Dalam satu perkataan, ya. Adalah baik menyusukan bayi anda pada bila-bila masa dia ternampak memahukannya, dan seberapa lama dia mahu. Ini diberi nama penyusuan berpandukan bayi.
Penyusuan berpandukan bayi agak munasabah, sebab hanya bayi anda yang tahu bila dia lapar atau haus, dan berapa banyak susu dia memerlukan pada satu-satu masa.
Selepas minggu pertama kehidupan, kebanyakan bayi muda menyusu enam hingga lapan kali sehari, tetapi selalunya penyusuan ini berlainan jaraknya.
Anda mungkin merasakan yang bayi anda menyusu setiap dua jam, tetapi realitinya, mungkin kurang kerap dari itu.
Mungkin terdapat jarak dua jam antara penamat satu penyusuan dan permulaan penyusuan yang lain? Mungkin bayi anda menyusu lebih kerap di waktu malam, tetapi memanjangkan jarak penyusuannya di waktu siang?
Jika bayi anda menyusu di waktu malam, anda akan terasa seakan-akan tiada masa dia tidak melekap di payudara anda. Pada lima minggu, bayi anda tidak memahami perbezaan antara malam dan siang. Tetapi setelah minggu-minggu berlalu, dia sepatutnya sudah mula mempelajari satu pola tidur dan anda sudah boleh mendapat lebih rehat di waktu malam.
Jika anda mendapati penyusuan malam amat meletihkan, cuba tip-tip ini:
• Letakkan kot bayi anda di sebelah katil anda, supaya anda tak perlu tinggalkan katil untuk menyusunya.
• Cuba memerah susu di waktu siang, dan minta suami anda memberi susu yang diperah itu pada waktu malam.Elok juga diperhatikan cara bayi anda melekap. Jika dia mendapati sukar untuk melekap dengan baik, dan sebab itu tak dapat menyusu dengan mendalam dan selesa, dia mungkin merasa tidak puas selepas penyusuan.
Susu akhir kaya lemak datang di penghujung penyusuan. Jika bayi anda tidak mendapat susu akhir ini, dia akan perlu menyusu lebih kerap untuk mendapat kalori yang diperlukan dari susu awal yang rendah lemak.
Anda boleh meminta kaunselor penyusuan ibu atau pakar penyusuan bayi untuk memerhati semasa anda menyusukan dia. Jika anda mengalami puting pedih, walaupun ini tidak kerap berlaku, ini mungkin bermakna bayi anda tidak melekap dengan baik.
Satu lagi cara untuk memastikan bayi anda mendapat susu akhir ialah dengan membiarkan dia menghabiskan payudara pertama sebelum memberikan dia yang satu lagi.
Tapi, ingatlah bahawa bayi anda mungkin akan memilih untuk menyusu pendek bukan saja menyusu panjang. Ada masanya dia lebih suka makanan ringan bukan hidangan tiga peringkat! Dan jika cuaca panas, dia mungkin mahu menghilangkan haus dengan lebih kerap.
💜 SHARING IS CARING 💜
Monday, November 26, 2012
Kekerapan Penyusuan Badan
Wednesday, November 07, 2012
Blogku Yang Dah Bersawang
Assalammualaikum semua...
Dah lamanyaaaaaaa tak mengapdet blog yang dah jadi hambar dan kusam ni.
Mohon ampun dan maaf pada kawan2 yang sudi jugak nak menjengah saya di sini. Lamanya tak bersiaran disebabkan diberikan cuti rehat (sakit) oleh doktor maka blog ni pun sakit gak tak boleh nak diapdet.
Alhamdulillah pada kawan2 blogger yang mengetahui kondisi saya sebelum ini sbg seorang ibu hamil dan telah diberikan cuti rehat dari tugasan pejabat atau apa jua pun sebelum waktu kelahiran akibat dari simptom yang dipanggil 'Incidental Bleeding' ketika waktu kandungan saya hampir ke tahap peringkat fasa ketiga (trimester) hinggalah kelahiran. Tetapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan olehNYA dan berkat doa kalian semua juga serta kawan2 sepejabat dan saudara mara saya diberikan kekuatan dan dipermudahkan semuanya.
Duduk dirumah dalam ertikata (medical leave) memang sungguh membosankan dan hampir satu bulan sbelum kelahiran saya direhatkan. Pelbagai perkara dan aktiviti yang 'lite' aje saya lakukan selebihnya En Habi yang uruskan. Seronok bila diri dihargai dan dimanjai kan??
Alhamdulillah kini saya menjalani tempoh berpantanglah pulak atas kelahiran cahayamata keempat saya baru2 ini pada 1 Nov 2012 tepat jam 5:00petang. Syukur dipanjatkan atas segala urusan yang ditempuhi dalam sepanjang tempoh kelahiran. Terima kasih doa kalian semua. Saya sangat2 menghargainya.
Kini kehidupan saya bertambah lengkap dan sempurna dengan kelahiran dan kehadiran anak anak yang dicintai.
