Assalammualaikum...
Tahukah kawan-kawan semua akan risiko kemalangan jalanraya boleh dikurangkan sekiranya kita semua serta pengguna kenderaan mengambil berat ciri-ciri keselamatan alternatif yang terdapat pada kenderaan kita.
Ini kerana apabila terjadinya kemalangan, kecederaan parah dapat dielakkan jika produk keselamatan dalam kenderaan digunakan sebaik-baiknya.
Sikap segelintir pengguna kenderaan memandang remeh komponen keselamatan ini dianggap seperti melepaskan batuk di tangga dan tidak menggunakannya dengan betul.
Sama ada kita sedar atau tidak, antara peralatan keselamatan yang sewajarnya ada pada kenderaan adalah beg udara.
Beg udara merupakan satu sistem keselamatan kereta alternatif yang berfungsi sebagai alat sokongan keselamatan tambahan dan menjadi pelindung kepada pemandu daripada mengalami kecederaan yang serius akibat hentakan kuat semasa berlakunya kemalangan.
Terdapat juga sesetengah pengguna memandang remeh kelengkapan beg udara pada kenderaan mereka. Hal ini terjadi kerana kurangnya kesedaran terhadap pentingnya fungsi beg udara khususnya dalam aspek keselamatan.
Selain itu, negara kita tidak mewajibkan penggunaan beg udara juga antara salah satu sebab mengapa pengguna merasakan ianya tidak penting. Ternyata persepsi ini harus diubah bagi memastikan keselamatan mereka lebih terjamin apabila berada di jalanraya.
Beg udara adalah salah satu komponen keselamatan alternatif yang sangat penting yang perlu ada pada setiap kenderaan.
Malahan kerajaan patut memandang serius kelengkapan beg udara dan wajar sekiranya penguatkuasaan undang-undang terhadap beg udara sebagai peralatan keselamatan standard pada setiap kenderaan baru dilaksanakan pada masa akan datang.
Selain dari itu kelengkapan beg udara pada sesebuah kenderaan juga boleh menyelamatkan nyawa anda dan mereka yang disayangi.
Trak Transformer Boleh Bergerak Popular Di China
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment