Tuesday, September 06, 2011

Eksklusif: 200,000 Daftar Cerai

Assalammualaikum semua,



Alhamdulillah barulah saya dapat beronline laa ni sebab si puteri kecik ni tidur. Hari ni saya tak bekerja, Emergency Leave. Puas menjaga puteri selan tu semalam sebabkan viral fever dan blocking nose. . . Haru kami suami isteri tak tidur malam menjaga dia bergilir-gilir. Asyik muntah, batuk, muntah, batuk. MUSIM DEMAM la kan?

Tengah duduk relaks2 sambil selak surat khabar ternampakla artikel seperti TAJUK di atas tu.

Phew!! Ramai betul ye yang menjadikan PERKAHWINAN sebagai landasan untuk melengkapkan hidup dengan hanya sementara. Umpama tiada makna perkahwinan itu hanya sekadar di atas kertas aje.

KAHWIN KONTRAK kah?

KENAPA INI SEMUA BERLAKU?

Adakah kerana terlalu banyak DUGAAN di luar sana menyebabkan makin ramai pasangan yang menghadapi dilema disertakan dengan kemudahan laman sosial bagi memudahkan pasangan bukan sahaja yang belum berkahwin malah yang sudah berkahwin ini berhubung bersama dengan bekas kekasih, bekas tunangan. Atau gadis-gadis atau lelaki-lelaki lain di luar sana (oopss! Maafkan saya) mungkin isu ini terlalu sensitif untuk diperbincangkan, tetapi sebagai sahabat dan manusia adalah tidak wajar bagi saya untuk mendiamkan serta melihat akan perkara ini terjadi. Kita sesama manusia adalah wajar untuk MENEGUR setiap kesilapan yang kita lakukan. Mungkin dari segi PENERIMAAN seseorang itu yang membezakan.

Setiap perkahwinan perlukan pengorbanan dan keserasian. Walau buruk dan baiknya pasangan anda itu, selalu MUHASABAHKAN diri kita bahawa itu adalah PILIHAN yang TEPAT dan TERBAIK yang telah tersurat dan tersirat olehNYA. Saya nak bercerita panjang pun, tsk boleh sebab saya sendiri pun bukanlah PERFECT tetapi Sentiasalah bersyukur dengan ketentuanNYA. Biasalah alam rumahtangga penuh dengan asam dan garam.

Jika kita lihat mengapa dizaman nenek moyang, ibubapa kita dahulu kadar perceraian amat kurang? Jika nak dihitung mereka juga berkahwin muda malah ada tu dah berkahwin seawal umur 15 tahun. Ada juga yang berkahwin ketika umur menginjak ke 20-30an. Tetapi jika sekarang perkahwinan seawal 15 atau 16 tahun itu akan pantas ditafsirkan bahawa pasangan mereka itu masih belum CUKUP UMUR.

Kebanyakan pasangan memfailkan perceraian mereka akan memberikan alasan kurang persefahaman sebagai punca utama, MENGAPA?

Kenapa sebelum berkahwin statement standard yang dikeluarkan bila orang bertanya ialah ' ooo dia amat memahami jiwa dan karier saya', 'kami ada chemistry, keserasian', 'saat mula terpandangkan dia, YE dialah Mrs Right / Mr Right saya', 'dialah bulan & bintang saya.' Tetapi bila dah berkahwin dan bermasalah jumpa tok kadi atau pakar kaunseling alasan yang diberi 'Kami tiada keserasian'.

Tahukah anda jumlah pendaftaran perkahwinan pasangan beragama islam dalam tempoh sama mencecah 1.1 juta dengan purata kes perceraian 16% setahun. Malahan kes perceraian paling tinggi membabitkan pasangan suami isteri yang usia perkahwinan mereka hanya mencecah 1-5 tahun diikuti perkahwinan lebih 6 tahun. Namun begitu bilangan pasangan yang berkahwin dan bercerai dalam tahun sama atau kurang setahun masih rendah iaitu 2.6 peratus.

Punca utama suami memohon cerai adalah kerana sikap tidak bertanggungjawab isteri, masalah akhlak dan sosial, masalah pihak ketiga iaitu keluarga atau kekasih gelap dan juga masalah ekonomi. Manakala punca perceraian pada pihak isteri pula, selain tiada persefahaman, tidak bertanggungjawab, akhlak dan sosial pihak ketiga (kekasih gelap) dan seksual. Antara permasalahan lain merangkum didikan agama, kesihatan dan perbezaan budaya.

Dalam perkembangan lain, bilangan umat islam yang berkahwin sepanjang tahun lalu adalah 135,136 orang dan bilangan yang bercerai seramai 27,116 orang.

Semoga kita semua sama-sama saling ingat mengingati pasangan kita tentang prinsip dan tanggungjawab masing-masing agar rumahtangga kita semua aman dan makmur.

"sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri"

Wallahualam.

p/s: mohon maaf jika entri saya ini mengundang rasa marah dan tidak puas hati terhadap saya. Sebagai blogger dan sahabat saya cuma ingin menyampaikan maklumat serta berkongsi pendapat saya kepada anda semua tidak lebih dari itu. Selebihnya TERPULANGLAH kepada diri anda sendiri untuk menilai mana yang baik mana yang tidak untuk kebaikan kita bersama.

Insyaallah saya doakan yang terbaik untuk anda semua.
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...