Monday, July 30, 2012

Nak Sampaikan Cerita Biarlah Berpada.....


Assalammualaikum semua...


Media massa semestinya amat penting dalam kehidupan kita sehari-hari dalam menyampaikan berita dan peristiwa yang berlaku baik di dalam mahupun luar negara.  

Tapi tahukah kita adakalanya berita-berita yang ingin di sampaikan oleh mereka-mereka (wartawan) ini hanyalah gimik dan gempak untuk melariskan akhbar mereka hingga sanggup menitipkan artikel yang berlainan dari kisah sebenar.

Ingin saya maklumkan di sini sesungguhnya sebagai media perantara di kalangan rakyat seharusnya pihak media lebih sensitif dan jangan sekali-kali meprovokasi sesuatu isu hingga menggembar-gemburkan isu tersebut hingga ada kalanya mampu mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman si empunya diri dan keluarga contohnya mengenai isu kematian, pembunuhan, rogol,  rosak akhlak dan sebagainya.

Seharusnya mereka menyampaikan perkara apa yang betul dan sahih tanpa mengaibkan mana-mana pihak yang mana ianya bakal menimbulkan pelbagai spekulasi rentetan daripada kejadian/musibah.  

Kini saya sendiri JARANG SEKALI membaca akhbar kerana saya merasakan semua isu-isu yang mereka paparkan semuanya hanya berunsur politik dan berat sebelah semata-mata tanpa membuat penyelidikan dan mendapatkan maklumat yang tepat dari sumber yang bertepatan.

HENTIkanlah cerita-cerita yang bukan-bukan dan sampaikanlah apa yang sepatutnya di khabarkan.  Adakalanya kita perlu menjaga sensitiviti sesebuah keluarga yang malang yang di timpa musibah dan tidak harus menambahkan lagi derita keluarga tersebut.  

Bukan hanya sensitiviti kaum saja yang kena jaga...hati dan perasaan manusia semua sama perlu adil dan saksama dalam menitipkan artikel-artikel yang bernas, benar dan tepat.  Jangan hanya memikirkan keuntungan hingga sanggup menipu dan menyampaikan maklumat yang tidak benar kepada umum.

p/s: BENCI sungguh baca sesetengah akhbar tempatan sekarang ni yang intipati kandungannya banyak berat sebelah dan hanya berbaur politik...MELUAT!!


4 comments:

Aziela said...

Masalahnya, laporan yang berat sebelah tu melampau2 sangat. Mereka dah lupa etika kewartawanan. Mana pergi janji mereka sewaktu angkat sumpah menjadi wartawan dulu...

Unknown said...

hmm tah le wartawan2 sekarang,buka aib je..kadang2 yg masuk paper bukan berita pon ada...hm

Mama Amirul said...

Ain tag Rahmah tuk segmen ni
http://ibuamirulpunyeblog.blogspot.com/2012/07/segmen-tambah-follower-blog-sampai-1000.html

GREENJADE said...

akhbar tabloid lg ler..asik2 kes yg almost sama hari2..tak baca pun tak boleh..dah baca kdg2 sakit jiwa raga je..uhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...