Insyaallah jila berkelapangan dan diberikan kesihatan yang sempurna akan saya jengah kembali blog kusam saya ini sedikit sedikit agar tidak mengganggu gugat aktiviti harian sebagai seorang ibu kepada empat orang anak, pekerja, anak, menantu serta isteri kepada En Habi.
Begitu juga anda semoga semuanya sihat sejahtera hendaknya. Amin.....
Selamat menjalani tugasan semua..
Dah lamanyaaaaaaa tak mengapdet blog yang dah jadi hambar dan kusam ni.
Mohon ampun dan maaf pada kawan2 yang sudi jugak nak menjengah saya di sini. Lamanya tak bersiaran disebabkan diberikan cuti rehat (sakit) oleh doktor maka blog ni pun sakit gak tak boleh nak diapdet.
Alhamdulillah pada kawan2 blogger yang mengetahui kondisi saya sebelum ini sbg seorang ibu hamil dan telah diberikan cuti rehat dari tugasan pejabat atau apa jua pun sebelum waktu kelahiran akibat dari simptom yang dipanggil 'Incidental Bleeding' ketika waktu kandungan saya hampir ke tahap peringkat fasa ketiga (trimester) hinggalah kelahiran. Tetapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan olehNYA dan berkat doa kalian semua juga serta kawan2 sepejabat dan saudara mara saya diberikan kekuatan dan dipermudahkan semuanya.
Duduk dirumah dalam ertikata (medical leave) memang sungguh membosankan dan hampir satu bulan sbelum kelahiran saya direhatkan. Pelbagai perkara dan aktiviti yang 'lite' aje saya lakukan selebihnya En Habi yang uruskan. Seronok bila diri dihargai dan dimanjai kan??
Alhamdulillah kini saya menjalani tempoh berpantanglah pulak atas kelahiran cahayamata keempat saya baru2 ini pada 1 Nov 2012 tepat jam 5:00petang. Syukur dipanjatkan atas segala urusan yang ditempuhi dalam sepanjang tempoh kelahiran. Terima kasih doa kalian semua. Saya sangat2 menghargainya.
Kini kehidupan saya bertambah lengkap dan sempurna dengan kelahiran dan kehadiran anak anak yang dicintai.
Insyaallah jila berkelapangan dan diberikan kesihatan yang sempurna akan saya jengah kembali blog kusam saya ini sedikit sedikit agar tidak mengganggu gugat aktiviti harian sebagai seorang ibu kepada empat orang anak, pekerja, anak, menantu serta isteri kepada En Habi.
Begitu juga anda semoga semuanya sihat sejahtera hendaknya. Amin.....
Selamat menjalani tugasan semua..
Thursday, October 04, 2012
Pinggan Dari Tulang Haiwan
Assalammualaikum...
Terpanggil untuk membuat entri ini dan bertanyakan pendapat pada kawan-kawan semua.
Apa betul ke pinggan jenama "Han Bone China" merupakan pinggan yang diperbuat daripada campuran tulang babi atau tulang haiwan yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam.
Kesahihan maklumat berkenaan pernah saya baca apabila Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan pinggan mangkuk tersebut adalah HARAM di sisi syarak. Walaupun ia diperbuat daripada tulang binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam, maka ia juga tidak boleh digunakan. Namun ianya halal digunakan jika ianya diperbuat daripada binatang yang halal seperti tulang lembu dengan syarat disembelih secara Islam.
"Bone China" adalah istilah komersil yang digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang haiwan.
Untuk keterangan lanjut mengenai isu ini bolehlah layari sendiri ke laman web SINI dan SINI untuk mendapatkan kepastian.
Huhuhu...kini saya terpaksalah mencari jenama pinggan mangkuk lain untuk kegunaan pejabat kami memandangkan sebelum-sebelum ini kami menggunakan khidmat pinggan mangkuk ini bagi sebarang mesyuarat kelolaan syarikat kami. Cantik memanglah sangat cantik..tapi kalau dah menjadi suatu tanda tanya dan menjadikan ianya suatu yang was-was dan menjadi buah mulut petugas lain untuk digunakan adalah lebih baik di tukarkan aje.....(tak nak dengar mereka bising-bising lagi)
Wednesday, October 03, 2012
Wordless Wednesday # 62
Assalammualaikum....
Hari yang penuh keBIZIAN bagi semua orang dipejabatku hari ini. Nasib baik hari ni hari bisu tanpa kata-kata.....maka TEMPEK gambar pun boleh aje.....
Generator dari jenama Caterpillar |
Generator dari jenama Perkins |
Inilah tugasan saya since morning yang tak sudah-sudah. Job scope dah bertukar semenjak dua menjak ni takde buat kerja seksatari dah....akibat dari mendapat arahan dari seorang PENGURUS yang suka mengarah orang tak tentu hala...kerja dia tapi dia suka kasi tempias kat orang lain ....Sendri tak nak buat (ooppss!! termengata la pulak!!).... tapi nasib baiklah saya ni MULTITASKING boleh aje kalau nak soh belajar survey menyervey ni... NO PROBLEM dapat jugak ilmu..bertambah lagi pahala...berkat lagi gaji yang diterima...tak gitu??
