Friday, July 27, 2012

Dugaan Di Bulan Ramadhan


Assalammualaikum...

Alhamdulillah kita ketemu lagi di pagi Jumaat, penghulu segala hari.

Mood tak berapa tenang since petang semalam. Marah,benci, geram dan macam-macam lagilah yang saya rasakan.

Puncanya hanyalah kerana seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan seperti SYAITAN yang tiada hati dan perut memecah masuk kereta kami semalam.  Habis semua barangan peribadi kami hilang yang mana pencuri bodoh tu ingat kami ada menyimpan laptop di dalam kereta.

Kejadian tersebut memang tak masuk akal sebabnya bukan terjadi pada waktu malam tetapi ketika semua orang sibuk membeli juadah untuk berbuka puasa di bazaar ramadhan (siang tu).   Keadaan sekeliling memang sibuk dan bising malahan orang sibuk lalu lalang membeli juadah dan kami hanya meletakkan kenderaan kami di bahu jalan yang mana tak sampai 10 min aje.  Usai membeli juadah kami masuk ke kereta seperti  biasa dan tak nampak macam kereta kena pecah rupanya mereka menggunakan taktik yang sungguh dan amat terancang iaitu mereka umpil dari tempat kunci duduk penumpang depan. Tiada kesan umpilan dan pecah tingkap dan sebagainya saya akui mereka memang pakar dalam membuat kerja2 begini.

Kami hanya menyedari barangan kami hilang sesampai aje di rumah untuk mengambil juadah di tempat duduk belakang. Cari punya cari tak jumpa-jumpa sampailah kami dapat tahu yang kereta kami sebenarnya dah tidak boleh dikunci. Puaslah lepas maghrib semalam kami anak beranak berpusing di sekitar kawasan berkenaan melihat-lihat kalau kalau ada terjumpa beg beg kami yang dicampakkan ke tepi..tetapi gagal.

Pagi ini kami ronda sekali lagi untuk melihat lihat sekitar tempat tersebut dengan harapan jumpalah barang2 yang tidak beharga bagi mereka yang mana mereka akan campakkan...tapi nyata hanya sia sia.

Arghhh...sukarnya apabila anda mengalami  kecurian. Kami tak membuat report polis sebabnya kami rasakan barangan yang hilang tidaklah besar tetapi dalam tak besar tu sedih jugaklah sebabnya external disc saya yang telah saya gunakan bertahun2 untuk menyimpan segala macam data kerja kerja saya selama ini telah hilang..SEDIHNYA!! Selain itu dokumen dokumen penting kegunaan syarikat kami juga hilang yang mana berada didalam beg En Habi.

Semuanya perlukan masa dan urusan yang sungguh detail untuk membuat permohonan semula di bank bank tempatan. Dugaan betul dibulan puasa ni...memang menduga hati minda dan perasaan betullah.

Harapan saya cuma satu, semoga pencuri berkenaan dibukakan pintu hatinya untuk memulangkan semula barangan kami atau paling tidak adalah hamba allah yang baik hati menjumpai barangan kami dan menelefon saya untuk memulangkan barangan kami itu.

Arghhh TENSIONNYA!!

p/s: tak sempat nk ambil gambar keadaan kereta sebabnya kereta saya memang x nampak macam ciri ciri kena pecah masuk kerana mereka menggunakan teknik yang memang canggih dan terancang.

Published with Blogger-droid v2.0.6

19 comments:

Izwa Kamaruddin said...

Ya Allah sian nyer akak..semoga Allah SWT meringankan beban akak,amin~

Fiza Rahman said...

Dugaan dibulan posa. Sabar yer kak.

maszull said...

assalamualaikum rahmah...alamak ini memang dugaan yg cukup mencabar di bulan puasa ni dan diharap banyakkn la bersabar yer pasti ada hikmah disebalik semuanya ini...:)

dya nasir said...

banyakkan bersabar ye kak..mesti pencuri tu dah biasa mencuri..

Unknown said...

ya allah..diorang ni sampai bulan puasa pun nak buat dajal jugak.. ada kereta yang kalau kita force bukak (bukan dengan kunci asal) akan bunyi.. masa tu tak bunyi ke kak..

ada orang sarankan..kalau nak menemukan barang yang hilang baca yassin..masa kat 7 mubin tu berhenti dan berdoa agar dipulangkan barang tersebut..cubalah.. mana tau dapat membuka hati si pencuri tu..

RamRamCute said...

Xde bunyi Rai. .sememangnya mereka ni mmg pakar. Sebabnya dlm masa x sampai 10 min Mereka.berjaya bukak kereta tanpa memecahkan cermin atau apa pun...

Insyaallah Rai akak akan buat. Terima kasih ye.

RamRamCute said...

Memang betul dya..mmg profesional ni..skjp aje hilang. :-(

RamRamCute said...

Wsalam mama...memang menDUGA betul... Insyaallah terima kasih mama

RamRamCute said...

Tima kasih fiza......

RamRamCute said...

Tima kasih Izwa...ada hikmah disebaliknya....

- AZIE - said...

Laa...kak kesiannya, semoga Allah limpahkan semula rezeki kepada akak..sabar ye kak

Reena Sidek said...

dugaan betul... saba yer kak....

bulan puasa ni syaitan kena kurung dan tak boleh buat kerja dia... ada pulak syaitan yg bertopengkan manusia ni...

Aziela said...

Sabarlah wak. Mungkin ada rahmat yang lebih besar menunggu.

MAY said...

@Aziela

bulan pose pun buat keje tak halal?adui..risau jugak bile dgr cite mcm ni..

Shana Ryu said...

dugaan kak ram..ada hikmah..sabar deh

Unknown said...

dugaan bln pose...sbr ye kak..mmg la pncuri tu akn dpt balasannye nnti..

UmmiSyarni said...

dugaan bulan puasa.mmg tension kalau barang hilang.nak2 angkara pencuri pulak.sabar ye akak.

Unknown said...

JOM JOIN CONTEST SAYA
http://anakjati-kedah.blogspot.com/2012/07/contest-1st-timesaya-nak-kad-raya-dari.html

ZieMarziah said...

Ya Allah bulan puasa pun nak buat jahat jgk..apa nak jadi dgn org zaman sekarang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...