Tuesday, May 15, 2012

Penyakit Wanita Kini.....



Dewasa kini berbagai jenis penyakit ginekologi atau sakitpuan menjadi satu masalah besar kepada wanita kerana peningkatan jangka hidup kaum wanita di negara kita yang sekarang menjangkau 72 tahun.  

Apabila umur wanita semakin meningkat tentulah jenis penyakit makin berubah dan kita dapati lebih banyak penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tumbuhan dan kanser semakin merebak dan menyerang kaum wanita.  

Antara yagn paling common ialah 2 jenis kanser yang sering menimpa wanita iaitu kanser pangkal rahim dan kanser buah dada.  Bahagian lain yang juga boleh diserang oleh penyakit kanser ialah rahim dan ovari.

Oleh itu kaum wanita perlu sentiasa berwaspada dengan jagaan sewajar, sebaiknya mengambil langkah sebelum tanda-tanda penyakit kanser timbul.  Di antara pemeriksaan yang penting bagi wanita ialah “pap smear” bagi mengesan penyakit kanser pangkal rahim, pemeriksaan buah dada dan mammography untuk mengesan kanser buah dada, pemeriksaan ultra-sound scanning untuk mengesan kanser pada kilang ovari.  Sebaiknya wanita seperti kita semua yang pernah bersalin dan berada didalam pertengahan umur, patut menjalani ujian-ujian tersebut sekurang-kurangnya setahun sekali.

Selain itu penyakit wanita yang harus diambil kira selain dari kanser ialah jangkitan kuman, ketumbuhan “endometriosis” dan “fibroid”.  Wanita yang mengalami gangguan haid, seperti senggugut, haid yang berpanjangan dan berlebihan, atau haid yang tidak tentu masa harus berwaspada.  Lain-lain tanda seperti keputihan yang mungkin menandakan jangkitan atau luka pada pintu rahim selain kesukaran untuk hamil dan berlakunya gugur yang berulang kali juga mungkin ada kaitan dengan penyakit seperti “endometriosis”.  Kesemua penyakit ini hanya boleh dikesan oleh doktor dan pakar sakit-puan.  

Wanita sepatutnya mengambil langkah utama untuk mendapatkan rawatan daripada doktor yang terdekat sekali di rumah untuk pemeriksaan awal dan jika perlu doktor ini akan merujuk kepada doktor pakar yang sewajar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

4 comments:

Kayu Manis said...

adik ipar penghidap kanser payu dara..belum kawin lagi .sebelum ini dia merahsiakannya.

keluarga baru tahu..pada hal dah dua kali dia buat pembedahan.

dialah yg paling jaga makn.

RamRamCute said...

@cinnamon.com

semoga beliau sentiasa tabah dalam mengharungi hidup beliau dan keluarga perlu berikan sokongan tanpa berbelah bahagi.

Aziela said...

Tambahan lagi dengan cara hidup dan makanan zaman sekarang yang dipenuhi toksik dan kimia...

alin said...

info yang baik. risau juga, sebab usia semakin meningkat dan potensi untuk ada penyakit pun besar..huhu

http://alindanblog.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...