Thursday, September 22, 2011

Apa Itu Ribbon Merah 'Rewards'

Assalammualaikum,

Pasti ada yang tertanya-tanya apakah fungsi aplikasi 'Ribbon Merah' yang disediakan oleh PunchTab ditepi sesebuah blog itu. Terima kasih pada Pn. Suriani Azwan kerana kesudian beliau untuk bertanya akan kegunaan ribbon merah itu.

Untuk makluman yang saya rasa sesetengah blogger pun tahu akan kegunaannya. Ianya merupakan satu program penghargaan kepada pengunjung/blogger yang meninggalkan komen pada sesetengah blog, malah seandainya anda singgah di blog yang ada tanda ribbon merah, anda akan menerima points, dan points ini boleh ditebus/redeem dengan beberapa barangan yang ditawarkan didalam katalog yang telah disediakan di dalam laman web PunchTab.


Penerangan lanjut mengenai aplikasi ini juga pernah dipaparkan didalam entri En. Hasrul Hassan dimana beliau sendiri pernah membuat penerangan mengenai fungsi 'Ribbon Merah' ini.

Jika anda mempunyai akaun PunchTab dan melawati blog yang ada meletakkan ribbon merah tersebut serta meletakkan komen diruangan komen maka anda akan mendapat point berganda dan akan terpapar di dalam akaun PunchTab anda.

Cubalah Try Test Tengok.... Selamat Mencube!

1 comments:

suriani azwan said...

wah akak..tq sebab buat penerangan siap da link blog sue lg..thanks tau...sue xpenah da account kat punchtab tu...tp setiap kali masuk blog akak sue akan dapat 100 points...hurm..nak cuba lah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...