleh memberikan kesan kepada tingkah laku, gaya dan pertuturan seseorang.
Ego dan Sombong adalah sifat yang berakar umbi dari perasaan merasa diri lebih baik daripada orang lain. Ianya wjud apabila sikap tawaduk dan merendah diri tidak disemai dalam diri seseorang itu.
Akibatnya seseorang yang Ego dan Sombong boleh menyimpang serta membawa kepada kesesatan kerana biasanya dia akan menolak sesuatu kebenaran walaupun hati kecil mengakui akan kebenaran itu.
Tanda-tanda seseorang itu Ego:-
1) Sukar menerima pandangan dan teguran dari orang lain ataupun mereka mungkin menerima pandangan serta nasihat tersebut tetapi secara ringkasnya ianya seperti 'TERPAKSA' tanpa hati yang sejahtera.
2) Seorang majikan yang ego merasa dirinya seorang yang cukup untuk membuat keputusan dan menentukan hala tuju organisasinya. Dia tidak akan menghiraukan pandangan, keluhan, idea serta teguran yang dibuat oleh orang bawahannya.
3) Pekerja yang ego pula adalah tidak mahu menuruti arahan majikan dan tidak mahu berkongsi ilmu serta kemahiran dengan rakan sejawat yang lain. Pekerja yang ego akan sentiasa merasa dirinya betul dan orang lain salah.
Cara mengatasi Ego:-
1) Menerapkan kesedaran bahawa segala nikmat yang diperolehi adalah kurniaan Allah untuk kita mensyukurinya. Orang yang bersyukur tidak akan ego dan sombong kerana dia menganggap semua nikmat adalah hak milik Allah yang diberikan kepada manusia.
2) Menganggap semua manusia adalah sama kedudukannya, sama ada miskin atau kaya, tua atau muda, majikan atau pekerja. yang membezakannya ialah TAQWA.
3) Mendalami ilmu agama. Ketahuilah, semakin banyak ilmu seseorang itu, maka semakin bertambah sifat tawaduk dan merendah diri. Semakin banyak amalannya, maka semakin tinggilah rasa takutnya kepada Allah.
Orang yang Ego dan Sombong sebenarnya orang yang tidak mempunyai ilmu kecuali sedikit. Berbekalkan ilmu yang sedikit itulah dia cuba untuk menampakkan dirinya tinggi pada pandangan orang lain.
Percayalah apabila kita merendah diri dengan manusia, Allah akan mengangkat darjat kita pada pandanganNya dan pandangan manusia lain.
Trak Transformer Boleh Bergerak Popular Di China
7 hours ago
1 comments:
Memang susah kalau kena berurusan dengan orang yg mcm nie. Boleh jadi gila dibuatnya. Wak, saya gatal2 tag awak dalam contest ....hehehehe
Post a Comment