Assalammualaikum semua....
Bersiaran kembali..dah lama saya tak bersiaran...rasanya macam dah berlapuk dan kusan blog ni akibat daripada tuan empunya yang bercuti dan tidak mempunyai mood untuk berblogging dalam beberapa hari ni..
Oh ya! beberapa hari lagi kita semua akan menyambut ketibaan bulan yang paling dinanti-nantikan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Pasti ramai juga yang seronok dan tak sabar menanti akan ketibaan harinya yang mana jatuh pada hari Sabtu ni (Insyaallah). Semoga kita semua beroleh rahmat dan keberkatan dari yang maha ESA.
Baru-baru ini saya dan suami telah membuat sesi imbasan "Scanning 3D/4D" bagi kandungan saya kali ni. Bukan apa teringin juga nak tahu akan tahap kesihatan anak yang dikandung. Teruja dan seronok pabila melihat akan kelincahan beliau di dalam 'sana' dan kecomelan tak kiralah pada setiap baby yang dikandung dan dilahirkan.
Alhamdulillah doktor mengesahkan yang kandungan saya sihat-sihat sahaja. Memang cukup-cukup teruja dan sedih gembira apabila melihat keadaan bayi di dalam perut kita sendiri. Begitu besar akan kekuasaan tuhan.
Hasil dari sesi imbasan 3D/4D |
Pada ibu-ibu yang berminat dan tengah "expecting" bolehlah mencuba kaedah ini dengan kadar harga yang berpatutan mengikut terma dan kondisi pakej yang diingini serta yang telah disediakan.
Baby tutup muka - malu kot |
Ingin mengetahui dengan lebih lanjut silalah klik di SINI tetapi harus diingatkan bahawa usia kandungan seawal usia 18 minggu ke atas dan untuk lebih gambar bayi jelas dan cukup sifat di cadangkan agar membuat pemeriksaan imbasan pada usia 25 minggu ke atas.
Bagi pasangan suami isteri yang teruja untuk menunggu kehadiran si comel dan tertanya-tanya bayi mereka mengikut muka siapa dan ingin mengetahui jantina serta tahap kesihatan bayi-bayi mereka, maka bolehlah klik disitu.
5 comments:
wah..skang mmg canggih kn...siap ley tgk 3D...hihi..pe yg pnting, bby sihat :)
wah kak mcm2 ye teknologi sekarang. btw akak jaga diri baik2 ye. :)
sedapnyaaa dia tidur...
Comelnyee baby..bestnya perasaan jadi seorang ibu..saya mau jugak..sob sob
x lambat lg kot nak ucap tahniah ye kak, semoga bertambah murah rezeki dgn kehadiran ahli keluarga baru..
doakan utk sy sama ye kak.masih belum ada rezeki nak timang anak
Post a Comment