Wordless Wednesday # 61
Wordless Wednesday
Macam manalah gaya nak kurus kalau macam ni.... badan semakin hari bagai di pam pam...
Ini adalah hasil belian dari kantin semalam...sayang nak makan tapi sampai je rumah terus bedal...memang SEDAPPP!!
Pada mereka yang nak order tu bolehlah ke http://www.facebook.com/bellyliciouscupcakes untuk membuat tempahan.
GERENTI PUAS!!
Tuesday, October 02, 2012
Petua Oh Petua
Assalammualaikum...
Orang tua-tua kita selalu aje ada solution kalau sesuatu perkara itu telah berlaku atau bakal berlaku kerana bagi mereka sesuatu yang bakal dan telah berlaku tu pasti ada sebab musababnya. Jadi mereka mencari solution agar perkara tersebut takkan berulang dan berlaku lagi.
Antaranya salah satu, kawan-kawan pernah tak dengar cara "Bagaimana hendak mencegah rambut agar tidak pecah di hujung"
Solution orang tua dedulu...
Jangan biarkan rambut anda tu dibiarkan lama di dalam penggulung rambut serta elakkan dari menggunakan pengering rambut terlalu kerap kecuali jika perlu sahaja. Sebaiknya jika anda mencuci rambut bilas dengan bersih dan keringkan dengan tuala kering dan beruslah sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari (wui..banyak tu...)
Selain itu "Bagaimana kita nak menghitamkan rambut dan kelihatan lebat"
Solution mereka ialah...
Dengan menggunakan daun inai, tumbuklah daun tersebut sehingga halus kemudian campurkan sedikit air asam jawa dan selepas itu cuci dan bilas dengan bersih dengan air daun inai tersebut sambil memicit-micitkan kepala. Biarkan selama setengah jam dan kemudian bilas dengan air bersih. Amalan ini perlulah diamalkan sebanyak seminggu dua kali.
Ha...orang yang macam saya ni preggy mommy pula semestinya selepas bersalin nanti perut akan kelihatan berkedut-kecut selepas bersalin...maka "Bagaimana cara untuk mengelakkan kulit berkedut" maka cara untuk mengatasinya..
Gugel |
Solution orang tua-tua....
Ambil satu sudu kecil air limau nipis dan titikkan sebanyak 20 titik minyak kayu putih disertakan dengan satu sudu kecil air kapur sireh. Bahan tersebut perlulah digaul dan disapukan kepada kesan-kesan pecah di perut.
Amalan ini hendaklah dilakukan sebanyak dua minggu berturut-turut. Insyaallah akan berhasil.
Mudahkan!! orang tua-tua lama ni sebenarnya lebih banyak menggunakan barangan persekitaran alam semulajadi untuk kekal hebat dan cantik. Tak payah bersusah payah nak membeli produk yang mahal-mahal menggunung harganya untuk mengekalkan kecantikan diri.
Banyak lagi petua-petua orang-orang dahulu kala dan orang sekarang ada dan masih dipraktikkan tak kiralah dalam apa jua bidang samaada untuk kecantikan, masakan, kesihatan dan sebagainya.
Pokok pangkalnya samaada kita rajin atau tidak untuk mengamalkan amalan tradisi itu.
G-String
Assalammualaikum...
Owh kalau tengok tajuk pasti ada yang fikir hari ni saya nak tempekkan entri pasal seluar dalam sepanjang hari...bukan...bukan..jauh sekali nak letak gambar seksis yang bakal membuntangkan mata anda semua. Tak naklah!!
Kisahnya amat menarik perhatian saya dan macam biasa teringin nak berkongsikan cerita dan maklumat yang saya dapati kepada semua. Manalah tahu ianya bermanafaat pulak lepas ni.
Zaman sekarang ni sebut aje G-String pasti ramai yang dah tahu dan sudah menjadi trend terkini bagi para remaja dan golongan tak kira umur memakainya. Yang pasti mereka memakainya kerana khuatir dengan garisan seluar dalam yang ketara nampak ketika memakai pakaian ketat, nipis dan bewarna cerah. Tetapi berlainan pula dengan wanita di negara barat yang saya rasakan mereka memakai G-String adalah disebabkan untuk mendapatkan kulit berwarna sawo matang.
TETAPI tahukah anda pemakaian G-String boleh mengundang kepada beberapa isu kesihatan dan keselamatan jika ianya dipakai dengan cara yang tidak betul.
Sebelum tu TAHUKAH anda apa itu G-String?
Pakaian dalaman yang diperbuat dari secebis kain yang hanya menutupi bahagian hadapan yang mana talinya halus menyambungkan ia melalui punggung dan sekeliling pinggang.
Antara penyakit yang perlu dipandang serius oleh si pemakai G-String antaranya jangkitan di bahagian faraj dan saluran kencing. Ini adalah kerana G-String biasanya di perbuat daripada fabrik sintetik yang mana boleh memerangkap lembapan terutamanya di bahagia genital dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan bakteria potagen.
Selain itu geseran yang terkena pada kulit oleh tali-tali berkenaan juga boleh menyebabkan kerosakan kulit dan meningkatkan risiko "Buasir".
