Sunday, September 04, 2011

Bahaya Pamer Maklumat Peribadi Di Laman Sosial

Assalammualaikum semua dan Salam 1 Malaysia,

Hari ini merupakan hari yang ke 6 kita semua berhari raya. Sekejap aje kan? Esok adalah hari bagi kita semua bekerja. Pada yang masih CUTI lagi tu SERONOKLAH. Negeri seperti Kedah, Kelantan serta Terengganu mereka semua telah memulakan tugas pertama mereka (bagi yang bercuti panjang) pada hari ini.

Bagi adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan trial SPM bermula esok Isnin, 5 September 2011 gud luck dan cuba yang terbaik.

Dalam pada kita sibuk mengurus dan menghadiri rumah terbuka, pasti kita semua terlupa akan kelalaian kita terutama pada adik-adik atau kawan-kawan yang gemar mengapdet Facebook, Friendster, MySpace atau lain-lain laman sosial.

Adakah anda semua telah memadam butir-butir peribadi anda di dalam laman berkenaan? Pernahkah anda mengapdet butir2 peribadi anda secara terperinci di dalam FB atau laman sosial yang lain?

Jika TIDAK maka abaikanlah entri saya ini, dan jika ADA maka eloklah anda semua disablekan atau padamkan.

Jika anda semua membaca artikel suratkabar pada hari ini didalam akhbar Berita Harian, ada memaklumkan mengenai keseriusan mengenai BAHAYA nya mempamer maklumat peribadi anda tak kira di mana2 laman sosial.

Antara artikel berkenaan ada menyebut bahawa "Pengguna internet terutama pelayar laman sosial dinasihatkan tidak terlalu ghairah mendedahkan maklumat peribadi seperti tarikh lahir, tempat tinggal, nombor telefon dan akaun bank bagi mengelakkan pencerobohan maklumat sulit yang akan disalah guna oleh pihak tertentu.

Keghairahan mendedahkan maklumat peribadi itu membolehkan penggodam meneka dengan mudah kata laluan memasuki akaun internet kerana kebanyakan pengguna lebih cenderung menggunakan kata laluan berdasarkan maklumat peribadi.

Selain itu, mereka juga diingatkan supaya menambah sistem perlindungan terhadap sistem komputer seperti memastikan 'modem router' yang digunakan mempunyai kata laluan tetapi mereka mesti menukar kata laluan asal kepada kata laluan baru yang lebih selamat.

Blogger, Mohd Rohaizad berkata langkah itu akan menyukarkan penceroboh meneka atau memecah masuk kata laluan berkenaan dan mereka juga perlu menaik taraf atau menukar modem sedia ada kepada modem lebih selamat.

Katanya, pengguna juga mempunyai pilihan mengaktifkan butang set pada modem untuk menyahkan fungsi 'Broadcast Service Set Identifier' (SSID). Melalui cara itu, nama SSID pengguna akan dapat disembunyikan atau tidak boleh dicapai pihak lain menerusi rangkaian tanpa wayar.

Terdapat banyak fungsi enkripsi yang disediakan untuk rangkaian tanpa wayar ini seperti Wired Equivalent Privacy (WEP), Wi-fi 'Protected Access' (WPA) dan WPA 2. Mereka juga boleh gunakan sistem fingsian WPA2 berbanding WEP kerana ia sukar untuk digodam.

Cara lebih mudah ialah sentiasa kemas kini sistem pengoperasian yang digunakan seperti 'Windows' atau 'Linux', perisian 'anti-virus' dan perisian keselamatan yang lain seperti perisian 'Personal Firewall' serta memastikan semua sistem berfungsi dengan baik.

Penggodam biasanya menggunakan kaedah 'key logger' yang bertindak sebagai perakam selepas dimasukan kedalam komputer untuk merekodkan aktiviti mangsa serta bijak menyembunyikan identiti dengan menggunakan server lain sebagai laluan untuk menyerang server berprofil tinggi."

Oleh itu kawan-kawan, marilah kita disablekan semua maklumat peribadi yang tertera di dalam setiap laman sosial kita (jika ada) untuk keselamatan kita bersama.

Selamat Berhujung Minggu!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...