Asssalammualaikum w.b.t.
Erm...berat sungguh entri saya pagi ni? Kalau nak cerita pun in detail, saya ni bukanlah pemandu yang perfect super duper nak cerita corak dan gaya pemanduan saya ketika memandu di jalanraya, tetapi jika dilihat dengan mata kasar bila anda berada di jalanraya kekadang tu rasa macam nak pecah kepala memikirkan sesetengah pemandu yang terlalu mengikut kepala mereka hingga ada yang menimbulkan kemarahan dari pihak lain hanya kerana sikap sambil lewa dan pentingkan diri sendiri dan tidak mengikut peraturan jalanraya dengan betul dan sempurna.
Adakah anda seorang pemandu:-
* Bas (Rapid KL / Kilang / Pekerja)
* Teksi
* Van Pelancong
* Lori
* Kereta Kompak
* Kereta Salun
* Motor
* Pejalan Kaki
Pernahkah anda menghadapi situasi sebegini:-
Situasi 1
Pernahkan anda menghadapi situasi dimana apabila kenderaan anda beratur panjang untuk memasuki simpang atau lampu isyarat ada kenderaan lain yang memotong?? Bagaimanakah perasaan anda pada ketika itu?? Marah, Geram dan Sakit Hati.
Situasi 2
Pernahkah anda memandu di laluan tengah di hiway mengikut kadar kelajuan yang telah ditetapkan, tetapi ada kereta lain yang datang entah dari mana dengan lajunya memberikan hi-beam kepada kenderaan anda dan akhirnya memotong mengikut lane kelajuan yang sepatutnya "HARUkan.... Takde Akai kot"...
Situasi 3
Pernahkah anda berhadapan dengan pemandu yang ketegaq 'degil' yang tidak mahu memberi anda laluan ketika waktu jalan tengah jam, sedangkan anda telah memberikan isyarat lampu serta tangan dengan mulianya memohon keizinan untuk masuk ke laluan berkenan tetapi seboleh-bolehnya dia buat tak nampak dan tak bagi laluan pada anda dan berlumba-lumba dengan anda untuk pergi kehadapan... sedangkan dia memang dah sah-sah dekat depan anda tak kemana pun..."BIUL".
Hampir saban hari termuat di dada akhbar negara kita, berita kemalangan yang meragut nyawa dan kadar kemalangan ini terus meningkat dari tahun ke tahun. Keadaan ini menjadi lebih parah lagi apabila menjelangnya hari-hari perayaan, seolah-olah musim perayaan itu menjadi perangkap maut yang hanya menunggu untuk membaham mangsa. Kajian menunjukkan peratusan kecuaian manusia penyebab utama sesuatu kemalangan terjadi.
Berikut adalah antara amalan ringkas untuk pemanduan berhemah yang boleh dipraktikkan:
1. Apabila berada dalam kesesakan trafik, pastikan anda dalam keadaan tenang. Sentiasa nyalakan lampu isyarat sebelum bertukar lorong untuk menyatakan tujuan anda. Sekiranya anda dipotong pemandu lain, perlahankan kenderaan dan berikan ruang kepada pemandu tersebut untuk masuk ke laluan anda dan lemparkan senyuman kepadanya.
2. Sekiranya anda berada di lorong laju dan seseorang ingin memotong, ke tepi dan biarkan kenderaan itu memotong. Anda mungkin memandu di lorong kanan dalam lingkungan had laju yang sepatutnya, tetapi anda mungkin membahayakan diri anda dengan menimbulkan kemarahan pemandu di belakang anda.
3. Kekalkan jarak sekurang-kurangnya dua saat antara kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan. Sesetengah pemandu akan berasa marah jika diekori terlalu rapat. Sekiranya anda diekori terlalu rapat, beri isyarat dan beri laluan untuk pemandu di belakang anda untuk memotong.
4. Gunakan hon jika perlu. Elak penggunaan hon secara berterusan sekiranya anda berasa marah dengan pemandu lain kerana perkara ini mengundang gejala samseng jalanan spontan.
5. Kekalkan tangan anda di atas stereng dan elakkan membuat isyarat yang boleh menimbulkan kemarahan pemandu lain, termasuklah ekspresi “selamat” seperti menggelengkan kepala.
6. Sekiranya ada pemandu yang naik marah, jangan memandang mata pemandu tersebut.
7. Berikan ruang yang banyak kepada pemandu yang sedang marah. Sekiranya pemandu lain cuba untuk mencetuskan pergaduhan, jauhkan diri anda seboleh mungkin. Pergaduhan tidak akan timbul jika tiada orang yang ikut terlibat. Ibarat bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi.
8. Dapatkan bantuan sekiranya anda merasakan diekori oleh pemandu yang sedang marah dan cuba untuk mencetuskan pergaduhan. Gunakan telefon bimbit untuk menghubungi polis. Jika tiada telefon bimbit, pandu ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti balai polis, pasar raya dan hospital. Jangan keluar dari kenderaan atau pulang ke rumah.
9. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.
Amalkan sikap bersopan santun dan bertimbang rasa. Terimalah kenyataan bahawa anda akan bertemu dengan pelbagai kerenah pemandu di jalan raya, dan perwatakan seseorang akan berubah apabila tangannya memegang stereng kereta. Oleh itu, sematkan budaya biar lambat asal selamat.
Trak Transformer Boleh Bergerak Popular Di China
13 hours ago
1 comments:
saya sentiasa amalkan pemanduan selamat dan sopan masa kat jalanraya.hehe
Post a Comment