Erm...memacam betul kan penyakit nak hinggap ke badan kita kalau tak kena caranya. Walhasilnya nak bergaya tampak hebat dan cantik pun boleh mengundang kepada keburukan rasanya tak perlu kot nak memakai benda-benda yang tidak mendatangkan hasil serta memudaratkan kita.
Pakaian dan seluar dalam yang ada pun sekarang ni sudah cukup selesa pokok pangkalnya pilih dan teliti akan mutu dan material kainnya barulah selamat kita nak pakai.
Monday, October 01, 2012
Oktober Kembali Lagi...
Assalammualaikum...
OCTOBER
Bulan ke sepuluh kita menyambutnya di dalam tahun 2012 ini. How time flies so fast. Sekejapan masa dan waktu berlari meninggalkan kita semua. Oktober telah menjejakkan kakinya kini. Diam tak diam segala macam peristiwa terjadi / berlaku tanpa kita sedari dan sedar dalam dalam waktu yang sama dua (2) bulan lagi kita semua akan meninggalkan tahun 2012. Apakah segala macam perancangan dan wishlist kita sudah tercapai? Kalau masih belum sempat lagi Insyaallaah masih boleh kejar lagi...dan jikalau belum tidak mengapa tingkatkan usaha kita.
Tq Gugel |
Semoga kita semua beroleh kebaikan dan manfaat di dalam bulan Oktober ini.
Hehehe..bercerita mengenai bulan Oktober ini juga merupakan bulan kelahiran saya dan juga little pwincess saya...kami berkongsi bulan yang sama cuma tarikh yang berlainan.
Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.
Selain dari itu mereka-mereka yang lahir pada bulan Oktober juga merupakan seorang yang seperti berikut:-
- Suka berbual.
- Suka orang yang sayang padanya.
- Suka ambil jln tengah.
- Sangat menawan & sopan santun.
- Kecantikan luar & dalam.
- Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
- Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
- Sentiasa berkawan.
- Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
- Cepat marah.
- Macam pentingkan diri sendiri.
- Tidak menolong orang kecuali diminta.
- Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
- Tidak suka terima pandangan orang lain.
- Emosi yang mudah terusik.
- Suka berangan & pandai bercakap.
- Emosi yang kelam kabut.
- Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
- Suka melancong, bidang sastera & seni.
- Pengasih, penyayang & lemah lembut.
- Romantik dalam percintaan.
- Mudah terusik hati & cemburu.
- Ambil berat tentang orang lain.
- Suka kegiatan luar.
- Seorang yang adil.
- Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
- Mudah patah semangat
Jom Tukar Bloglist dengan Mak Dara
Assalammualaikum...
Akhirnya dapat jugak saya bersama-sama menjoinkan diri di dalam segmen yang saya tunggu-tunggu anjuran Mak Dara kali ini.
Dah lama menunggu dan Alhamdulillah dapat jugak.
Tanpa berlengahkan masa lagi di sini saya ingin menyertai segmen "Jom Tukar Bloglist" dengan kawan-kawan semua. Pada yang telah mengenali dan berkunjung ke blog saya... saya ucapkan selamat berBW dan pada yang baru Salam Kenal dari saya untuk anda.
Jemputlah singgah ye.
Pada yang ingin menyertai untuk sama-sama bersegmen silalah berkunjung ke SINI ye.
Minggu-Mingguan Hujung Minggu....
Assalammualaikum...
Selamat menjalankan tugas kepada semua dan Selamat Hari Isnin!!
Menjadi tak hasil 'cucukan' lauk pengantin saya...BOLEHLAH dari tak menolong langsung |
Hari ini saya mencuba untuk memotivasikan diri walaupun diri ini lemau melemau setakat ini..kerana hari cuti minggu baru-baru ini, saya dan suami membantu ala-kadar merewang adik saudara suami yang menaiki pelamin melangsungkan perkahwinan. Menjadi tradisi mereka (belah suami) mengadakan majlis perkahwinan dengan bergotong-royong among adik beradik (emak) mereka dengan memasak sendiri. Jadi mahu tak mahu dan suka tak suka kenalah menunjukkan diri dan membantu selagi terdaya dan termampu. Bagi saya itu pun dah dikira pahala walaupun tak banyak sedikit pun membantu juga.
Meriah dan seronok bila sesekali bertemu dan saling bantu membantu sambil mengeratkan silaturrahim serta bertemu sanak saudara yang adakalanya jarang-jarang sekali bertemu kalau ada pun setahun sekali ketika hari raya.
Berarak ke pelaminan |
Selamat Pengantin Baru saya ucapkan kepada pasangan Aliff Ali dan Aleeya Amir. Semoga berpanjangan selamanya.
Selamat Pengantin Baru |
Sebelum-sebelum tu sibuk duk melayan anak-anak dengan karenah mereka dirumah. Pening dengan gelagat mereka yang tak penat-penat seharian menyelongkar dan menyepahkan rumah dengan segala jenis permainan (nak buat camne dah beranak pinak). Hari ini saya gagahkan diri dengan meningkatkan usaha dan produktiviti terbaik mungkin. Malas tok sah nak kiralah memang sepanjangan masa dan ketika bermalasan. Tapi takpe nak cuti panjang dan Insyaallah hujung bulan ini...erm diam tak diam lagi 28 hari lagi due date saya...Takut dan berdebarnya.
