Tuesday, July 03, 2012

Cantik Di Mata Allah S.W.T



Assalammualaikum.....

Manusia seringkali lalai dan leka serta taksub akan perihal keduniaan.

Tetapi tahukah kita bahawa hidup di dunia ini hanya untuk mencari keredhaan Allah dan memikat hati-Nya bukan untuk kepuasan manusia lain. Hal ini juga telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras, keturunan dan harta benda kamu, akan tetapi Allah melihat kepada keimanan dan amalan-amalan kamu.”Ini kerana semua perkara di atas akan hilang dimamah masa kerana manusia tidak akan hidup selamanya. Cantik di mata Allah adalah lebih penting daripada cantik di pandangan manusia.

Apakah ciri-cirinya?

1. Tutur bicara yang sopan 

Seseorang yang mempunyai kecantikan rohani begitu unggul akan terpancar bukan sahaja dari raut wajahnya malah tutur bicaranya yang sopan. Dia sentiasa tenang melontarkan butir kata dan pendapat dengan nada penuh kelembutan. Setiap apa yang dikatakan mendatangkan manfaat yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya. Ia diperoleh melalui ilmu pengetahuan yang dicedok dari orang-orang yang berilmu dan beriman.

2. Bermaaf-maafan setiap hari

Kita adalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan walaupun sedikit. Kadang kadang perkara kecil juga boleh menyebabkan orang lain terasa hati dan marah dengan kita. Oleh itu, sebaiknya kita sentiasa bermaafmaafan sesama manusia waima orang tersebut sangat berdendam dengan kita. Ingatlah bahawa Allah akan mendatangkan kebaikan kepada sesiapa yang memaafkan insan lain.

Budi pekerti ini susah diperolehi kerana sifat ego manusia lebih tinggi. Sebaiknya sebelum tidur, anda tenangkan hati dan fikiran. Fikirkan apa yang baik sahaja dan maafkan dalam hati semua sahabat dan umat manusia yang lain.

3. Menggunakan pancaindera sebaiknya

Allah mengurniakan pancaindera yang sempurna kepada kita dengan tujuan memudahkan kita untuk beramal ibadah kepada- Nya. Gunakan ia untuk menyerap ilmu-ilmu Allah melalui pandangan kasar atau pun yang tersirat.

Banyakkan bersedekah, bertafakur, mendengar perkara kebaikan, berjalan ke tempat yang bermanfaat dan menjamu selera dari sumber yang halal. Bukan susah untuk melakukannya kerana selagi ada usaha di situ ada jalan.

5 comments:

Anonymous said...

betul tu kak.. tapi kekadang tak dapat menahan juga.. :( terlepas jugak cakap benda2 xsepatutnye :)

Asyiqin Haulisah said...

betul tu kak. saya setuju. entri yg manfaat.

Izwa Kamaruddin said...

setuju ~

nazayiena said...

Memang betul kehidupan di dunia nie hanyalah sementara shj dan kita hendaklah mencari keredhaan Allah SWT utk kehidupan akhirat yg kekal abadi selamanya.

Zul & Azizi said...

Assalamualaikum Rahmah Ram Ram..

Sama2lah kita mempraktikan demi mendapat keberkatan pahala...Amin

www.mylovely-cats.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...