Monday, July 02, 2012

Dah Tamat Dan Akan Bermula....


Assalammualaikum semua...

Gugel
Pagi tadi berakhirlah Euro 2012 dengan kejayaan berpihak kepada Sepanyol.  Memang ramai yang tidak menjangka akan corak dan mutu permainan yang ditunjukkan oleh pemain Sepanyol kerana rata-rata antara mereka menanggarkan bahawa Italy yang akan membawa pulang trofi dan gelaran juara dunia 2012 tapi apakan daya...segala perancangan tidak seperti dijangka...JANGAN BERSEDIH LAGI

Buat peminat bola dan begitu obses akan kemenangan Italy, jangan muram dan sedih ye...Berpijak dibumi nyata setelah sebulan tak cukup tidur malam dan sanggup berjaga sehingga ke pagi bak kata pepatah "makan bola, tidur bola, minum bola, mimpi bola ...segalanya BOLA".  Kini semuanya telah berakhir....BACK TO BASIC

Dan dalam sedar tak sedar bulan Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi..begitu pantas masa dan hari berlalu meninggalkan kita tanpa segan dan silu. Kini tinggal beberapa hari/minggu aje lagi kita semua umat islam akan menjalani ibadah puasa.  Semoga tahun ini kita perbanyakkan amal dan mendalami ilmu kerana usia dan  nyawa kita tidak dapat kita ketahui samaada masih panjang pada masa-masa akan datang.
Thanks Gugel

Semoga kita semua beroleh keberkatan dan keredaan dari yang ESA.....Amin




4 comments:

Mira Adzlia said...

xsbr nk tggu bln ramadan :)

:: Mrs.Eady :: said...

tak sabar nak puase!

Cik Rongoks said...

xpenah tgk bola. huhuhu

tak sabar nk menyambut bulan ramadhan :))

maszull said...

assalamualaikum rahmah...ramadhan bakal menjelma kembali...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...