Anak-anak yang suka menyepahkan rumah sebelum saya 'merewangkan' diri |
Selain tu pasti ada gak yang mengambil cuti tahunan hari ini kerana semalam ada yang menjalankan aktiviti berkampung (perkahwinan). Orang kahwin sekarang dah tak kira musim..mana dan dan ada duit pasti majlis JALAN aje dengan lancar dan terancang. Pada yang bercuti tu selamat bercuti-cutian ye.
Ahli kompang yang paling ramai pernah saya tengok..Memang meriah!! |
Friday, September 28, 2012
Bajet!! Efektif Ke Tidak??
Assalammualaikum...
Petang ini tepat pukul 3.00 petang pasti ramai yang nak mendengar pembentangan kabinet kerajaan Malaysia mengenai isu bajet bagi tahun 2012.
Efektif ke? Atau masih ada lagi barangan semakin naik dari hari ke hari hingga menyukarkan rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Semoga pembentangan kali ini walaupun tak banyak sedikit pun membantu mreka-mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.... susah kalau semuanya nak naik, rental rumah, minyak, cost of living, pendidikan, perubatan, pembelian barangan mentah, keperluan harian dan segala macam lagilah. Kalau tak silap mau ada yang berhijrah balik ke kampung dengan alasan tak mampu nak hidup kat bandaraya kota metropolitan ni..dan kos bayar anak dekat nerseri pun naik menjulang-julang...APA KES?? Kaum hawa nak benti kerja pun mana buleh kalau sumber hanya dari 1 orang aje. Tak lepas semuanya makan pakai..nak tak nak kenalah berdikit-dikit. Waklaupun kita lihat rata-rata penduduk Kuala Lumpur ni berpendapatan tinggi dan mampu memiliki rumah dan kenderaan..tapi tahukah anda bahawa mereka pun banyak hutang keliling pinggang. Duit gaji habis bayar hutang dan tax sana sini BETUL TAK?
Saya pulak nak request En Menteri-menteri kabinet kalau boleh turunkanlah harga rumah yang melambung-lambung tinggi tu terutamanya di kawasan dalam bandar nak mencari rumah dengan harga murah dan rendah semuanya berlokasi yang tidak strategik jauh di pelusuk luar bandar, jauh tu nak ke pusat bandar.. kalau hari-hari travel dan duduk di luar bandar dah semestinya kos bahan mentah seperti minyak dan gas juga meninggi tak betul tu En Menteri... Bagi mereka-mereka yang income tinggi memanglah mampu sesangat tapi rakyat jelata yang berpendapatan sederhana perlu di ambil kira juga ye (amboi macamlah ada menteri yang nak baca entri ni)
Selain tu cubalah kurangkan penggunaan dan kemasukan kenderaan peribadi di dalam bandar..SESAK sangatlah hari-hari nak facing traffic jam. Mana taknya harga kereta memang dah boleh mampu milik sekarang tapi yang tak sedapnya public transport tak berapa nak membantu kerap kali rosak dan tak mesra alam. Maka tak semualah orang-orang (rakyat) nak menggunakan kemudahan yang ada.
Di samping itu kurangkanlah kemasukan pelajar dan pekerja asing terutamanya mereka-mereka yang berbangsa Afrika, dan yang sewaktu dengannya. Dah ramai sangat dah kat Malaysia ni....harus di pantau kemasukan mereka di sini atas urusan apa dan bisnes apa. Kekadang tu dah rasa macam duduk dekat negara asing dah Malaysia ni. Maka segala macam kejadian jenayah pun semakin hari semakin berleluasa.
Semoga kita semua mendapat faedah dan kebaikan bersama dari pembentangan bajet pada petang ini. Nak cerita lelebih pun tak boleh saya bukanlah En Menteri. Kalau citer banyak pun bukan suara dapat didengari...hanya lepas tahap sini je ...hehehehe....
MEMBUKA PINTU REZEKI
Assalammualaikum....
Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata...... .
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira
masih hidup yang telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...
Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. .....tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka
yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa k ita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (contohnya makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. ..
Insya Allah
Allahu Akbar !!
Apa Hal Pulak Ni!!
Dah ni apa kes pulak lah dashboard ni pepagi buat hal..refresh berpuluh kali tapi masih dapat message yang sama macam benda alah bawah ni...
Hish menyakitkan hati betul...bila kita bebetul nak berBW dan berkelapangan nak curik masa ... dia buat hal la pulak!!
Kawan-kawan pernah tak mengalami benda yang sama macam ni since kita berhijrah ke template yang baru?? Ada sesiapa boleh tolong tak?
Tension-tension...geram-geram.....arghhhh!!!!
Thursday, September 27, 2012
She's Coming To Town...
JLO IS COMING TO TOWN!!
Saya minat dia!! Itulah ayat pertama yang ingin saya sampaikan dan ingin war-warkan pada semua. Bagi para peminat beliau yang setelah sekian lama berangan-angan ingin berjumpa dan melihat sendiri aksi lincah beliau di pentas jangan lepaskan peluang untuk menonton konsert yang julung-julung kali menampilkan persembahan LIVE beliau di Kuala Lumpur bertempat di Stadium Merdeka pada 2 Disember 2012 nanti.
Tiket ke konsert Jennifer Lopez Dance Again World Tour Live In Malaysia 2012 bermula dengan harga dari RM168 sehingga RM628 dan boleh di’dapati melalui laman rasmi Galaxy Group. Jualan tiket akan bermula dari 8 September ini dengan diskaun 15% untuk ahli kad Visa.
Dah Bersiap Sediakah Anda??
Assalammualaikum....
Sumber dari Google |
Walaupun dah nak masuk beranak 4, tetapi setiap tempoh mengandung dan bersalin itu agak berlainan dari yang lepas-lepas, bagi para ibu yang bakal melahirkan pasti berasa sangat teruja dan excited nak menunggu akan ketibaan hari tersebut termasuklah saya.
Apabila hati sudah teruja di campur dengan kecelaruan ingin bersalin maka banyak perkara yang perlu dan harus dilakukan sebelum harinya tiba..yelah mana nak tau kalau tetiba di pejabat terasa contraction nak bersalin mau tidak rasa cuak dan ketakutan...sebaiknya masuk ke minggu 36 keatas tu dah bolehlah packing-packing barang keperluan yang perlu dan harus ada apabila kita berada di hospital nanti. Nak harapkan pasangan membuat perkara tersebut PASTI ada saja yang tertinggal nanti dan tidak mencukupi..maka rancanglah seawal-awalnya ya.
Berikut adalah tips-tips serta barangan yang perlu di bawa untuk ke hospital apabila tiba waktu untuk melahirkan antaranya :-
- Kad mengandung, IC, GL
- Baju baby sekurangnya 2 pasang, stoking tangan dan kaki baby, selimut
- Lampin sekurangnya 2 helai
- Kain tuala
- Wet tissue
- Tisu kotak
- Air selusuh, Air Zam Zam atau mineral water (jika perlu aje kerana ada sesetengah doktor tidak menggalakkan kita mengambilnya)
- Pad
- Baju dan kain sarung sekurangnya 2 helai
- Selipar Jepun
- Hanky untuk baby (sapu tangan)
- Gelas atau cawan nak minum air (jika perlu..biasanya dah ada disediakan)
- Plastik sampah (nak letak baju kotor)
- Stokin untuk mommy
- Pampers 5 keping
- Bantal baby atau kain sarung yang dilipat untuk alas kepala baby serta topi baby..
Insyaallah...
Semuanya dengan izin Allah. Saya selalu diingatkan apabila kita susah untuk bersalin dan tiba sakitnya hanya Allah aje yang tahu. Sang ibu perlu kuatkan semangat kerana sememangnya kita sedang menyabung nyawa untuk melahirkan hamba Allah yang soleh atau solehah…
Ingatlah bahawa apabila seseorang wanita itu sudah mula merasakan kesakitan untuk bersalin maka Allah sedang mengampunkan dosa-dosanya…Banyakkanlah membaca doa dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T dan yang paling penting doa dari suami dan ibu-ibu kita juga.
Wednesday, September 26, 2012
Wordless Wednesday #60
Tuesday, September 25, 2012
Tak Sabar-Sabar!!
Assalammualaikum...
Tengok gambar ni pasti ada yang dah tahu akan fungsi dan ke"glameran" produk ini dalam bidang kecantikan masa kini (chewah konon)....rata-rata ramai di antara mereka yang bercerita mengenai produk ini....betul ke berkesan...Allahualam kita tengok ajelah nanti....
Kisahnya saya ni.....
Nak cantik punya hal dan disebabkan nak muka tu sama tona dan cantik macam artis yang bernama Adira AF7 tu maka saya tanpa berlengah dan mempedulikan sesiapa membelilah produk kecantikan (supplement ini) tanpa mengira akan keadaan diri yang tengah sarat nak bersalin ni...
Dengan hasrat dan niat (beli sekarang pakai dalam pantang) hehehehe...boleh macamtu?? kira nak buat stok dululah ni..macamlah produk ni akan habis dalam pasaran lagi dua bulan kan...hailah perempuan (sayalah tu) tak menyempat-nyempat nak membeli.
Bukan apa kawan-kawan disebabkan kengkawan pejabat pun ada yang membeli jadi secara tak langsung saya pun tumpanglah sekaki nak jugak tengok impak apa yang berlaku yang katanya makan 4 biji sehari (jikalau mampu) atau 2 biji sehari (kalau ekonomi) macam tu pun boleh jadi apa salahnya membeli sambil-sambil tengok kawan-kawan yang baru nak gunakan itu menggunakanya dulu dan lihat hasilnya dalam masa 3 minggu. Tapi lain orang lain penerimaan badannya...yang penting kita tengoklah dulu ye hasilnya....
Kalau terbukti kesannya maka bermulalah operasi saya ketika berpantang nanti untuk mengejar mereka pulak lepas ni...tak gitu.
Suami Orang Dedulu Dengan Suami Kita Zaman Sekarang
Assalammualaikum...
Hehehe...suka dengan topik entri ni...bukan nak kondem dan mengata kaum adam ni tetapi adakalanya making sense jugaklah. Tetapi walau siapa pun mereka di sisi kita mereka tetap menjadi ketua keluarga dan pembimbing untuk kita dan anak-anak dalam melayari hal ehwal rumahtangga.
Gugel |
- Dulu suka buat-buat lupa terutamanya tarikh pernikahan, tarikh hari lahir, tarikh kelahiran anak pertama dan semualah yang berkaitan dengan mereka. Tapi sekarang ni adalah sikit nak ingatnya..tapi kalau tak ingat langsung memang KAUDU la..hikhikhik
- Masalah romantik- dedulu semua suami menggunakan kuasa veto mereka, TEGAS sebagai ketua keluarga. Nak tak nak kenalah ikut aje apa kata mereka walaupun tak suka. Cuma sekarang ni kita rasa macam longgar sikitlah kerana suami kita adalah jugak mengalah dan mendengar walaupun tak semua kata-kata kita tapi adalah jugak daripada takde.
- Bantu urus anak - kalau dedulu cuma segelintir kecil aje kaum adam yang rajin membantu isteri menguruskan hal ehwal anak-anak kerana alasan mereka adalah ketua keluarga tetapi kini mereka sama-sama membanting tulang membantu menguruskan anak-anak terutama pada mereka yang beranak kecil dan berpantang sendiri.
- Buat kerja rumah - hanya segelintir sahaja kaum adam yang rajin dan ringan tulang membantu isteri dengan kerja-kerja harian dahulu sebabnya dahulu majoriti ramai kaum hawa yang menjadi surirumah, kini tidak lagi kerana zaman sekarang masing-masing keluar bekerja mencari rezeki dan tugasan rumah dibuat bersama-sama pasangan.
Jikalau suami kita begini atau begitu SEHARUS nyalah kita bersyukur atas segala pemberian jodoh yang telah tersurat dan tersirat oleh Allah S.W.T. dan jangan merungut dan bencikan mereka atas apa yang mereka lakukan terhadap kita. Sebaiknya kita memberikan pendapat dan nasihat sebagai seorang isteri untuk terus sama menerajui alam rumahtangga sehingga ke akhirnya.
Monday, September 24, 2012
Besar Ke?
Assalammualaikum ....
"Astaghfirullahilazim ... besarnya". Itulah kata-kata yang terkeluar 'first impression' orang tengok saya. Persoalannya betul ke perut saya ni besar? Kesian saya...
Takut pulak nak tengok dan berdebar-debar rasanya nak menunggu tarikh, masa dan harinya. Dengar pelbagai rasa dan pengalaman mereka buatkan diri saya semakin hari semakin tak keruan selagi tak bersalin. (macamlah baru bersalin anak pertama) tak kisahlah kan apa orang nak kata dan yang pastinya setiap kali mengandung, kita semestinya kita akan mengalami pengalaman yang berlainan dan tak sama.
Harapan semoga semuanya selamat. Biarlah apa pun orang nak kata. Janji anak yang saya kandung ini sihat dan selamat semuanya. Amin.....
Nak Pilih Tarikh Bersalin....Tapi.....
Assalammualaikum...
Sekadar berkongsi dengan anda semua termasuklah saya ni untuk kebaikan kita bersama....hailah, bila membaca setiap artikel-artikel ini hati semakin hari semakin berdebar-debar. Menghitung hari dengan campuran 1001 perasaan iaitu sukar, takut, gembira dan teruja.
Semoga selamat semuanya...
Setiap apa yang dilakukan pasti ada sisi baik dan sisi buruknya. Demikian juga dengan aspek pemilihan tarikh bersalin seperti yang banyak dilakukan oleh ramai ibu bapa moden pada masa kini.
Apa pun jua pendapat yang disuarakan atas pemilihan tarikh bersalin, natijahnya, tarikh tidak mencerminkan apa-apa. Jika kebetulan tarikh bersalin itu jatuh pada tarikh yang unik, ia dikira sebagai bonus tambahan kepada anda dalam melalui saat-saat manis menimang cahaya mata.
Kebaikan
Dengan memilih tarikh tertentu untuk bersalin, anda boleh menguruskan sesuatu hal yang perlu dibereskan sebelum melahirkan dalam keadaan keadaan tenang dan merancang dengan lebih teratur. Apabila tekanan dapat dikurangkan, ia tidak akan menimbulkan kerisauan. Oleh yang demikian, proses kelahiran dapat dilalui dengan lancar.
1. Terancang
Bagi anda yang mempunyai ibu bapa atau ahli keluarga yang tinggal berjauhan, pemilihan tarikh bersalin membolehkan mereka datang lebih awal agar dapat menjaga anak yang lebih tua sepanjang anda berada di hospital.
Malah, bagi anda yang masih mempunyai tugasan yang perlu dibereskan sebelum bersalin, sudah pasti urusan itu dapat diselesaikan dengan sempurna. Dengan yang demikian, anda mempunyai masa untuk melakukan kerja-kerja secara teratur dan menguruskannya dengan baik.
2. Teman Ketika Bersalin
Menerusi pemilihan tarikh bersalin, para suami tidak lagi mempunyai alasan untuk mengatakan tiada peluang untuk bersama-sama dengan anda ketika melalui proses kelahiran bayi. Malah, ibu juga boleh menemani anda ketika di dalam bilik bersalin sekiranya hospital pilihan membenarkan beliau berbuat demikian.
3. Bajet
Proses kelahiran anak terutamanya di hospital swasta menuntut beberapa kos tertentu. Jadi, dengan memilih tarikh bersalin, segelintir pasangan ibu bapa yang mungkin mempunyai kekangan kewangan pada tarikh jangkaan bersalin yang diberikan oleh doktor dapat mengatasi masalah ini tanpa perlu khuatir tentang kos kelahiran anak.
4. Kepercayaan Kaum
Terdapat segelintir individu terutamanya kaum India dan Cina percaya bahawa hari atau waktu kelahiran tertentu dapat memainkan peranan dalam mencorakkan masa depan si kecil. Berdasarkan kepercayaan yang dipegang, sudah pasti ia diharap dapat membentuk keperibadian anak yang bakal membesar sebagai insan yang berguna.
5. Pilih Doktor
Jadual tugasan doktor tidak menentu. Jika mahu doktor yang menjaga kehamilan anda menyambut kelahiran bayi, maka pemilihan tarikh bersalin dapat membantu. Dengan yang demikian, anda dapat memastikan doktor yang anda percayai itu bertugas pada tarikh anda mahu bersalin.
6. Bilik Pilihan
Di sesetengah hospital, kemudahan bilik terutamanya bilik tunggal agak terhad. Sekiranya anda bercadang mahu bersendirian tanpa gangguan daripada ibu-ibu yang lain, maka anda boleh memilih bilik tunggal yang diingini dan pada masa yang sama tarikh bersalin yang diimpikan.
7. Tidak Kelam Kabut
Dengan memilih tarikh bersalin, anda tidak perlu kelam-kabut dengan membawa bersama anak-anak yang lebih tua ke hospital ketika tiba saat hendak melahirkan. Tambahan pula, ada sesetengah hospital tidak membenarkan kanak-kanak kecil berada di dalam bilik bersalin bagi mengelakkan masalah-masalah sampingan yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan anak anda dan masalah-masalah yang lain juga.
8. Pengurusan Logistik
Sekiranya kehamialan anda berhadapan dengan masalah uri bawah, biasanya anda akan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di hospital di antara minggu ke-28 hingga minggu ke-38. Jadi, dengan memilih tarikh bersalin, pengurusan logistik dapat dilakukan dengan lancar.
9. Tidak Sabar Bersalin
Ada segelintir ibu hamil yang tidak mampu bertahan dengan kehamilan yang semakin membesar. Oleh itu, tekanan yang dialami ini dapat dikurangkan dengan memilih tarikh bersalin. Namun, ia hanya dapat dilakukan dengan syarat usia kandungan sudah matang dan saiznya sudah mencukupi.
Keburukan
1. Risiko Caesarean
Bagi yang memilih untuk bersalin secara normal pada tarikh pilihan, anda mungkin akhirnya terpaksa melalui proses kelahiran secara pembedahan caesarean jika tidak berjaya mengeluarkan bayi secara normal. Perlu diingati bahawa setiap kelahiran caesarean terutamanya secara kecemasan ada risikonya yang tersendiri.
2. Bayi Pramatang
Tarikh bersalin yang dipilih mungkin tidak tepat dengan usia kandungan. Dengan yang demikian, dikhuatiri bayi dilahirkan tidak cukup bulan. Untuk makluman, pada usia 38 minggu, kematangan paru-paru bayi adalah pada 97 peratus. Jika bayi lahir pramatang, ia boleh menyebabkan bayi perlu diberi bantuan pernafasan akibat respiration distress syndrome dan dimasukkan ke ICU.
3. Terlebih Hari
Ada ketikanya tarikh bersalin yang anda pilih itu terlebih daripada hari yang sepatutnya bayi perlu dilahirkan. Jika menunggu terlalu lama, ia akan memberi kesan kepada bayi. Dalam kes tertentu, tarikh yang dipilih tidak kesampaian apabila bayi dilahirkan lebih awal.
4. Timbul Masalah Lain
Apabila anda terlalu gelojoh dalam memilih tarikh bersalin, ia boleh menimbulkan masalah-masalah sampingan. Umpamanya, penggunaan ubat cetusan kontraksi boleh menyebabkan koyak yang mana akan menjurus kepada komplikasi pendarahan, bayi lemas dalam kandungan mahupun pembedahan caesarean secara kecemasan perlu dijalankan bagi menyelamatkan nyawa anda dan bayi juga.
Subscribe to:
Posts (Atom)